Friday 22 February 2013

Tercalar Hati Setiap Kali Anak Sakit

February 22, 2013
Saya pasti semua mak2 & ayah2 kat dunia ni mahukan anak yang sentiasa sihat, yang sentiasa cergas, yang sentiasa aktif, betul x?? x de satu pun ibubapa kat dunia ni yang suka melihat anak mereka terbaring je sebab demam @ sakit...saya juga begitu..setiap kali anak2 saya tidak sihat, pasti kami suami isteri akan menjadi panda sebab x lena tdo malam, risaukan anak yang tak sihat, especially kalo demam panas....

3-4 hari ni, blong kena demam panas. paling tinggi suhunya mencecah 39 darjah celcius ^_^" bibirnya habis kering sampai bengkak n berdarah. 3 hari dia x ke sekolah, duduk kat rumah dengan Mama n adik je. selera makan tiada, minum air kosong je..kadang sehari adalah sikit je makanan yang masuk ke perutnya, tapi cukup la untuk mengalas perut & bagi dia tenaga..nasib susu dia still nak minum n susu tu saya campurkan Mealshakes sesudu buat pembekal nutrisi badannya yang sangat berkurangan.

Apa yang kami buat dalam merawat demam blong ni....

Mula saya bagi dia minum Nutriferon, utuk tingkatkan sistem imunisasi dia. Lepas beberapa jam, saya bagi ubat punggung plak memandangkan keadaan blong yang makin panas menjelang tengah malam. Mengenangkan kesian nak kejut dia n paksa dia makan ubat tengah malam, saya opt tuk bagi ubat punggung je. X lama lepas tu, panasnya hilang. Dapat lah blong tdo lena sepanjang malam. Pagi bsok bangun, nmpk ok sikit, tapi dia mengadu sejuk sampai menggigil badan. Lepas mandikan dengan air suam & basic H, saya pakaikan dia baju lengan panjang & jaket serta stokin untuk bagi dia panas & berpeluh. Sepanjang hari dia asek tdo saje sebab katanya dia penat. 2 hari berturut begitu keadaan blog.

Alhamdulillah masuk hari ke-3 demamnya kebah. Tapi still x g skul sebab bibirnya masih kering & berdarah. Masih kurang air lagi dalam badannya. Petang tu en asben tekapkan ais ke bibir blong untuk bagi surutkan bengkak. Alhamdulillah berkesan, tapi memandangkan blong kurang minum air masak hari ni, berulang balik n nampak makin teruk. So petang tadi saya pun tekapkan lagi ais ke bibir blong. Banyak darah yang keluar n bengkak pun makin surut. Blong menjerit2 & menangis2 sakit, tapi terpaksa saya cekalkan hati demi untuk kebaikan dia. Ternyata blong anak yang Mama yang kuat....sobs sobssss

Malam ni blong tdo cepat. Mbe penat g main kat umah makcik Ani tadi. Seronok dia dapat main dengan kawan lepas beberapa hari terperap kat umah je...tapi ada jugak la blong mengigau nangis tadi, mbe masih terasa sakit kena paksa dengan Mama time tuam bibir petang tadi. Siap cari ayah lagi walaupun Mama ada depan mata..warrghhhh....Namun begitu, alhamdulillah malam ni demam dia dah totally kebah. Tinggal nak rawat bibir yang pecah n bengkak tu je..Hopefully besok semua ok sebab dah janji nak bawak g main kat Playland @ East Coast Mall, Kuantan besok. X seronok la kalo bwk g main tapi dia x main huhuhu

so inilah cara kami merawat blong yang demam tanpa perlu makan antibiotik & panadol (ubat punggung @ veron tu panadol ke ermmmm....). Alhamdulillah adik acad x berjangkit demam dengan blong w/pun dia asekkk nak berkepit dengan abangnya...

So selamat berweekend & sama-samalah kita jaga anak2 supaya mereka sentiasa sihat, sentiasa aktif, sentiasa cergas, especially dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini...bawa lah anak-anak kita beriadah sekurangnya 3 kali seminggu agar mereka dapat bermain & melepaskan perasaan mereka sepuasnya...Gnite & salam Jumaat... (*,^)

rawat demam dengan shakleenota kaki : x de gambar nak share sebab kamera hp sudah rosak huhuhu layan jela gambar teddy bear demam ni... (",)









**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Monday 18 February 2013

Bahayanya Panadol kepada Badan Kita

February 18, 2013
Lari kejap dari citer pasal Vitamin E sebab jumpa satu posting kat FB yang sangat menarik, i.e. tentang Panadol....

Ramai orang suka amik panadol kan. Even kalo demam, g klinik mesti doc akan bagi atlis sepapan Panadol. Saya dulu pun kalo badan rasa x sihat je, mulalah cari Panadol Actifast. Memang btul2 FAST la dia bertindak, sebab x lama lepas makan memang kebah la demam/sakit2 badan. Tapi rupanya, x elok amalkan Panadol ni huhuhu...

Jom baca posting kawan saya sharekan kat FB beliau..

Jangan ambil PANADOL Actifast atau Soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.
 
Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun .
 
Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiapbulan.
 
Alternative Treatment ( Tips )
 
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak . Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan:

a) membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (Misal 100 plus kah) campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan,

b) kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
 
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.

Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
 
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Umum juga sedia maklum air berkarbonat adalah tidak baik untuk usus, oleh itu jom kita replace Air Isotonik Berkarbonat yang dicadangkan dalam alternatif tips no 2 kepada Performance Drink Shaklee.. (sempat lagi promote ye hehehe) 

So berfikirlah sehabisnya sebelum anda mengambil Panadol untuk menghilangkan kesakitan sebab kesan jangka panjangnya sangatlah menakutkan.....tambah2 plak bila umur dah makin meningkat... 

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Infection sembuh dengan Vitamin E

February 18, 2013
rawat infection dengan vitamin e shakleeDalam entry yang  lepas, saya ada citer tentang kaki blong yang luka sampai kena infection kan...nilah rupa luka tu on 1st day..nmpk kecik je kan...

lepas2 tu, sempat la saya letak krim yang bersteroid tu 2-3 kali sbb tak de alternatif lain. tapi most of the time memang x taruk pape, biar kan je...

malam kelmarin, tiba-tiba blong ngadu sakit. tgk kat kaki dia, nampak macam ada nanah kat tepi2 tempat yang luka tu. nak usik, dia x bagi, sakit katanya. carik2 krim x jumpa n x ingat letak kat mana sebab masa packing kat hotel main campak2 je sebab memang x de intention nak guna krim tu dah pun.

saya pun mula la pikir, apa aku nak letak bagi kurang sakit n in d the same time bagi sembuh. time ni kami kat kg en asben, batu kikir, masih lagi bertraveling ^_^' tup tup terpandang plastik oren yang ada vit SHAKLEE yang dibawa tuk makan sepanjang travel. belek belek, ada OmegaGuard, OsteMatrix, B Complex, Alfalfa, Lecithin & Vitamin E (banyaknya la vitamin ku bawak, makan ke ni huhuhu).then teringat ada penah terbaca orang guna Vitamin E untuk luka yang bernanah (luka ke, ekzema ke, ntah la lupa dah sebenarnya). so tawakkal jela....

1st time ni nak guna Vitamin E sapu2, biasanya telan je. picit punya picit softgel tu, x jugak kuar minyaknya. picit lagi, kuat sikit, sekali pop, memancut keluar minyak Vitamin E sampai kena suar tdo blong. rugi rugi, sib baik sikit je...then sapu la kat luka blong n juga kaki Mama yang kekeringan akibat mand pool & tdo ekon kat hotel. lepas tu, agak2 dah kering, kami pun tdo la..(x dapat nak snap rupa kaki blong diletakkan Vit E sbb kamera phone ku udah rosak warggghhhhh)
vitamin e shaklee
bsok pagi, tengok kaki blong, alhamdulillah...tertutup dah lukanya n kering dah nanah. tinggal kuping yang kering tu je. dia pun x ngadu sakit kaki dah. cepat btul Vitamin E tu bertindak. Syukur sangat. but still saya masih lagi repeat sapu vit E kat kaki blong sampai malam ni sebab nak bagi luka tu btul2 sembuh & tertutup. so lepas ni, kalo ada lagi luka kat anggota badan blong, esp kaki & tangan sebab dia suka garu tempat yang kena gigit nyamuk, Mama tau dah nak buat camne. so no more sapu2 krim yang x selamat & x semulajadi ni. Vitamin E Shaklee saje lah solusinya...dengan izin dari-Nya jua... (*,^)

Apa kandungan Vitamin E ni yang best giler ni? Apa manfaat lain Vitamin E ni? Nak tau??? saya kupas dalam next entry ya...tapi agak-agak kalo x sabr dah nak tau, bleh je komen kat bawah / chit chat kat 0192826397 ye...x de hal punya...

 
**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday 14 February 2013

Demam Kebah Dengan Nutriferon..Say Ta-ta to Panadol

February 14, 2013
sambung lagi pasal travel kami..

walaupun kami travel dalam mesia je, blum rezeki nak travel ke oversea, Alhamdulillah la sebab dapat jugak bertravel dan bukan hanya duduk diam2 kat umah tu. bukan x suka duduk umah, tapi sesekali bertravel ni best jugak. naik dari 1 hotel ke hotel, angkut bag2, try makanan sana sini, bes bes...walaupun penat n banyak duit kuar hahahaha..x pe, rezeki tu ada kat mana-mana...

dah puas mand kolam, seharian plak berkenduri. pastu trus shoot balik bangi. hentian tuk 2 malam sebelum ikut en asben berkursus kat PNB Darby Park, KL plak. sempat la basuh baju, alhamdulillah la cuaca elok. bila balik umah mak, tau-tau jela. mengemas la jwbnya. orang tua kadang diorg bukan larat sangat nak mengemas umah, harapkan anak-anak balik sebulan sekali tolong kemas. so pagi tu sebelum berkemas, saya minum Cinch+ESP+milo tuk bagi tenaga sepanjang hari. Alhamdulillah target tercapai walaupun penat.. ^__^

selasa petang, kami gerak ke hotel sebab nak bawak budak mand pool. berendam lagi budak2 ni. kebetulan plak petang tu quite windy, so mandi kejap je. malam tido beraircond. besoknya, siap la budak2 x sihat huhuhu..but no worries, sekali lagi saya bagi diorg Nutriferon. tak lupa jugak OmegaGuard. Picitkan je dalam air milo, licin..beress....alhamdulillah, demam pergi, cergas balik. cuma idung je berhingus, biasa la tu, dah asek berendam je...

so x de dah la saya bagi anak2 ubat demam/panadol/ubat punggung dah lepas ni. No more drugs for my kids, yeeahhhaaaa...ni yang saya suka tentang Shaklee ni. Ianya selamat, semulajadi & berkesan. Juga HALAL, so senang pala otak, tak yah nak pikir dah pasal halal ni. Bukan pe, setiap yang masuk dalam badan kita tu akan jadi darah daging, sekaligus akan mempengaruhi peribadi kita. So wajibla kita pastikan apa yang kita makan n minum tu datang dari sumber yang halal kan...

Apa benda ni Nutriferon ni??? Jom kita baca kat bawah ni..

Nutriferon ni adalah satu-satunya interferon semulajadi yang tercipta kat dunia ni. Ianya tercipta dari ekstrak 4 jenis tumbuhan : biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago.Gabungan keempat jenis ekstrak tumbuhan ini mampu mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Interferon ni apa plak ye?? Interferon ni, menurut wikipedia, Interferons (IFNs) are proteins made and released by host cells in response to the presence of pathogens such as viruses, bacteria, parasites or tumor cells. They allow for communication between cells to trigger the protective defenses of the immune system that eradicate pathogens or tumors.

Manfaat utama Nutriferon ni antaranya :
  • mengukuhkan sistem imunisasi dalam masa 3 hari - kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan sistem imunisasi secara keseluruhan dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells & makrofag,
  • melawan kanser & tumor - polisakarida yang terkandung dlm nutriferon semulajadi mampu merangsang & mengaktifkan immunoglobulin bagi melawan sel-sel tumor & kanser,
  • melindungi dari influenza 
  • meringankan stress & kelesuan
  • melambatkan penuaan
  • mengurangkan infeksi oleh pesakit Hepatitis B & C
  • mempertingkatkan menopaus
  • mempertingkatkan PMS
Fuhhh, banyak manfaat Nutriferon ni esp untuk penyakit2 yang ditakuti spt kanser, influenza & sebagainya. So apa lagi, jom dapatkan sekotak Nutriferon untuk kegunaan sekeluarga. Sekotak ada 30 sachet and Retail Price baru RM181.25 je.. (nak special price, sms saya @ 0192826397 ya....). X rugi langsung sebab bleh thn lama, dan selamat serta berkesan plak tu..

Jom rawat diri & keluarga anda secara selamat, semulajadi dan bebas dari ubat-ubatan yang mengandungi dadah... (*,^)

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Travel with Nutriferon

February 14, 2013
Minggu ni kami sekeluarga travel je...even hari ni pun still kat hotel, blum balik Kerteh lagi...

Dari Jumaat lepas kami dah kuar dari Kerteh bergerak ke Ipoh bagi meraikan kenduri kahwin abang Fendi, anak mak long. Ni first time kami travel dari Kerteh ke Ipoh, so tak pasti jalan mana nak ikut. Bila cek dengan En Google, dia suh turun sampai Gombak, then baru naik ke Ipoh. tapi ada gak jalan alternatif lain, iaitu potong ikut Cameron Highlands (CH). So kami opt untuk ikut jalan ni sebab kunun-kunun boleh la singgah CH beli strawberi ke, sayur ke. Siap dah berangan nak makan eskem strawberi mesia...(anda penah rasa? sedaapppp...yang paling sedap tu kat makcik yang jual kat bawah kedai nama tah...nak beli pun yakin sbb melayu yang buat, plus murah plak tu, rm1 je sebatang, tmpat lain rm2 ^o^')

nangka madu gergasi
Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya sampai jugak ke simpang arah ke CH. otw nak ke CH tu banyak jumap kedai jual Nangka Madu. area Raub kot, x ingat dah hahaha...en asben pun singgah la beli sepeket, sekali berebut makan dengan si adik acad...nasib cukup hahaha

Sampai atas tu, minyak keta plak nak abis. Kalut gak la cari stesen minyak. Nasib jumpa btul2 kat satu simpang ni. Pastu kat junction tu pun tulis, kanan g Tanah Rata, kiri g Tapah. Konpius kami...GPS kata g kanan, en asben yang pening pala kat seat blkg kata g kiri. So ikut la cakap en asben. GPS bising la suh U-turn, abaikan, tutup trus hahaha Half way jln, tengok2 dah otw turun bawah....warggghhhhh...sudah salah jalan... :'(  ta-ta-ta la strawberi, ta-ta-ta la sayur2an, ta-ta-ta la eskem strawberi mesia...wargghhhhhhhh....

aiskrim strawberi cameron highlands

Kecewa punya pasal, plus plak en asben nak amik alih drive, tukar seat ke blkg, susukan adik acad, trus tido hohoho...sekali bgn tgk jalan jem. argghhhh sudah...solat x lagi huhuhu...mula la pikir nak kuar exit Gopeng sbb jam dah pukul 6.15pm. Sib baik x lama lps tu jln clear, rupanya accident kecik je..prihatin sungguh rakyat mesia ni huhuhu

Bla bla bla...(nak pendekkan citer hehehe), akhirnya kami sampi hotel. time tu dah pkul 10lbh. tiba2 blong mengadu x bleh jalan. nak nangis2 dia time tu. time singgah kat TESCO lagi dia dah x bleh jln, berdukung, ingatkan kaki cramp sbb lama sgt ddk dlm keta. rupanya luka kat kaki dia yang dia kopek dah kena infection huhuhu kelamkabut kami google cari ING panel klinik yang dekat2 dgn hotel. tapi besok nya baru g..

nutriferon shaklee
Lepas mand suma, nak tdo dah, time tu blong dah ok sikit. bleh la tdo sbb dah penat. tiba2 dlm pkul 2am lbh dgr dia teresak2. kaki sakit. aduh, camne nak buat ni. ubat mmg x bwk lgsung sbb masa nak umah dia ok je. tepuk2 tgk dia tdo blk. sejam lps tu, dia nangis lg, mmg sakit btul ni, saya ckp kat en asben. pikir punya pkir punya pikir, teringat ada bwk nutriferon. pe lg, bancuh separuh sachet dgn air kosong, bagi dia minum. nasib dia mau minum sbb blong ni jenis susah gak makan ubat. lepas minum Nutriferon, alhamdulillah, trus dia tdo lena sampai pagi. bangun pagi pun dia x mengaduh sakit, tp menengokkan keadaan luka kaki dia tu, kami bwk jugak g klinik sbb plannya ari tu nak g Lost World Tambun. so better check supaya dia dapat enjoy kat Lost World. alhamdulillah, doc tgk cuma infection je, x de yang serius. doc bagi ubat thn sakit, ubat alergik, antibiotik n krim sapu. suma saya simpan je except krim. sapu la jugak sbb risau makin truk. tapi belek2 krim tu, tgk ada cortocosteroid  la plak. trus x sapu dah hahaha

Lepas bekpes, kami pun trus menuju ke Lost World dan enjoyyy mandi sampi petang hahahha...

lost world tambun

Begitulah kisah kami bertravel dengan Nutriferon..nanti sambung lagi ye... (*,^)

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday 7 February 2013

Bahana Ubat Kurus Yang Tak BerSijil

February 07, 2013
Baca tajuk ni je dah rasa takut. Sebab pe? Sebab banyak orang sekarang yang nak kurus melalui short cut.  Camne yang dikatakan short cut?

1- beli ubat kurus yang ada jual kat pasaran tanpa cek btul2 kandungannya
2- terpedaya dengan testimoni tentang sesuatu prduk dan percaya bulat2 tanpa membuat sebarang semakan
3- terlampau berkira, i.e. sanggup beli produk tuk kurus yang murah, asalkan berkesan dalam jangka masa pendek, tapi memudaratkan di masa hadapan. tak salah kalo kita menyimpan dulu, sambil mengkaji sesuatu produk dan kemudian membelinya apabila sudah betul-betul yakin dengan keberkesanan & kandung bahan yang digunakan.

Hari ni saya terbaca 1 artikel mengenai produk kurus yang merbahaya. Jom kita sama-sama baca keratan akhbar ini. Camne? ada rasa pape tak bila baca artikal ni? Kalo tak de rasa pape, saya tak tau la nak cakap pe, maybe anda adalah kategoori yang memang tak kisah langsung, asal redah je huhuhu

Sebab tula walaupun berat saya makin naik, saya tak ambil apa-apa produk pelangsingan sebab:

1- saya BF anak, so saya risau akan impact ubat tu pada anak saya sebab setiap apa yang saya makan akan disalurkan kepada anak saya
2- saya takut dengan kesan-kesan sampingan produk-produk yang tak diiktiraf ni
3- saya mementingkan keHALALan dalam setiap produk/barangan yang saya ambil esp yang berkaitan dengan makanan

kurus bersama shaklee dengan sihat

Semua orang nak kurus, tapi bukan sampai ketahap begini. Ini dinamakan kurus yang tak sihat.

Namun kini, saya tak perlu risau lagi sebab saya dah jumpa produk kurus yang diyakini selamat untuk BF mom, diperbuat dari bahan yang semulajadi dan konpem selamat, mendapat sijil halal antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM dan memang berkesan (yang penting mengikut aturan makan yang disediakan), dengan izin dari-Nya jua.

So x lama lagi, harap-harap saya akan jadi macam dalam gambar  ni hehehe
Mungkin ada yang tertanya, mahal ke produk pelangsingan SHAKLEE ni. Honestly, saya cakap, ianya TAK MURAH, tapi.... ia juga TAK MAHAL. sebab pe? sebab setiap supplemen yang diambil bleh tahan sehingga 1-2 bulan. even ada yang bleh tahan sampai 4 bulan!!! kalo rasa belum mampu nak borong sekaligus setiap produk tu, tak pe, bleh beli 1 or 2 dulu. lepas tu tambah beli setiap bulan. ok kan?

Ingin tahu lebih lanjut mengenai bagaimana setiap satu produk ni berfungsi pada badan kita? Akan saya kupaskan dalam entry seterusnya. Tapi kalo nak tahu lebih cepat, sila PM saya @ 0192826397 laju-laju ye.. (*,^)



**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Wednesday 6 February 2013

Cabaran Kurus Dengan OmegaGuard

February 06, 2013
Sejak dah beranak 2 ni, berat badan naik melampau-lampau. Kena plak BF anak, lagi la naik. Mana x naik, asek makan je...alasannya menyusu anak huhuhu....tapi orang cakap menyusu anak ni senang kurus.. Malangnya diriku x kena impak itu huhuhu...sedeyyyyy

So bila dengar SHAKLEE ada program tuk kurus, rasa seronok gilos...maknanya Shaklee ni bukan la terkenal sbb set menyusu 3M dia tu je...(excelly saya x tau pun pasal set 3M ni sebelum ni hohoho). Lantas ku google sana, ku google sini, dan tadaaa...tu dia kuar macam2 pasal program kuruskan badan ni...
kurus bersama cinch shake shaklee
Ni lah salah satu poster mengenainya..Yang bestnya, Shaklee punya program ni bukan saje menguruskan, malah membentuk badan yang telah dikuruskan itu. Yelah, masa gemuk, kulit abis strecth suma kan sbb nak tampung lemak-lemak tambahan tu. So bila dah kurus, dah x de lemak, kulit pun mula la menggeleber..iskk gile x cun huhuhu...so kat sini la yang bestnya program diet Shaklee ni. Sebab tu la dia namakan SHAPE-UP PROGRAM...kira 2 dalam 1 la...

So saya pun stat la amik CINCH COKLAT, LECITHIN, ALFALFA (bf x bleh amik HERBLAX) n tmbah pulak lagi dengan ESP. minum punya minuM, telan punya telan, kontol punya kontrol, berat mcm tu jugak...mana x nya, mlm mkn lewat, pastu lepak kjap, kmas2, solat suma trus tdo..bummm...haaaa...kan sama macam bunyi badak tu huhuhu. plak tu vitamin makan skip skip, ofkos la x berkesan...

Akan tetapi, saya masih belum berputus asa. Sangat tercabar bila dengar ada yang dapat turun 17kg dlm masa 4 bulan, bleh baca blog Herny kat sini, blog herny , sangat la tercabar...kalo dia yang keje tu bleh buat, nape saya x bleh...semangat terbakar berapi-api...

set 3B kurus shaklee
set Shape Up saya sekarang (",)
Pastu baca plak kat secret Shaklee kami, ada orang bleh turun 2kg lepas amik OmegaGuard. Maka alang-alang bln ni promo OmegaGuard, trus saya grab OmegaGuard sebotol dan bermulalah cabaran 90 hari kurus saya...harap2 berkesan and dapat kesan yang lebih maksimum dalam Shape Up program saya ni...

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================










Tuesday 5 February 2013

Omega oh Omega lalalala.....

February 05, 2013
Sementara tunggu masa nak g pickup blong n adik acad tdo, curik masa kjap nak citer pasal OmegaGuard...

Rasanya semua dah tau bulan ni Shaklee promo OmegaGuard buy 6 free 1 kan...agaknya apa lg yg free dengan package ni???  Jom baca lagi..

1- FREE 1 botol OmegaGuard (ofkos la, kan dah cakap kat atas td hehehe)
2- FREE membership Shaklee (worth RM75, banyak PENJIMATANNYA tu...)
3- FREE CASH BONUS next month (dalam RM30+, lepas la buat beli toys untuk anak)
4- yang paling bes sekali (saje letak kat 2nd last), ID anda akan digunakan untuk beli omegaguard ni, anda TRUS dapat POINT, dapat pulak HARGA MEMBER..
5- last but not least, tapi ini rahsia...., SPECIAL GIFT khas untuk anda... hanya customer yang beli dengan saya je dapat SPECIAL GIFT ni... *wink, wink*

Agaknya tau x apa itu Omega 3 & kenapa ianya penting??

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3. Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yg diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil.


Omega 3 ni terdiri dari 3 jenis asid lemak iaitu DHA, EPA & ALA dan sebab tula ianya dipanggil Omega 3.

Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak yang penting, yang mana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya dan kita boleh maut sekiranya tubuh tidak menerima Omega-3 untuk jangkamasa yang lama. Walaupun sebelum kita dilahirkan, kita telah menerimanya melalui tali pusat di dalam rahim. Sehinggalah beberapa bulan seterusnya kita terus menerima asid lemak ini melalui susu ibu. Para penyelidik telah menemui bahawa Omega 3 dapat membantu merendahkan kadar lemak trigliserida dalam darah yang dibina di Arteri-arteri (salur darah) dan  yang menyebabkan serangan sakit jantung.

Nanti saya sambung lagi tentang OmegaGuard Shaklee yang best ni ya...Got to go now...

promosi omegaguard shaklee

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================