Sunday 17 March 2013

Hidup Itu Sangat Singkat

Dalam 2 tahun ni, saya telah kehilangan 2 orang makcik di sebelah ayah & emak, iaitu Mak Ngah Esah & Mak Usu Ummi. Innalillah...

Apa yang saya nak ceritakan hari ini adalah situasi makcik-makcik saya ini sebelum kematian mereka. Untuk pengetahuan semua, mereka ini lah yang menjaga kami semasa kecil sewaktu mak & ayah pergi menunaikan haji. Mereka ini jugalah yang bertungkus lumus setiap kali ada kenduri diadakan, terutama sekali time kenduri kawin kami adik beradik. oleh dikatakan mereka antara makcik yang agak rapat dengan kami.

Mak Ngah Esah, kakak ipar kepada ayah. Arwah adalah seorang yang sangat cergas, aktif dalam kehidupan seharian, sihat & tegap tubuh badannya. Malah beliau merupakan ketua blok di kawasan Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi. Pantang ada majlis dikawasannya, arwah lah yang paling sibuk memasak & menguruskan segala hal. Arwah sangat baik & langsung x pernah berkira dengan sesiapa. Sepanjang hidupnya, seingat saya, arwah sangat jarang sakit. Sentiasa cergas walaupun berumur 60tahun lebih. Sebab itulah tiada siapa yang menjangka beliau diserang kanser, malah apabila dikesan, ianya sudah ditahap akhir. Hanya dalam masa 2bulan lebih saje, beliau sakit & akhirnya meninggal dunia di hospital.

Mak Usu Ummi, menemui jodoh pada umur yang lambat. Beliau berkahwin dengan Pak Usu, duda anak 7 yang kematian isteri kerana penyakit. Sepanjang perkahwinan mereka, tiada anak dikurniakan, tetapi anak-anak tiri beliau sangat menyayangi beliau seperti mak sendiri. Beberapa tahun selepas perkahwinan mereka, arwah mula mendapat beberapa penyakit. Ketika itu, arwah baru berumur awal 40-an. Setiap bulan pasti mereka berulang-alik ke beberapa hospital. Pak Usu dengan setianya membawa arwah ke hospital dan adakalanya ditemani 2 anak lelaki mereka yang bongsu. Diakhir hayat, arwah sangat menderita kerana badannya membengkak dengan teruk sehinggakan beliau hendak berjalan pun sukar. Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya penyakit arwah kerana keadaan arwah yang agak menyedihkan setiap kali kami berjumpa. Beliau meninggal di hospital dengan didignos sebagai kegagalan pelbagai organ, pada usia 50tahun.

Dari kisah mereka, saya merasakan betapa singkatnya hidup ini. Hari ini mungkin kita rasa kita sihat, esok-esok belum tentu bagaimana. Hari ini kita bermain dengan gembiranya dengan anak-anak kita, esok belum tentu mereka dapat bermain dengan kita. Jika kita memang menghidap sebarang penyakit kronik, kita atlist boleh mengagak bila kita akan 'pergi'. Sebaliknya jika kita sentiasa merasakan diri kita sihat, jarang diserang penyakit, adakah itu satu jaminan bahawa kita memang btul-btul sihat & akan trus sihat pada esok hari dan hari-hari seterusnya? Waalahualam...

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri kita, anak2 & keluarga kita yang tercinta. Bukan saja dari segi pemakanan kita, tetapi secara menyeluruh. Pastikan keluarga kita mendapat pemakanan yang seimbang, ditambah pula dengan pengambilan supplemen bagi menampung kekurangan nutrisi, beriadah secara konsisten dan sebagainya. Jadikanlah gaya hidup sihat amalan hidup kita supaya kita x menyesal di kemudian hari...

* ingin dapatkan rangakain produk SHAKLEE? hubungi saya di 0192826397. konsultasi akan diberikan sebelum anda membeli sebarang produk *
rangkaian produk shaklee
**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment