Tuesday 23 April 2013

Produk Shaklee tu Makanan Segera?? Biar Betik...

April 23, 2013
Haaa....saje nak selitkan kat sini...stop kejap review on produk, nak bercerita jap tentang Shaklee ni...

Apa sebenarnya produk-produk Shaklee ni? Adakah ianya Vitamin? atau Supplemen ke? Atau sejenis 'makanan segera', seperti tanggapan sesetengah orang. Biar betik!!! Selama 6 bulan saya kenal Shaklee, tak pernah sekali pun terfikir dalam kepala saya yang Shaklee ni produknya jatuh dalam kategori 'makanan segera'.

Sebabnya...

Sebelum kita consume sesuatu barang/produk/makanan/pakaian dan sebagainya, sudah tentu kita akan membuat sedikit penyelidikan mengenainya. Penyelidikan ni bukan la bermaksud kena bawak barang tu masuk makmal, cek itu, cek ini dan sebagainya. Memadailah dengan tahu apa kandungan bahan-bahan tu, selamat ke tidak, diperbuat daripada apa, malah bagi kami sekeluarga, kalo beli pakaian, kami takkan terus pakai, mesti basuh dulu. Itu pun salah satu langkah penyelidikan sebab kita tak tahu dah berapa lama pakaian tu ada kat kedai n sepanjang proses pembuatannya ia terdedah kepada apa. Tapi bila dah basuh, kan rasa selamat sikit walaupun kalau lepas dah basuh, pakaian tu rosak ke dah tak boleh pulangkan balik, tapi at least kita tau la pakaian tu x elok dan next timw for sure kita tak akan beli dah kat kedai tu.

Ok, bebalik kepada Shaklee...

Sebelum saya beli produk Shaklee, saya ada membuat sedikit bacaan. Yelah, sekarang ni bahan bacaan kan ada dimerata tempat. Buku je laptop, Google je, macam-macam info ada. Kalau ada duit lebih, boleh la beli buku. So dari situ, saya faham serba sedikit tentang Shaklee. Then try satu produk dulu, tengok hasilnya. Terus-terang saya cakap, kami sekeluarga bukanlah jenis orang yang suka makan vitamin ni. Even masa pregnant pun, sangat susah nak habiskan vitamin yang klinik bagi sebab sangat tak suka telan pil, hanya pikirkan demi anak je.

Kami try dulu Sustainable Release Vitamin C 500mg Shaklee sebab harganya murah dan banyak plak tu dalam 1 botol. Makan memang tak konsisten, bila teringat, amik makan. Kalo terlupa, selamat la jawabnya. Lepas beberapa bulan, saya perasan kuku ibu jari tangan kiri saya dah ok...Apa kaitan kuku ibu jari saya dengan Shaklee...

Dipendekkan cerita, tiap kali mengandung, mesti ada ibu jari kaki/tangan saya yang akan kena cagu/cekam. Tak tau apa itu cagu? Bleh baca kat sini. Time pregnant blong, kena kat ibu jari kaki kanan. Sampai kena operate buang kuku and it cost me RM300 huhuhu (time ni memang x kenal Shaklee lagi). Then bila pregnant adik acad, kena plak kat ibu jari tangan kiri. Memang siksa la, espacially bila nak pakai brooch ke, memang tak dapat. Start kena masa mengandung 3bulan kot. So sepanjang pregnant, sampai bb dah kluar (bb lahir premature 26w), sampai bb dah umur 1year, stil x ok gak. Dah g klinik, jumpa pakar sana-sini, amik ubat beratus (ubat harga puluh je, tapi kos doc pakar yg beratus), stil x ok jugak. Last-last saya biarkan je, and at the same time, makan Vitamin C Shaklee dengan tak konsistennya.

Few months lepas tu, baru perasan kuku dah start nak ok dah. Then terus consume, sampai la kuku dah ok 100% macam biasa. Tak payah dah operate macam dulu. Ada jugakla applykan beberapa petua, tapi tak berjaya, sampai rasa give up. Nilah antara rupa kuku saya sepanjang dekat 2 tahun lepas. Memang agak memalukan, samapi kadang terpaksa sorok-sorokkan jari..
But now, Alhamdulillah dah pulih seperti biasa..tak yah dah nak sorok-sork, n boleh dah pakai tudung n brooch macam biasa. Kalo nak salam orang pun dah x rasa malu sebab sumanya dah back to normal...

Bagaimana kuku saya bleh elok kalo Shaklee tu adalah 'makanan segera'? Seperti kita semua maklum, 'makanan segera' tu adalah makanan yang diproses, ditambah macam-macam, then jadilah makanan yang sentiasa sedia untuk dimakan pada bila-bila masa. Berbeza dengan vitamin/suplemen...Vitamin/suplemen adalah makanan penambah/pen'top up' kepada nutrisi makanan yang kita tak dapat nak penuhi dalam pemakanan seharian kita atas pelbagai sebab. Lagipun, tak pernah pulak lagi dengan orang rasa kenyang hanya dengan mengambil vitamin/suplemen sedangkan tujuan orang mengambil 'makanan segera' adalah untuk mengenyangkan perut.

Mungkin ada sesetengah pengedar Shaklee menyatakan "makanlah Shaklee jika anda kurang memakan buah-buahan/sayuran" atau "Shaklee penganti nutrisi harian anda" dan sebagainya. Pada saya, itu adalah satu tanggapan yang SALAH sama sekali kerana produk Shaklee TIDAK sekali-kali mampu untuk menggantikan nutrisi makanan yang terdapat dalam buah/sayuran/makanan harian yang lain. 

Akan tetapi...

Kebanyakan buahan/sayuran/bahan mentah yang terdapat dipasaran hari ini kebanyakannya adalah terdedah kepada pencemaran mahupun perubahan genetik bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Oleh itu, satu lagi kepentingan vitamin/suplemen hari ini adalah untuk mencuci badandan organ dalaman kita dari segala jenis bahan kimia, bahan pencemaran dan sebagainya yang kita memang terdedah kepadanya setiap hari. Kerana itulah, Shaklee sentiasa memastikan produknya diperbuat dari sumber mineral yang asli dan semulajadi sahaja agar ianya mampu melindungi dan merawat tubuh badan kita dari dalam.

Setiap produk Shaklee TIDAK dibuat dengan sambil lewa. Setiap mineral mahupun vitamin yang ingin digunakan akan diperiksa dan diuji ketulenannya, ditapis dan dipilih dari sumber yang asli sahaja. Sebab itulah terdapat sesetengah produk Shaklee adakalanya terpaksa diberhentikan ataupun lambat direstok kerana ketiadaan/kesukaran mendapatkan bahan-bahannya.

Jadi, pada pendapat saya, sebelum kita dapatkan sesuatu, buatlah kajian dahulu, sekurang-kurangnya tahu secara basic tentang barang tersebut. Jangan la kita TAK tau apa-apa tentang produk, hanya pernah dengar je cakap-cakap orang, then trus suka-suka nak melabelkan atau menyamakannya dengan sesuatu yang totally different/TAK SAMA LANGSUNG.

Akhir kata...

 "Tak Kenal Maka Tak Cinta, Dah Kenal Memang Jadi Kipas-Susah-Mati, Tapi Tak La Fanatik Bulat-bulat"

So, tepuk dada, tanya selera.
shaklee is not fast food

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Vitamin E, Pemangkin Tahap Mobiliti Sperma Lelaki

April 23, 2013
Hari ni nak bercerita tentang bagaimana Vitamin E mampu membantu meningkatkan kesuburan kaum lelaki. Entry ni mungkin la agak panas, dan berbaur 18sx, tapi saya tiada niat apa-apa, cuma nak berkongsi bagaimana cara nak membantu pasangan-pasangan yang dah lama kahwin, tapi belum dikurniakan anak. Juga untuk kaum lelaki yang bermasalah dengan kesuburan & sperma mereka....

Apa yang Vitamin E dapat bantu kaum lelaki yang mempunyai masalah kesuburan ini??

Menurut sebuah journal yang bertajuk "International Journal of General Medicine", yang ditulis oleh Mohammaad K Moslemi dan  Samaneh Tavanbakhsh, yang diterbitkan pada January 2011, pengambilan Selenium sebanyak 200ug dan juga Vitamin E sebanyak 400IU dalam sehari, mampu meningkatkan kualiti air mani dan juga tahap mobiliti sperma kaum lelaki.

Berikut adalah keputusan kajian mereka.

kesuburan dengan vitamin e shaklee

Vitamin E Shaklee juga mampu membantu meningkatkan tahap mobiliti sperma, dengan kandungannya yang lengkap. Apabila tahap mobiliti dan keaktifan sperma itu telah ditingkatkan, maka kebarangkalian untuk mereka menemui telur adalah tinggi berbanding sperma yang tidak aktif. Malah, kajian mendapati, apabila tahap mobiliti sperma suami telah meningkat, peluang untuk isteri mengandung juga meningkat sebanyak 90% (dengan syarat, isteri adalah sihat).

vitamin e shaklee untuk lelaki

Tingkatkan kesuburan anda dengan Vitamin E.. ^__^

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Saturday 20 April 2013

Pelihara Jantung, Otak, Kolon & Prostat Dengan Vitamin E

April 20, 2013
Biasa kita dengar orang meninggal sebab sakit jantung kan?? even sekarang ni pun ramaiiii je yang meninggal pada usia muda disebabkan masalah jantung. ada yang meninggal sebab tak tau pun ada penyakit jantung, dan ada juga yang tau memang ada masalah jantung. sedey kan....kalo yang meninggal muda tu, memang la sangat haru sebab ada anak kecil la, baru awal 20-an la dan sebagainya....

Apa yang Shaklee ada untuk membantu kita memelihara jantung? Jom kita baca dengan lebih lanjut kupasan saya hari ini...

Vitamin E adalah sejenis antioksida kuat yang boleh larut dalam lemak, di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan juga prostat di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.

Beza Vitamin E Shaklee dengan brand-brand lain adalah :

==> diperbuat dari minyak soya organik
==> dan juga minyak biji gandum
==> kaya dengan Vitamin E, yang diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi
==> digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama & delta)
==> adalah vitamin E yang PALING LENGKAP dipasaran

Ianya juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Selain itu, ianya juga adalah merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksida dan melindungi retina.

Tahukah anda samaada anda telah mendapatkan bekalan Vitamin E yang secukupnya dalam sehari? Setiap individu memerlukan 400IU Vitamin E setiap hari, bagi memastikan sel-sel badan kita dapat melawan radikal bebas. Sumber makanan yang bersamaan dengan 400IU vitamin E adalah :

vitamin e shaklee

Jadi melainkan anda mampu memakan kesemua makanan ini setiap hari, maka bolehlah anda melupakan pengambilan Vitamin E dalam diet seharian anda. Tapi, melihatkan kehidupan seharian kita, adalah sangat sukar untuk kita menikmati kesemua makanan ini setiap hari. Jadi, pastikan kita mengambil sebiji Vitamin E dalam kehidupan seharian untuk menampung keperluan hidup kita seharian.

Antara manfaat utama Vitamin E adalah...
  • melindungi jantung 
  • mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • anti-penuaan
  • anti-oksida yang kuat
  • memperbaiki arthitis
  • menghalang keguguran
  • memperbaiki  parut
Soalan cepumas yang biasa ditanya, adakah Vitamin E selamat???

==>>> di dalam buku "Presription For Longevity" yang ditulis oleh Dr James Scala, terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan Vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh Universiti Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU <<<===

Kandungan nutrisi yang terdapat dalam sebotol Vitamin E Shaklee adalah....

nutrisi dalam vitamin e shaklee

Cadangan pengambilan Vitamin E adalah...
  • untuk memelihara kesihatan : 1 kapsul sehari (selepas makan)
  • untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif : 2x sehari, 1 kapsul sehari
  • menentang kanser dan mengurangkan parut : 2x sehari, 2 kapsul setiap kali
Vitamin E juga BAGUS untuk KESUBURAN....>__<

tapi....

Akan saya citer dalam next entry ye... ^__^

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday 18 April 2013

Tingkatkan Tenaga Dengan Cinch Energy Tea Mix Shaklee

April 18, 2013
Memang biasakan, bila dah petang je, semua orang start slow...buat keje slow, berjalan slow, bersembang pun slow sebab suma dah penat. Tak dinafikan, saya dulu masa keje ofis pun macam tu. Kadang, dalam sejam nak sampai waktu balik, mula dah la menghitung masa...langsung tak productive huhuhu....

Tapi....

Tak best la kan sebenarnya situasi ni. Kita nak la stay energetic, kekal semangat sepanjang hari kat opis, malah kalo boleh sampai ke malam supaya hari yang kita lalui itu betul-betul bermanfaat. Lagi satu, kan seronok bila semua kerja dapat disiapkan dalam hari tu, so besok boleh la dimulakan dengan kerja baru plak. Kalo tak, bertimbun kerja, sendiri yang susah kan... ^,^"

Makanya....

Hari ni saya nak memperkenalkan sesuatu yang mampu meningkatkan tenaga anda, terutama pada waktu petang sebab ianya memang sangat sesuai diminum pada waktu petang. Memperkenalkan.......

CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE!!!
shaklee cinch tea mix
Cinch Energy Tea ni adalah kombinasi 3 teh yang eksotik, iaitu teh putih, teh merah dan teh hijau Matcha (satu jenis teh hijau bagi istiadat ulung Jepun). Kesemua jenis teh ini dituai dan dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luar biasa hebat. Ianya mampu memberikan tenaga yang semulajadi dan membantu kita merasa selesa.

Esksklusif T-Lift - Campuran teh di dalam Cinch Mix Energy Tea Shaklee

bahan dalam cinch tea mix shaklee

Apakah perbezaan Cinch Mix Energy Tea  Shaklee ni dengan teh-teh yang lain di pasaran?? Antaranya...
  • selamat, tidak menyebabkan kanser
  • penggalak tenaga semulajadi
  • ditambah dengan Taurina - untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  • tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis
  • sesuai diminum ketika panas mahupun sejuk
  • senang dibawa kerana peknya yang kecil & mudah dibancuh
Kandungan nutrisinya pula adalah seperti carta dibawah  

nutrisi dalam cinch tea mix shaklee

Mari sama-sama kekal produktif sepanjang hari dengan Cinch Mix Tea Shaklee.

Nota kaki : Cinch Mix Tea ini juga termasuk dalam set INCH LOSS Shaklee sebab selain memberi tenaga, ianya juga dapat membantu menguruskan badan... ^___^

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Wednesday 17 April 2013

Kurus Dengan Badan yang Cantik Bersama Cinch Shake

April 17, 2013
kurus dengan cinch shake shakleeRingkasan mengenai Cinch Shake...


"KEEP MUSCLE YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED
LOSE INCHES YOU DON'T WANT"

Agak-agak, faham x maksud yang tersirat di sebalik quotation kat atas tu?? Senang cakap, sesiapa yang mengamalkan Cinch Shake ini, bukan hanya akan kurus, tapi bentuk badan akan kekal menarik & langsing, kerana, badan kita akan dibentuk oleh otot-otot yang memang diperlukan dan bukanlah lemak-lemak degil. Say NO to LEMAK & INCHES yang TIDAK diperlukan...

Cinch Shake ini dicipta melalui pengetahuan nutrisi selama 50 tahun. Ianya dihasilkan dengan tujuan mengurangkan inchi di badan dengan MUDAH dan dalam masa yang sama, ianya MENYIHATKAN badan kita. Ia juga direka untuk membantu anda mengelakkan kitaran diet yo-yo (diet yang tidak membantu untuk maintain berat badan dalam jangka masa panjang), bleh baca lebih detail kat sini. Memandangkan formula ini dicipta oleh saintis yang juga manusia seperti anda dan saya, maka sudah pasti mereka mencarikan formula yang terbaik dan paling berkesan untuk manusia juga, sebab itu lah Cinch Shake ini sangat MEMBANTU dan BERKESAN.

Sesuatu yang istimewa yang terdapat dalam Cinch Shake dan TIDAK terdapat dalam mana-mana produk untuk diet yang lain adalah LEUCINE. Apa pentingnya Leuicine ini kepada badan kita? Boleh baca kat sini details tentangnya dan kenapa ianya diperlukan oleh badan kita. Secara ringkasnya, Leucine adalah otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu)

Cinch Shake atau juga dikenali sebagai Meal Replacement adalah minuman yang sangat lazat dan berkhasiat yang dapat membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa kenyang dan berpuas hati sekaligus membantu mengurangkan berat badan. Setiap kali kita minum Cinch Shake, kita akan mendapat :

==>> 24 gram protein
==>> 24 jenis vitamin dan mineral penting
==>> 6 gram serat larut

Protein adalah SANGAT PENTING dalam pembinaan otot kerana, ototlah yang bertindak menaikkan kadar metabolisma badan kita sekaligus membantu membakar kalori. Dalam erti kata lain....
kurus dengan cinch shake shaklee
Jika kita berdiet dengan konsep ini, maka hasil yang akan diperolehi nanti adalah sesuatu yang sangat kita harapkan, dan bukan lah kurus, tetapi dengan shape yang nipis macam papan lapis huhuhu...Of course semua orang nak kurus dengan shape yang menarikkan, sebab tu adalah target bagi setiap orang yang berdiet, betul tak??

Antara KELEBIHAN & KEBAIKAN Cinch Shake ini adalah:
    cinch shake shaklee
  1. kenyang, tanpa perlu mengambil makanan berat, malah hanya seperti menikmati pencuci mulut sahaja
  2. indek glisemik yang rendah : hanya 22, maka sesuai juga untuk penghidap diabetis
  3. memberikan 35% atau lebih, nilai harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  4. menggunakan Non-GMO soya dan bebas bahan tiruan, warna dan pemanis
  5. mengandungi Leucine untuk memelihara otot semasa kita menurukan berat badan
  6. terdapat dalam 3 jenis perisa : Vanilla, Coklat & Cafe Latte yang sangat sedap
Kandungan NUTRISI yang terdapat dalam 1 canister Cinch Shake adalah seperti di bawah... 


nutrisi dalam cinch shake shaklee
So memang sangat membantu lah bagi mereka-mereka yang nak kurus dan dalam masa yang sama nak dapatkan bentuk badan yang menarik.Produk diet brand lain blum tentu dapat membuatkan untuk mendapatkan keputusan seperti apa yang Cinch Shake boleh berikan.... ^__^

Akhir kata, jom cuci mata dengan fakta dan kebenaran mengenai diet...

cinch shake shaklee diet

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday 16 April 2013

Mata Bercahaya, Pipi Kemerahan Dengan Carotomax

April 16, 2013
Haaaa...amacam, menarik dan tertarik x dengan tajuk entry saya ari ni....

Pada yang bercermin mata, yang bercontact lens, yang mata rabun ayam mahupun rabun malam, nilah produk yang pasti buat anda x tido malam memikirkannya...

Bagi yang nak cantik...(citer pasal cantik lagi..best kan...), yang teringin nak pipi nampak kemerah-merahan walaupun x pakai blusher n kulit x berapa nak cerah, ini jugakla produk  yang patut dan sangat perlu anda dapatkan sebaik saja anda habis baca entry ni.... ^__^

Memperkenalkan....

mata bersinar dengan carotomax shaklee
CAROTOMAX......si kecil yang comel lote, tapi kuasanya, setanding pembedahan laser mata....(exaggeration sikit ye di situ ya) dan sehebat blusher jenama-jenama make up yang hebat seperti MAC, Maybelline, SimplySiti dan sebagainya...(x berapa nak tau sangat brand make up sebab x guna hihihi)...

Apa yang best sangat Carotomax ni??? Untuk pengetahuan, carotomax ni lah produk Shaklee yang paling sikit kuantitinya dalam sebotol, hanya ada 30 biji je dalam setiap botol, malah botolnya kecik je, so sangat mudah nak dibawa ke mana-mana. Letak dalam handbag pun dia tak amik space yang besar...

Carotomax memberikan anda perlindungan antioksida yang sangat tinggi. Ini kerana, ianya mengandungi 6 jenis karotenoid yang sangat diperlukan oleh badan, yang TIDAK terdapat dalam produk-produk kesihatan yang lain, dalam hanya 1 kapsul sahaja. Kesemua karotenoid  ini adalah diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang memang terkenal kaya dengan antioksida seperti rumpai laut, non-GMO tomato, biji anggur, brokoli, pot marigold, epal, kentang, minyak sawit, strawberi, karot dan sebagainya. Setiap buahan mahupun sayuran ini diekstrak khasiat anti-oksidanya melalui cara pengasingan dan disalurkan dalam bentuk flavanoid dan karotenoid yang semulajadi.
carotomax shaklee
Secara puratanya, manusia hanya mampu memperolehi sebanyak 8mg karotenoid lutein, likopena dan beta karotena dari sumber makanan, sebaliknya badan kita memerlukan lebih dari itu. Akan tetapi, dengan adanya Carotomax, badan kita mampu mendapatkan sehingga 15mg karotenoid dari hanya sebiji kapsul sahaja!! hebat kan... ^__^

Berikut adalah jenis-jenis nutrisi yang terdapat dalam Carotomax dan fungsinya...
carotomax shaklee 
Manfaat utama Carotomax antaranya adalah :
  1. lebih selamat dari vitamin A : pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan toksisiti, seperti yang ditemui oleh saintis pada tahun 1912.
  2. mempertingkatkan penglihatan : ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. mempertingkatn masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, gegelung hitam di bawah mata dan sebagainya.
  3. meredakan penyakit kulit : pengambilan yang berterusan akan melegakan masalah kulit seperti kulit kering, kulit gugur, jerawat, acne dan lain-lain.
  4. melawan kanser dan oksidasi : pengambilan kerap beta karotena membantu mengukuhkan sistem imunisasi, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser serta menghalang pembentukan sel-sel kanser yang baru.
  5. menghalang infeksi : merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti batuk, hepatitis, asma dan selsema.
 Setiap hidangan sebiji Carotomax adalah bersamaan dengan....
carotomax shaklee
Baguskan....adakalanya kita tak mampu nak makan kesemua ini setiap hari. Akan tetapi, hanya dengan sebiji Carotomax, kita mampu membekalkan nutrisi yang lengkap untuk badan kita...

Seperti yang saya sebutkan di atas, tidak ada satu pun supplemen selain Shaklee yang mempunyai 6 jenis karotenoid dalam satu kapsul. Paling banyak pun, hanya setakat 5 jenis karotenoid sahaja, akan tetapi, harganya sangat menakutkan. Malah anda perlu mengambil lebih dari 1 biji dalam sehari bagi mendapatkan kandungan nutrisi yang sama dengan sebiji Carotomax Shaklee.

Berikut adalah perbandingannya..
carotomax shaklee 

Cadangan pengambilan
  • untuk pemeliharaan kesihatan : 1 atau 2 kapsul, dimakan 2 kali sehari (selepas makan)
  • untuk penyakit mata, semas rawatan penyakit : 2 kapsul , 2 kali sehari (slepas makan)
Bagaimana??? Mahukah anda mata yang bebas cermin mata, bebas contact lens, mampu memandu malam tanpa risaukan silau lampu kereta lain, kulit pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu bersusah-payah tepek make-up tebal??

Dapatkan segera untuk yang nak...Bagi yang tak nak, sila abaikan posting ini... ^__^

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================



Monday 15 April 2013

GLA Shaklee, Teman Karib Wanita Hari Ini

April 15, 2013
Wanita dan Everning Primrose Oil (EPO) adalah sangat sinonim. Ini kerana khasiatnya yang memang sangat banyak untuk kaum wanita, terutamanya untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. Malah saya sendiri sejak dulu lagi telah diperkenalkan dengan EPO dan disuruh mengambilnya oleh mak saya... ^__^  mak saya sendiri pun sampai sekarang masih mengamalkan pengambilan EPO.

Tetapi...

Bagaimana jika ada sesuatu yang khasiatnya sama seperti EPO, malah lebih baik 3 kali ganda dari EPO? Tentu ramai wanita yang mahukannya, betul tak???

Oleh itu, Shaklee telah memperkenalkan GLA Complex..
GLA Complex Shaklee
GLA Shaklee (gamma-linelenic acid) yang berada dalam pasaran adalah dihasilkan dari EPO, manakala GLA Shaklee adalah diekstrak dari borage yang mana borage ini ianya mengandungi lebih dari 2x ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih baik dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. 

GLA Shaklee ini juga merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan yang berkesan yang menyerupai hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA. Selain itu, GLA Complex ini juga digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. 

Minyak bunga matahari adalah merupakan salah satu sumber asid lemak Omega-6. Vitamin E yang terkandung di dalamnya bertindak membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kesegaran dan keberkesannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksida semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya telah terbukti secara klinikal di mana ianya mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu badan. Malah, borage yang diekstrak untuk membuat GLA juga ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan bagi memelihara khasiatnya.

Berikut adalah kandungan nutrisi yang terdapat dalam GLA Complex Shaklee :

Nutrion Facts


Each capsule provides :

% Daily Value
Total Fat
0.5 g
<1%**
Vitamin E
(as d-alpha tocopherol concentrate)
15 IU
50%
Gamma-Linolenic Acid
    from borage seed oil (borago officinalis)
90 mg
#
Linoleic Acid
   from sunflower seed oil (helianthus annus)
   and borage seed oil (borago officinalis)
216 mg
#
** Percent Daily Values based on a 2,000 calorie diet


# Daily Value not establised


 1.    Fann YY, Chapkin RS. Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414
 Antara Manfaat GLA Complex adalah
  1. menggunakan herba tradisi yang dipercayai sejak sekian lama - borage memang sangat digunakan secara meluas oleh orang Barat, kerana ianya juga boleh merawat ulser, mengeluarkan virus, membersihkan kelesuan, meringankan kebas urat dan sebagainya
  2. mengawal selia estrogen dan testeron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  3. menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  4. menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengelakan masalah jantung  
  5. memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
  6. menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua
  7. pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan (juga bertindak ketika anda sedang tidur)
Selain kaum wanita, GLA Complex Shaklee juga boleh diambil oleh :
  1. lelaki - mengawal selia hormon testeron
  2. kanak - kanak yang sedang membesar 
  3. remaja
  4. mereka yang menopaus & andropause (menopaus lelaki)
Cadangan pengambilan GLA Complex Shaklee
  • untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari (1 kapsul setiap kali - selepas makan)
  • untuk menopaus, pelangsingan, hyperaktif : 2 kali sehari (2 kapsul setiap kali - selepas makan)
Manfaat GLA Complex Shaklee
**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================