Thursday 16 May 2013

Kenangan Terindah, but Yet Tak Mahu Diulang (Part 2)

Allahuakhbar....1st time tgk adik acad dalam inkubator, hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya. Kecil sangat dia masa tu. Penuh wayar dari hujung rambut sampai hujung kaki. Alat pernafasan, CPAP, saje dah terlalu besar sampai cover separuh muka dia. Tak sampai hati nak tengok lama-lama, risau air mata akan jatuh. Hati ini teringin sangat nak pegang dia, tapi keberanian tu tak ada. Kata ayah, doktor cakap adik ok. Malah doktor puji adik sebab masa lahir adik ada kuarkan bunyi sikit macam baby yang lahir cukup bulan. Ketika ini, adik ditempatkan dalam inkubator yang khas untuk baby pramatang yang baru lahir dan di dalam bilik khas. Inkubator ni memang dah direservekan untuk adik sejak pihak hospital tahu yang mama mungkin bersalin awal. Menurut doktor, hospital hanya mempunyai dalam 3-5 biji sahaja inkubator jenis ini. Alhamdulillah pilihan mama dan ayah untuk mama bersalin di Hospital Miri adalah pilihan yang betul, walaupun ada pahitnya sepanjang seminggu mama di hospital.

9 hari adik dipakaikan CPAP, beberapa hari adik diserang mild jaundis, berat menurun dari 945gm kepada 800gm+, akhirnya adik dipindahkan ke inkubator biasa dan ke mass room. Adik juga sudah mula berak seawal 1 hari dia dalam inkubator, dan tu adalah tanda-tanda ususnya sudah boleh memproses susu mama yang adik minum melalui tiub. Alhamdulillah, keadaaan adik acad sudah stabil. Ketika ini, adik hanya dipakaikan alat bantuan pernafasan yang biasa memandangkan adik masih tidak dapat bernafas sendiri kerana paru-parunya belum cukup matang. Ketika ini, mama sudah berani untuk mengusap2 adik melalui lubang ang terdapat  pada inkubator. Setiap kali mama dan ayah nak sentuh adik, kami mesti membasuh tangan terlebih dahulu untuk mengelakkan adik dari terkena sebarang kuman.
bayi pramatang 26week
adik acad dalam inkubator
Beginilah keadaan adik acad ketika dalam inkubator. Adakalanya kulitnya menjadi terlalu kering kerana suhu dalam inkubator yang dikekalkan sama seperti suhu dalam kandungan mama. Jadi ketika itu, mama akan sapukan krim baby/baby oil kat kulit adik. Bila kuku adik dah panjang, mama akan potongkan kerana risau adik mencederakan badannya sendiri kerana adik tak boleh nak pakai sarung tangan sebab tangannya terlalu kecil. Dekat sebulan lebih adik hanya bertelanjang sahaja di dalam inkubator itu, jadi kalo adik kencing dan terpancut terkena inkubator, maka nurse akan cuci inkubator tu sekali untuk elakkan sebarang jangkitan kuman.

Apabila berat adik dah mencecah 1kg+ barulah adik mula dipakaikan lampin. Masa nilah baru mama blajar balik macam mana cara melipat kain lampin... ^__^ blong hanya pakai diaper pakai buang, jadi memang tak ada pengalaman melihat kain lampin hihihi...2 bulan lebih adik duduk dalam inkubator, dan beberapa kali adik menghadapi apnea (keadaan di mana adik berhenti bernafas untuk seketika), Alhamdulillah semuanya selamat. Adik sentiasa memberikan respon yang +ve setiap kali diperiksa, malah pemeriksaan matanya juga tidak menghadapi sebarang masalah. Doktor juga telah mencuba beberapa kali mencabut alat bantuan pernafasan untuk melihat kemampuan adik bernafas sendiri. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya adik bersedia dan mampu untuk bernafas sendiri pada umur 2bulan.

Sepanjang adik berada di dalam inkubator ini juga, adik telah beberapa kali dimasukkan darah kerana menghadapi masalah kekurangan darah. Setiap kali sebelum darah dipindahkan, darah mama akan diambil dahulu bagi memastikan jenis darah yang akan dipindahkan kepada adik. Dan setiap kali selepas darah dipindahkan, adik akan dimonitor untuk melihat sekiranya terdapat penolakan darah antara darah lama dan darah baru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Rezeki adik juga sangat murah ketika ini. Susu mama terlalu banyak sampaikan mama dan ayah pening memikirkan bagaimana hendak menyimpan susu yang begotu banyak. Beberapa kali operasi memindahkan susu ke rumah bos sewa bos ayah, Uncle Robert, dilakukan dan kedua-dua fridgenya kami guna untuk menyimpan susu adik. Bila freezer di rumah dah penuh, kami akan hantar ke sana sehinggalah kedua-dua freezer penuh juga. Adakalanya, kami terpaksa memilih mana-mana susu yang dah expired untuk dibuang bagi memberi ruang kepada stok susu yang baru. Akhirnya, setelah kedua-dua freezer tersebut tidak dapat menampung stok susu adik, ayah belikan mama deep freezer. Syukur pada-Nya. Walaupun diuji beberapa kali deep freezer tersebut mengahdapi masalah, dan bekalan susu rosak, namun, Allah telah menggantikannya dengan lebih banyak susu sehingga deep freezer juga penuh.   
stok ebm bayi pramatang saya
sebahagian stok susu adik
2 bulan lebih mama, ayah dan blong berulang-alik ke hospital untuk menjenguk adik. Lepas sahaja ayah abis kerja, kami akan bergegas ke hospital yang jauhnya memakan masa 40minit dari rumah. Walaupun hujan, mahupun tak sihat, kami pergi juga mengenangkan nasib adik yang keseorangan di hospital.
the brother
gelagat blong selama melawat adik
Akhirnya, selepas berat adik mencecah 1.6kg dan kesihatan adik dah stabil, adik akhirnya dikeluarkan dari inkubator dan diletakkan dalam baby coat. Namun ketika ini tiub susu adik masih belum dicabut. Hanya selepas beberapa hari, barulah ianya dicabut selepas doktor mendapati adik sudah mampu untuk mmenyusu secara terus dari mama. Bukan kepalang rasa kesyukuran dipanjatkan ketika itu dan sentiasa berdoa adik akan terus dicabut tiub susunya dan tidak perlu dipakaikan alat bantuan pernafasan langsung. Ketika inilah pertama kalinya adik dipakaikan baju, tapi baju hospital yang besar lah. Walaupun saiz S, tapi tetap besar untuk adik.
perjalanan bayi pramatang saya
adik now out from inkubator n free from tiubes
Sebulan pulak mama dan ayah berulang-alik 2 kali sehari ke hospital. Adakalanya mama pegi dari pagi dan pulang petang kerana menyusu dan menjaga adik di hospital. Target sepanjang tempoh ini adalah untukadik mencapa berat 1.8kg supaya adik dapt balik ke rumah. Setiap kali hari timbang, mama pasti berdebar-debar sebab nak tahu berapa berat adik.

Akhirnya, selepas adik hampir 3 bulan dihospital, pada 8/8/2011, adik dibenarkan balik, dengan berat badan mencecah 1.85kg. Syukur.....Atuk dan opah juga ketika itu baru sampai dari Bangi. Sebenarnya tiket tersebut dibeli untuk atuk & opah datang untuk menjaga mama & adik dalam pantang sebab adik sepatutnya lahir pertengahan bulan 8. Tapi, ketentuan Allah, tiada siapa yang mampu melawan. "Sesungguhnya kita merancang, tetapi Allah lah sebaik-baik perancang".

bersambung....

No comments:

Post a Comment