Sunday 30 June 2013

B Complex Shaklee, Membantu Anda Cantik Setiap Hari

June 30, 2013
Sebelum ni, saya sendiri tertanya bagaimana Vitamin B Complex mampu membantu dari segi kecantikan.
cantik dengan shaklee
cantik luar dalam
Yelah, selalunya kalo sebut B Complex Shaklee, ianya lebih kerap dikaitkan dengan mengandung sebab B Complex ni memang kerap dikaitkan dengan Asid Folik, in which acid folic adalah satu keperluan bagi ibu mengandung.

Lalu hari ni saya membuat sedikit pembacaan mengenai bagaiman B Complex ini mampu membantu dari segi kecantikan..Rupanya, banyak sekali kebaikan dan sumbangan B Complex dari sudut kecantikan. Patutlah ianya turut dimasukkan ke dalam set kecantikan yang diperkenalkan oleh Shaklee. Akhirnya, terjawab sudah persoalan yang bermain di minda saya. Jadi, hari ini saya akan share kan dengan semua bagaimana B Complex ini boleh membantu anda cantik, dan mengapa anda perlu mengambil B Complex ini walaupun tidak mengandung..(‐^▽^‐)

Sebelum itu, boleh la baca entry ini, jika ingin tahu apakah kandungan yang terdapat dalam sebotol vitamin B Complex Shaklee. Terus ke point yang nak diceritakan ya...Dan point ni saya copy dari blog ni...

"In particular, one derivative of the B vitamin Niacin - Nicotinamide, has been shown to improve the ability of the epidermis, the upper-most layer of the skin, to retain moisture leading to softer, smoother skin with less dryness and flakiness, and a reduction of fine lines. This derivative can also serve as an effective skin-lightening agent, when added to skin moisturisers. A study by Bisset et al presented at the Annual Meeting of Dermatology in 2003, demonstrated that a topical form of vitamin B was shown to dramatically improve aging in human skin".

Haaa..tu dia kan....lapisan kulit kita yang paling atas sekali, iaitu epidermis akan lebih moist dengan bantuan Niacin, yang mana ianya diperolehi daripada vitamin B tersebut. Hasilnya, kulit akan menjadi lebih lembut, tidak mudah menjadi kering dan merekah serta membantu mengurangkan garis kedutan.


elakkan rambut gugur dengan shaklee
elakkan ini dari berlaku
Selain itu, B Complex ini juga mampu membantu mencantikkan rambut, kulit dan kuku kita dengan merawat dari dalam kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas - iaitu molekul yang bertanggungjawab merosakkan sel-sel badan yang sihat sekaligus menyumbang kepada penuaan dan penyakit.

Secara detailnya, vitamin B ini boleh membantu mencantikkan kulit, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit melalui :


"If you are suffering with chronic skin issues, or even if you are just sick of dealing with a dull and unhealthy complexion, the cause may be a Vitamin B deficiency. Vitamin B12 helps to regulate your skin's pigment production and location, preventing hyperpigmentation - the darkening of skin in certain parts of your body. Vitamin B3 is used to improve the appearance or severity of some skin conditions, whereas Vitamin B5 can help to minimise acne by helping the body to breakdown oils in the form of triglycerides and cholesterol. The University of Maryland Medical Centre reported that research shows that supplementation of Vitamin B5 can also help to lower triglyceride and cholesterol levels, which can indirectly promote healthy skin. Vitamin B5 also helps to promote faster healing of skin wounds and is most effective when combined with Vitamin C".

set kecantikan shaklee
set kecantikan yang mesti anda dapatkan HARI INI
B5, B12 dan B3 semuanya boleh didapati dalam sebotol B Complex Shaklee. Ternyata Shaklee telah mengabungkan kesemua elemen penting yang sangat diperlukan oleh kita dalam satu botol, malah setiap tablet B Complex adalah didatangkan dalam saiz yang sangat mudah ditelan. Jadi, mengapa mahu pilih yang lain bila anda mampu mendapatkan yang terbaik hanya dalam 1 botol sahaja.ᕙ( ^‿ゝ^ c) Dapatkan sebotol B Complex Shaklee hari ini dan bersedialah untuk kelihatan lebih cantik setiap hari...



**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Buka Pintu Rezeki Dengan Amalan Dhuha

June 30, 2013
Solat Dhuha.....

Ramai yang tahu tentangnya, TETAPI tidak ramai yang melakukannya. Mengapakah??

Mungkin mereka TIDAK tahu tentang kebaikannya dan betapa besarnya fadilat disebalik solat dhuha ini. Boleh dikatakan bahawa solat Dhuha fadilatnya adalah sama seperti solat tahajud, akan tetapi ianya lebih mudah dilakukan kerana waktu solatnya adalah pada siang hari, berbanding tahajud yang dilakukan pada malam hari dan selepas kita tidur. 

Nahh....senangkan sebenarnya nak melakukan solat dhuha sebab kita memang sudah bangun. Tak perlu lagi nak kunci jam untuk bangun melakukannya. Malah, waktunya juga panjang, iaitu selepas waktu Isyraq sehingga waktu matahari tegak dan gelincir masuk waku Zuhur

Solatnya pula boleh dilakukan sekurangnya 2 rakaat, selebihnya 4/6/8 rakaat. Menurut Sayyidatina 'Aisyah, "Adalah Rasulullah s.a.w. sembahyang sunat Dhuha 4 rakaat dan baginda menambah beberapa rakaat yang dikehendakinya".

Antara fadilat solat Dhuha adalah ianya membuka pintu rezeki bagi kita. Seronok bukan...Hanya dengan bersolat sekurangnya 2 rakaat, Allah akan membuka pintu rezeki dan membantu memudahkan urusan kita pada hari tersebut. Tak susah pun kan..Agak-agak dalam pukul 8 pagi gitu, sebelum start kerja, bolehlah lari kejap g surau untuk bersolat, 2 rakaat pun jadilah dari tak buat langsungkan...(͡° ͜ʖ ͡°)

Cara-cara melakukannya sangat la mudah, semudah ABC je...Mari saya ajarkan ye....

Ⅰ- baca niat, iaitu..

 Ⅱ- Pada rakaat pertama, bacalah Al-Fatihah dan surah As-syam..

Ⅲ- Pada rakaat kedua pula, bacalah Al-Fatihah dan surah Ad-dhuha...

Ⅳ- Akhirnya, selepas selesai, bacalah tasbih berikut sebanyak 10x dan diikuti dengan doanya...
Senangkan....Akan tetapi, jika anda betul-betul tak sempat nak mendirikan solat dhuha ni, tak pe, jangan merasa gundah gulana...Bolehlah amalkan membaca doa dhuha ini dan sentiasalah minta dilapangkan waktu agar diberi masa dan kesempatan untuk mendirikan solatnya di masa hadapan...

Sesungguhnya banyak sekali fadilat yang tersembung disebalik solat dhuha ini. Jadi janganlah kita lepaskan peluang untuk melakukannya...

Sekadar peringatan dan berkongsi sesuatu yang baik untuk rakan-rakan yang tersayang..(✿◠‿◠)

*sumber dipetik dari buku Bimbingan Rohani, tulisan Abdul Halim El-Muhammady*

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Saturday 29 June 2013

Anak Sembelit Lagi?? Atasinya Dengan Mealshakes Shaklee

June 29, 2013
mealshakes atasi sembelit kanak-kanak
anak menangis kerana sembelit
Pernahkan anda melalui keadaan sebegini? Anak anda menangis ketika hendak membung air besar/meraung sakit ketika sedang membuang air besar/mengamuk tidak mahu pergi membuang air besar sedangkan dengan jelas menunjukkan yang dia sedang sakit perut? ( つ﹏╰)

Saya sendiri pernah mengalaminya. Cukup sekali saya melaluinya, rasa sudah tidak sanggup lagi. Sebagai ibu, sudah tentu saya tidak sampai hati dan tidak sanggup melihat anak saya berada dalam kesakitan, walaupun sedikit. Jadi apa yang saya telah lakukan? Saya berikan anak saya minum Mealshakes Shaklee bersama susunya dan Alhamdulillah kini dia sudah tidak lagi mengalaminya.

Terbaca satu entry dalam blog Dr Zubaidi mengenai kanak-kanak yang mengalami sembelit ini. Antara tips yang beliau berikan adalah :

➊ baringkan anak dalam posisi menelenang dengan kaki ke atas dan lakukan aktiviti seperti mengayuh basikal di udara. Tindakan ini dapat membantu merangsang pergerakan najis dalam usus.

➋ bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan hanya meminum susu formula, bolehlah diberikan makanan separa pepejal seperti lobak ataupun diberikan segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan dengan nasihat doktor. Ini dapat membantu menambahkan kandungan serat dalam badan mereka sekaligus membantu melembutkan najis.

➌ bagi kanak-kanak yang berusia satu tahun ke atas, bolehlah diberikan jus buah-buahan seperi tembikai atau air mineral, pada kadar yang berpatutan. Jus betik juga sangat baik untuk mereka, kerana selain ianya mengandungi serat, ia juga mempunyai bahan semulajadi yang boleh membantu melembutkan najis dalam badan.

Ibu-ibu boleh lah mencuba salah satu daripada tips yang diberikan di atas, namun jika ianya masih tidak berkesan, bolehlah cuba memberikan Mealshakes Shaklee kepada anak anda. Akan tetapi, Mealshakes Shaklee ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas sahaja. Bagi bayi yang dibawah 1 tahun, adalah digalakkan diberi minum susu ibu kerana susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula yang terdapat di pasaran.

piramid makananMealshakes Shaklee yang sememangnya dirumus dari bahan-bahan semulajadi termasuk buah-buahan dan sayuran memang terbukti mampu membantu dalam masalah kanak-kanak sembelit. Ramai ibu-ibu yang telah berpuashati dan melihat sendiri keberkesanannya. Malah, Mealshakes yang juga mengandungi 19 jenis vitamin ini mampu melengkapkan nutrisi yang sangat diperlukan oleh anak anda setiap hari.

Jadi, sekiranya anak anda tidak sempat untuk mengambil kesemua makanan yang dicadangkan di dalam piramid makanan setiap hari, anda kini tidak perlu risau lagi kerana Mealshakes mampu menampungnya dan akan memastikan anak anda terus sihat untuk menjalani aktiviti sehariannya.

Sempena promosi Mealshakes yang akan berakhir esok, segeralah dapatkannya. Anda pasti TIDAK menyesal malah merasa rugi kerana lambat mengetahui tentang produk yang sememangnya menjadi rebutan ibubapa hari ini. (‐^▽^‐)

**serta group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday 27 June 2013

Ubat vs Supplemen...Apakah Perbezaannya...

June 27, 2013
Seorang kawan dari group Jutawan telah berkongsi sedikit ilmu mengenai perbezaan di antara Ubat dan Supplemen. Mari kita lihat apakah perbezaan keduanya untuk lebih dan nilaikan sendiri antara keduanya...

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
ubat-ubatan


2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.


3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering kasar, seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
rangkaian produk shaklee

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

SECARA RINGKASANNYA...
ubat vs supplemen

Bak kata pepatah.... 

MENCEGAH ITUKAN LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI....ᕙ(`▽´)ᕗ

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Tuesday 25 June 2013

Susu Badan Tiada?? Mustahil...

June 25, 2013
Sekadar nak berkongsi mengenai pengalaman saya menyusukan adik acad selama 2tahun 1bulan 10hari ni.

Ok, rasanya anda semua pasti dah tau yang adik acad dilahirkan sebagai bayi pramatang. Dia lahir pada kandungan saya berusia 26minggu, lebih kurang 6 bulan lebih. Cerita lanjut bleh baca di sini ye, untuk pembaca yang baru. Tak sanggup kot nak bercerita lagi sekali, takut ada yang banjir malam-malam ni, dah la tengah rindu giler kat en asben yang nun jauh di offshore T_T. Wishing & pray very hard supaya cepat en asben abis keje n boleh balik hari Rabu ni. Amin...≧☉_☉≦

Berbalik pada sharing saya tadi. Sepanjang 25minggu saya mengandung tu, sampai la hari adik acad dilahirkan, tak ada setitik susu pun kluar dari payudara saya. Berbanding masa mengandungkan blong, susu mula kluar sikit-sikit masa kandungan 8 bulan lebih. Masa bersalin tu pun, tak terpikir langsung pasal susu badan, sampailah nurse mintak susu sebab adik acad dah mula kelaparan, pada hari ke-2 dia dilahirkan. Time tulah baru terpikir, ada ke susu sedangkan belum cukup 9 bulan pun mengandung (masih kurang ilmu penyusuan time tu huhuhu). Peralatan menyusu satu pulak langsung tak bawa ke hospital walaupun seminggu dah bertapa kat situ (sebab langsung tak terdetik dalam hati yang baby akan lahir awal...)

Kalut la saya kol en asben suh datang hantar beg pam susu dan botol. Sampai je barang, terus mula proses mengepam. Siap tutup langsir bilik lagi, bukan sebab malu, tapi sebab takut kena marah sebab guna letrik spital untuk mengepam. Yelah, kat dinding bilik diorang dah tepek "Dilarang mengecas di sini", kang tak pasal je kena sound kan hohoho....
pam menyusu medela
nilah peneman saya tiap kali saya mengepam susu sepanjang adik acad dalam NICU
Start pam, langsung tak rasa apa-apa. Tak rasa pun macam susu ada. En asben pun cuak je mukanya menengok saya mengepam, mbe dia pun ragu-ragu ada ke tak susu ni. Yelah, x de susu kang, pe plak adik acad nak minum, kebuluran la nanti kan...Tapi saya buat-buat positif. Time tu tak pikir apa dah, pikir adik acad je. Sakit hati dengan kes semalam, yang time bersalin tu pun lupa dah. Fokus sefokusnya pada proses mengepam. 

1 minit...2 minit...3 minit...4 minit...5 minit...dannn....

Tip tip tip (exaggeration ye di sini...) kolostrum mula mengalir keluar dan masuk ke dalam botol yang ditadah...Subhanallah, menitik air mata kami masa tu ಥ_ಥ Tak sangka walaupun bayi lahir tak cukup bulan, susu badan tetap ada. Rupanya bukanlah susu badan ni terhasil bila kandungan dah cukup 9 bulan, tapi sebaliknya bila bayi dilahirkan, Allah dah tentukan, rezeki anak tu pun terus ada. Subhanallah, cantiknya aturan yang dibuat oleh-Nya. 

Tak ingat berapa oz je masa tu dapat susu, tapi kalau tak silap dalam 2-3oz je kot. Cukup la untuk menampung keperluan adik acad ketika itu. Selesai mengepam, terus kami bergerak ke NICU untuk melihat adik acad. Ni lah kali pertama saya melihat adik acad selepas melahirkannya. Susu terus saya berikan kepada nurse untuk beliau masukkan ke dalam tiub memandangkan adik acad minum menggunakan tiub. Menitik air mata bila melihat adik acad yang hanya seberat 945gm, dengan panjang yang tak sampai setengah  hasta, berselirat dengan pelbagai wayar. Tapi saya tak boleh menangis sebab saya kena kuat, demi adik acad.
keperluan susu oleh bayi
carta maksimum kapasiti perut bayi
Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah, kepada ibu-ibu, terutama yang pertama kali mengandung, mahupun bukan yang pertama kali, tapi beazam untuk menyusukan anak selama mungkin, ialah...

Jangan risau jika anda tidak dapat rasa kehadiran susu badan ketika mengandung terutamanya menjelang hari-hari kelahiran kerana badan kita akan secara automatik akan menghasilkan susu apabila bayi dilahirkan. Ini adalah satu fitrah yang telah ditentukan oleh-Nya
Haruslah sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan kemampuan diri yang sememangnya mampu menyusukan bayi sendiri selama mungkin
Sentiasalah fikir tentang bayi atau sekurangnya tengok gambar anak kita tu setiap kali kita mengepam/menyusukan dia. Ini kerana, apabila kita berbuat demikian, sudah tentu kita berada dalam mood yang happy, dan mood ini akan mempengaruhi pengeluaran susu

Jadi persoalan seperti "Saya ni ada ke susu badan", "Cukup ke susu badan saya ni", "Mampu ke saya nak susukan baby ni sebab time abang/kakak dia dulu susu tak banyak" dan sebagainya adalah sesuatu yang tak perlu difikirkan langsung. Kerana ianya sangatlah tak relevan. Marilah kita tukar mindsetting kita dan sentiasalah berdoa dan yakin bahawa kita mampu menyusukan anak-anak kita semuanya sehingga mereka berumur 2 tahun...InshaAllah...(✿◠‿◠)

Kini persoalan yang saya perlu fikirkan adalah bila nak wean off kan adik acad ni. Risau jugak nak bagi dia minum susu formula yang ada jual kat pasaraya tu sebab pilihannya terlalu banyak, sampaikan tak tau nak pilih yang sesuai untuk dia. Risau jugak kalo dia x serasi dengan susu tu, kang membazir plak. Dah la harga susu formula ni boleh tahan mahalnya huhuhu..

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================
 

 

Sunday 23 June 2013

Kuatkan Imunisasi Dengan Shaklee Di Kala Jerebu

June 23, 2013
Baru 1 hari rasanya jerebu mula melanda ke kawasan perumahan saya ni, tapi dah terasa impactnya. Anak-anak dah mula batuk-batuk, hidung ni terasa ketat je n tekak pun mula rasa perit & sakit. Padahal kami bukan ada keluar umah sangat pun, cuma malam tadi kluar g Mesra Mall and hari ni kluar masuk hantar blong g skul je.

Keluar je umah memang pandangan berbalam-balam je. Memang boleh nampak la macam ada berasap-asap kat depan umah padahal bukan ada orang bakar sampah ke apa pun. Sampai macam boleh terbau-bau asap, macam tu sekali impactnya huhuhu..Tapi dalam pada cuaca dan keadaan begini pun still ada manusia yang 'rajin' dan membuat pembakaran secara terbuka. Langsung tak prihatin dan tak mementingkan kesihatan langsung. Penungang motorsikal pun beberapa kerat je yang pkai mask...heran gak la, takkan diorang tak rasa sesak nafas sebab saya yang naik kereta ni pun terasa-rasa sesak nafasnya..

jerebu di malaysiaAnyway, ikutla pilihan masing-masing dan keselesaan sendiri kan.. Di sini saya sertakan panduan menghadapi jerebu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi sama-sama lah kita beringat dan mengikut saranan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan ni. Semuanya untuk kebaikan kita sendiri juga. Kalo sakit nanti, banyak aktiviti harian yang akan terganggu.

Jerebu ni sangat la tidak baik untuk kita semua, terutamanya kanak-kanak. Macam saya dah la adik acad lahir premature, so dia perlukan extra precautions steps sebab chances untuk dia diserang penyakit lebih tinggi berbanding blong yang lahir cukup bulan, walaupun sekarang umurnya dah masuk 2 tahun. Tambahan pula doktor pernah sahkan dia juga ada sipi-sipi penyakit lelah, so more extra precaution la kan... Bak kata pepatah, "Beringat Sebelum Terkena", so marilah kita berjaga-jaga sebelum menyesal di kemudian hari...

Selain langkah-langkah yang disarankan, saya turut mengambil langkah ambahan iaitu dengan menguatkan imunisasi kami sekeluarga dengan pengambilan Nutriferon Shaklee dan Chewable Vitamin C Shaklee. 2 sachet sehari Nutriferon dan beberapa biji Vitamin C diharap mampu meningkatkan level imunisasi kami sekaligus membantu kami menghadapi keadaan jerebu ini. Tidak dilupakan pengambilan madu dan juga Scott Emulsion 2 sudu setiap oleh blong & adik acad. Harap-harap kami semua akan terus sihat dan dapat menempuhi cuaca jerebu ini dengan baiknya, dah la dengan en asbenyang tak de ni, so kalo salah seorang dari kami jatuh sakit, memang susah jugak la....

Bercakap tentang en asben, ada 1 message whatsapp yang saya nak kongsikan di sini. Diforward dari kejauhan oleh en asben yang terchenta...❤❤❤❤❤

"Message from someone who works for NEA and here's what she advises :

Hi all, please make sure that u keep all the windows shut at all times and bathroom doors too. What you breathe in gets lodged deep in your lungs and can't get out. It's the PM2.5 particulate matter that's dangerous. Make sure you cover your nose when outdoors.

From someone who is doing PhD in biochem, he said that these particulates (in the haze) are too tiny and they will bypass the hair and mucous nose to lodge into the lungs. As these particulates are non-water solvent, will cause cells to mutate and potentially cancer cells can develop from there. So do take car and keep your children and elderly folks indoors. And wear N95 masks even though it's a short walk  from home to car or work".

cuaca baik di malaysia
Dengarnya juga kerajaan sedang berusaha untuk 'membuat' hujan melalui kaedah pembenihan awan. Makanya, jika anda berhajat untuk keluar rumah, dinasihatkan supaya membawa bersama payung yang besar, kerana hujan yang bakal turut ni mempunyai kesan yang negatif kepada kita. Tapi andaikata urusan tersebut boleh ditangguhkan, seeloknya ditangguhkan kerana hujan ini boleh memudaratkan kita.

Jadi sama-samalah kita beringat dan menjaga kesihatan semua dalam cuaca yang sebegini...ᕙ(`▽´)ᕗ

 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Saturday 22 June 2013

Ganti Puasa Tapi Masih Boleh Menyusu Anak

June 22, 2013
Hari Khamis lepas adalah hari terakhir saya mengganti puasa Ramadhan...Alhamdulillah dapat juga habiskan mengganti lepas tertunda beberapa kali..Bukan pe, saya kan masih lagi menyusu anak, so risau la kan nak ganti puasa sebab risau anak tak cukup susu...huhuhu...betapa tak betulnya mentaliti saya....⁀⊙﹏☉⁀

It's all about mindsetting sebenarnya...Bila kita dari awal dok fikir yang susu akan terganggu bila kita menyusu, memang itu lah yang kita dapat. Tapi bila kita fikir yang kita mampu susukan anak walaupun berpuasa, definitely kita mampu. Senang jekan...A very simple mindsetting theory....

Tapi saya ni kan housewife je, keje x de la banyak mana berbanding ibu-ibu yang bekerja & menyusu anak pada waktu yang sama. Memang penatnya konpem bergandakan. Dulu masa anak yang 1st, rasanya saya x sempat berpuasa sambil menyusu sebab blong menyusu badan 6 bulan je (time tu ilmu & keazaman x sekuat sekarang hihihi), so x merasa keadaan berpuasa+bekerja+menyusu anak. Kalo x puasa pun, balik keje konpem flat, nikan pulak puasa kan...

So apa yang Shaklee ada tawarkan untuk bantu ibu-ibu begini? Ada 2 pilihan...

set 3m shaklee
set 3M yang lengkap
1- set menyusu 3M : yang memang terkenal dalam membantu memberikan tenaga kepada para ibu serta membantu dalam penghasilan susu yang lebih banyak dan pekat. InshaAlah dengan persediaan yang rapi dan bantuan daripada set ini, ibu-ibu yang menyusu tidak perlu risau mengenai susu merudum kerana ianya tidak akan berlaku. Ramai yang telah mencuba, malah ada yang membuat experimen sendiri dan mendapati susu beliau lebih banyak  pekat ketika sedang berpuasa dan mengamalkan set ini.

2 - set Mighty 3 Gem Shaklee : yang terdiri daripada ESP, Performance Drink & Mealshakes juga terbukti mampu membekalkan tenaga yang secukupnya untuk para ibu yang bekerja. Rasanya yang sedap, malah boleh dinikmati dalam keadaan suhu biasa mahupun sejuk, mampu menambat hati kaum ibu, Juga sesuai diminum oleh seisi keluarga, termasuk anak-anak. Jadi anda boleh juga melatih anak anda untuk berpuasa pada tahun ini. Memang sangat berbaloi kan..Tambahan pula Mealshakes sedang dalam promosi, jadi anda masih sempat untuk melengkapkan set anda...(͡° ͜ʖ ͡°)
set mighty 3 gems shaklee
Jadi, jangan lepaskan peluang anda dan buatlah persediaan yang secukupnya bagi menghadapi bulan Ramadhan ini yang bakal menjelang x sampai 3minggu dari sekarang. Jangan lupa juga untuk makan kurma ketika berbuka dan bersahur sementalah ianya merupakan sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. ≧◉◡◉≦

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Thursday 20 June 2013

Penangan Vivix Shaklee...Panasss....

June 20, 2013
Sempena promosi Vivix Shaklee bulan lepas, saya turut tak ketinggalan untuk membeli untuk diri sendiri dan en asben serta mak saya yang memang makan Vivix. So untuk mak, kira dah masuk botol ke-2 lah, but untuk en asben dan saya, kira ni kali pertama kami try la. Walaupun kali pertama, tapi saya terus beli 2 botol sebab alang-alang tengah murah kan....ᕙ( ^ₒ^ c)

So kisahnya, kami pun mula lah mengamalkan makan Vivix ni sebelum tido. En asben yang mula makan dulu sebab dia dapat dulu Vivix...Yelah, kan saya yang hadiahkan sempena besday dia tu...Sayang punya pasal kan hehehehe...So dia pun makan la dengan patuhnya, tanpa komplen pape pun (sebab en asben ni memang jenis x suka komplen)....
vivix shaklee
Dalam seminggu lepas tu, saya pun stat amik...Hohoho...Saya sangat terkejut dengan kesan yang saya terus rasa...Nak tau apa kesannya??? (⊙.⊙(☉_☉)⊙.⊙)

Badan terasa panas....Berpeluh-peluh...Rasa macam baru marathon 10km..Perggghhhh...Memang kena duduk dalam aircond jelah kalo lepas makan Vivix ni...
vivix shaklee panas
Kalo kena gayanya, memang terdetoks habislah semua toksin-toksin dalam badan saya ni.....Senang la gini, tak payah dah makan Alfalfa hehehe...Disebabkan itu, saya perlu minum air masak sebanyaknya untuk mengelakkan badan saya dari dehydrate. Kang habis kering plak semua cecair dalam badan saya ni kan, susah plak huhuhu

N now, lepas dekat seminggu kami amalkan, dah kurang rasa panas dan berpeluh tu. Maybe yang panas tu jugak adalah merupakan tanda-tanda "healing crisis" yang memang biasa terjadi apabila kita mula mengambil sesuatu suplemen. Boleh baca dengan lebih lanjut dalam kupasan saya di sini.

Alhamdulillah juga, kini kaki kanan saya yang mengelupas dan gatal-gatal akibat tdo aircond dan mandi kolam renang di PNB Darby Park yang berklorin & bergaram itu kini dah mula baik. Tak de dah la saya tergaru-garu kat kaki tu. Yelah, garu banyak-banyak kang, habis berparut plak..x cun la kan...(╥﹏╥). Dan saya perasan pori-pori kat muka en asben pun dah berkurang..horeyyy....Kompen la ensem abis raya nanti hihihi...InshaAllah...

So begitulah serba sedikit pengalaman kami mengambil Vivix Shaklee. Namun, sedikit pun kami tak menyesal sebab kami tahu kebaikan yang terdapat dalam sebotol Vivix adalah berpatutan dengan harganya dan kebaikan yang akan disumbangkan dari segi kesihatan.

Jika anda ingin kelihatan cantik, segar dan awet muda di pagi raya ini, JANGAN LUPA dapatkan sebotol Vivix Shaklee HARI INI JUGA ya!!!...≧◠◡◠≦✌

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================


Special Trip For Kids

June 20, 2013
Pagi ni, nak lari sikit dari bercerita tentang Shaklee...

cuti-cut malaysiaSaja nak bercerita tentang trip ke Little Big Club yang terletak di Puteri Harbour, Johor Bahru. Actually lama
dah plan nak pergi, tapi memandangkan kami ni duduk nun di Pantai Timur, dan tempat tujuannya tu terletak nun di Selatan, jadi memerlukan perancangan yang teliti sebelum pegi (tapi kami last minit je plan pun hihihi).

Kami pergi pada cuti sekolah pertengahan tahun hari tu. Kebetulan en asben ada meeting kat Miri, so kami pun bergerak la ke Batu Kikir dulu untuk kenduri doa selamat hujung minggu tu. Then terus balik Bangi sebab kami akan tinggal di Bangi sementara en asben g Miri. Balik dari Miri, ada plak meeting kat KL. So seminggu lah kami di Bangi. Kebetulan pulak, hari Khamisnya, en asben tak de meeting pape, so dah alang-alang kat Bangi, dia pun amik la cuti. Alang dah bercuti, kami pun pergi la berjalan.

Petang Khamis kami gerak ke Johor Bahru. Lambat gerak sebab masih tak sure nak pergi ke tak memandangkan adik acad demam panas. At the end, decide nak pergi juga sebab budak-budak ni suka sangat kat cartoon Thomas tu. So mama tot, kot la diorang ni g sana, nanti akan happy giler, trus hilang demamkan...Tapi adakah itu yang berlaku??? Let's check it out....

hotel di NusajayaKami sampai ke hotel dalam pkul 8pm. Tido kat hotel biasa je sebab nak cari yang dekat dengan tempat tu.

Yelah, nanti kalo duduk jauh, kot la terlambat bangun ke, apa ke, paling pun x de la lambat sampai. Bukan pe, kejar jugak nak sampai awal sebab tak mau bersesak kat situ sebab kan cuti sekolah...Rezeki kami jumpa hotel tu, Mood Hotel namanya. Actually ada buat reservation kat hotel lain, tapi cari-cari tak jumpa, so malas la nak pening-pening, amik je depan mata. Hotelnya pun bleh tahan cantik, luas dan masih baru. So kira ok la untuk tido kan...(adik acad telah meninggalkan kesannya dihotel tu dengan muntahnya pada malam tu huhuhu. nasib kena sikit je hihihi)....

The kids sebenarnya tak tahu pun nak pergi sini. Saje tak nak bagitau blong, konon nak surprise la....So pagi tu, lepas mand semua, check out n trus gerak ke destinasi. Breakfast pun x sempat, sebab konon nak singgah mana-mana kdai on the way, tengok x de kedai pun sebab jalannya macam masuk highway, then trus je sampai. Along the way, banyak la banner & signboard, so at this time, blong dah tau la nak g mana...So tak sempat la nak surprise betul-betul..

cuti-cuti malaysiaThe best part of this place ialah ianya terletak indoor. So kids bleh main dengan happily tanpa perlu risau
panas..Plus cuaca sekarang kan sangat tak menentu, n adik acad plak tengah demam, so memang la tak sesuai kalo nak g tempat-tempat yang terbuka dan berjemur tengah panas.

Bila sampai je sana, blong memang dah excited giler. Kebetulan plak ada few character yang dok menyambut kedatangan pelanggan. So dia memang seronok la. Tapi lain  plak citer dengan adik acad. Dia takut sampai nak nangis...Mengamuk tak mo amik gambar huhuhu...mbe dia terkejut tengok Barney yang besar tu kot huhuhu...Lepas beli tiket, trus kami beratur untuk naik ke tingkat 2&3. Kami x g la tingkat 1 sebab kami x de anak perempuan. Tingkat 1 adalah level yang menempatkan Hello Kitty, so tak sesuai la untuk anak kami. Oh, between, tiket adalah berharga RM55 (untuk kids dan adults. Sama je harganya....)

Ini saya sajikan beberapa gambar kami di sana..
cuti-cuti malaysia nusajaya
kedatangan di sambut oleh Bob & Angelina
cuti-cuti malaysia nusajaya
main kat Pingu & Barney house..watching Barney show
cuti-cuti malaysia nusajaya
Thomas show & Thomas level
cuti-cuti malaysia nusajaya
having fun @ Thomas area
cuti-cuti malaysia nusajaya
giant slide @ Bob area & rehat makan-makan
cuti-cuti malaysia nusajaya
gelagat orang demam main
cuti-cuti malaysia nusajaya
leaving...beli popcorn seaweed & kari
Overall, keadaan agak memuaskan la kat sana. Tandas disediakan di setiap level, bersih dan luas, surau pun ada, gerai makan ada jugak tapi macam biasa a bit pricey la, parking pun banyak malah keadaan agak selesa sebab ada aircond dan tak terlalu ramai (sebab hari Jumaat). So kira agak berbaloi la jugak g situ, memandangkan d kids enjoy it very much...kami spend dekat 7 jam kat dalam tu, so worth it la kot dengan tiket RM55 sorang kan... ^__^

Nak balik, ofkos la kena 'cukai' kan...singgah jap kat kedai mainan n blong pilih nak beli tabung Thomas. So lepas ni bleh la dia menabung kalo nak g jenjalan lagi ye hehehe...lepas tu kami trus balik bangi and d kids tdo all d way (mama pun tdo jugak, sian ayah drive sorg)....

So mbe next trip kalo kids dah besar sikit, bleh la bawa g mbe Kidzania or Legoland. Tapi dalam 2-3 years lagi kot sebab hujung tahun ni dah ada plan untuk trip yang lebih bermanfaat.....

**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================