Saturday 13 July 2013

Hi-Tea Group Jutawan Shaklee

Entry hari ni saje nak bercerita tentang Hi-Tea Group Jutawan Shaklee yang dinaungi oleh Presidential Master Shareeza @ K.Cery yang berlangsung pada sabtu lepas di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Majlis adalah disponsor sepenuhnya oleh K.Cery sendiri, sebagai tanda penghargaan & penaik semangat kepada ahli kumpulan Jutawan yang cemerlang sepanjang tahun kewangan 2012/2013.

Serba sedikit tentang Group Jutawan ni ye, group ni k.cery la ketuanya. Beliau start group ni sejak 3/4 tahun yang lepas, iaitu sejak beliau start buat business Shaklee ni secara online. Dalam group ni, pelbagai tips, guideline, motivasi, kata-kata perangsang, info produk dan macam-macam akan diberikan oleh beliau dan ahli group yang lain. Semuanya dilakukan dengan cara sharing atau berkongsi. Jika terdapat sebarang keraguan mengenai produk, atau isu-isu berbangkit yang berkaitan, semuanya akan dibincangkan dalam group ni. Dengan cara ini, ukhwah silaturrahim secara tak langsung terjalin sesama ahli walaupun tak pernah berjumpa dan bersua.

Sebagai umat Islam, kami juga didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan rohani di dalam group ini. Jadi ianya tidak la semata-mata mengenai Shaklee sahaja, tetapi juga membantu memantapkan amalan rohani kami yang mendekatkan kami kepada-Nya. Alhamdulillah kerana saya ditemukan dengan group yang betul, yang mengajar tentang business dan dalam masa yang sama juga mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Group ini juga tidak pernah menekankan head-hunting mahupun pembelian stok yang banyak untuk mendapatkan pangkat.

Sepanjang group ini beroperasi, seramai 11 orang Masters termasuk K.Cery sendiri telah dilahirkan. Mereka ini, walaupun kini mempunyai pendapatan bulanan sehingga 5 & 6 angka, tidak pernah menunjuk-nunjuk, malah penampilan mereka biasa sahaja. Tiada unsur kemewahan yang ditunjukkan kerana itu bukanlah matlamat utama group ini. Leaders yang lain diranking masing-masing juga ramai hingga tak terkira. Seronok rasanya apabila berada di dalam group ini kerana setiap ahli mesra sesama sendiri dan berkongsi pelbagai kisah yang mampu memotivasikan masing-masing. Jumlah ahli kumpulan ini juga telah mencapai 60000+ orang.


Saya kini berada di bawah naungan Master Lyna Noh, penaung group Lady Boss dan Alhamdulillah banyak yang dipelajari di dalam group ini. Tidak banyak beza dengan group Jutawan, cuma skopnya lebih mendalam dan ada beberapa pendedahan lain yang ada dalam group LadyBoss tetapi tiada dalam group Jutawan, terutamanya teknik berkaitan blog.

Jutawan Shaklee
2% daripada ahli group Jutawan di Hi-tea Jutawan
Jika anda masih tercari-cari business apa untuk dilakukan bagi mendapatkan pendapatan sampingan, jangan segan untuk hubungi saya bagi mendapatkan informasi yang lebih mendalam sebelum anda membuat keputusan. Akan tetapi, untuk berjaya dalam business Shaklee ini, anda perlulah mempunyai sekeping hati yang kental, sanggup mengorbankan keselesaan yang anda nikmati sekarang dan sanggup membuat apa yang diajarkan oleh 'mak'/'nenek'/'moyang' anda....




**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment