Monday 5 August 2013

Homeschooling @ Hotelschooling...Oh My Kids

Hujan lebat diluar..Cuaca yang suam-suam kuku sejak dari pagi tadi...Malam 27 Ramadhan...Adakah ini petanda LailatulQadar?? Wallahualam, hanya Dia sahaja yang tahu...

travel with kids Shaklee
Lately, kami sekeluarga kerap bertravel. Sepanjang bulan Ramadhan ni, rasanya hanya 2minggu sahaja kami di Kerteh, selebihnya di Kuala Lumpur. Ini gara-gara mengikut en asben yang ada kerja di Kuala Lumpur. Nak tinggal, tak best la pulak. Yelah, apa taknya, bila ikut en asben, dapat la jugak lari-lari balik Bangi kejap. Dapat la jugak mandi swimming pool (tapi kan bulan Ramadhan, so tak de la mand pool, kids je yang mandi pool), dapat la cuti masak hihihi..Lagipun, blong & adik acad ni bukannya bleh berjauhan dari ayahnya lama-lama, kang mula la demam, merengek tengah malam, nangis rindu ayah la, macam-macam la. So, nak elak semua ni dari berlaku, solutionnya ialah ikut jela en asben ke KL.

Bila kerap bertravel, maka bermakna blong kerap la jugak ponteng sekolah (read : tadika). Walaupun dalam perjumpaan yang lepas dengan cikgu kelasnya, blong boleh dikatakan masih mendahului rakan sekelasnya dalam semua subjek, tetapi sekiranya ilmu yang ada tidak direvise, lama-lama akan hilang juga. Jadi apa yang perlu saya lakukan bagi memastikan blong tak ketinggalan dalam pelajarannya walaupun kerap ponteng sekolah?

Ini adalah antara yang saya lakukan...
  1. bawa beberapa buku pelajarannya @ buku cerita untuk blong baca - melancarkan bacaannya
  2. bawa beberapa buku aktiviti untuk blong buat - aktifkan minda
  3. bagi blong tengok kartun berbahasa English - mengasah pemahaman & pertuturan bahasa English
  4. beri main games di dalam laptop yang berunsur ilmiah - bermain sambil belajar
  5. buka beberapa video clips di YouTube yang berkaitan dengan mengaji - ulangkaji Muqaddam
 Tapi, bila saya bawa buku, saya bukan hanya bawa buku untuk blong je off course kena bawak sekali buku untuk adik acad, supaya mereka tak bergaduh dan boleh sama-sama belajar. Sebab tulah setiap kali bertravel, beg laptop saya akan berat sebab selain laptop & buku-buku Shaklee saya, beg tersebut juga dipenuhi dengan buku-buku anak-anak dan alat tulis mereka. Jadi, mintak maaf la ye kepada bellman kat PNB Darby Park tu yang terpaksa angkat bag laptop saya yang berat setiap kali kami datang...ᕙ(`▽´)ᕗ

Anak Shaklee cergas
Dengan ini, walaupun kami kerap bertravel dan blong kerap ponteng sekolah, beliau inshaAllah tidak akan ketinggalan pelajaran. Saya juga akan pastikan blong makan 1 biji OmegaGuard Shaklee setiap pagi dan Mealshakes Shaklee bersama susu sebelum tidur bagi memastikan tahap kecergasan badan dan minda blong sentiasa terjamin. Untuk adik acad pula, semestinya Vitamin C Chewable yang sangat digemarinya.

Jadi, jika anda adalah ibubapa yang selalu bertravel dan perlu membawa anak-anak bersama, pastikan segala persiapan untuk pelajaran anak-anak dibawa bersama selain pakaian mereka. Walaupun pergi bersukaria, pelajaran tetap harus diutamakan dan bukan dilupakan atau dicutikan begitu sahaja.

**tapi kebiasaannya buku-buku yang dibawa, tak semua dibaca pun sebab asek balik umah atuk kat Bangi je...ataupun ikut mama uruskan hal-hal berkaitan Shaklee (─‿‿─) hihihi**
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

No comments:

Post a Comment