Saturday 16 November 2013

Keahlian Shaklee Yang Tiada Tolok Bandingan

November 16, 2013
Agak-agak ada tak mana-mana kedai yang tawarkan keahlian secara PERCUMA dan secara KEBETULAN? Meh kita tengok beberapa Shopping Center yang ada offer keahlian :
  1. Jusco : keahlian RM12 untuk SETAHUN...
  2. Tesco : keahlian PERCUMA, dan dapatkan 1 point bagi setiap RM2 yang dibelanjakan di pasaran tersebut
  3. Mydin : keahlian dicaj untuk tempoh setahun, perlu dinew bagi setiap tahun
Cukup lah sekadar 3 contoh. Jika anda perasan, ketiga-tiga keahlian ini adalah perlu direnew setiap tahun (untuk yang subsribe bagi tempoh setahun), dan bayaran adalah sama bagi pembaharuan setiap tahun. Setiap pasaraya juga menawarkan keistimewaan yang tertentu khas untuk ahli mereka sahaja. Ini adalah satu cara untuk menarik lebih ramai pelanggan yang datang ke pasaraya mereka seterusnya berbelanja di situ dan menikmati keistimewaan yang ditawarkan khas untuk mereka.

Berbalik kepada Shaklee. Jika anda perasan, Shaklee juga menawarkan keahlian kepada para pelanggan mereka yang setia, seperti anda. Yang menarik tentang keahlian Shaklee ini pula, anda hanya perlu membayar yuran RM65 (semenanjung) / RM75 (sabah/sarawak), TAK termasuk pos, untuk keahlian SEUMUR HIDUP. Walaupun anda merupakan ahli yang tak berapa nak aktif, hanya membeli produk Shaklee beberapa kali sahaja dalam setahun, keahlian anda tetap dikira aktif. Bukan kah ini sangat menarik? Yuran keahlian sebanyak itu adalah sangat MURAH jika dibandingkan dengan harga produk-produk Shaklee yang sememangnya BERKUALITI, SELAMAT, MESRA ALAM dan BERKESAN. Malah produk Shaklee juga HALAL kerana ianya telah mendapat pengiktirafan daripada badan yang bertanggungjawab dalam memastikan kehalalan produk yang dikeluarkan di USA, iaitu ISA. Malah ISA ini juga diiktiraf oleh JAKIM. 

Apa keistimewaan yang bakal anda perolehi dengan menjadi ahli Shaklee??
  1. membeli SEMUA produk Shaklee pada harga ahli. Anda mampu JIMAT sehingga 15-20% berbanding harga pasaran
  2. bagi setiap produk Shaklee yang anda beli, anda akan mendapat point (uv) yang mana jika anda membeli produk Shaklee setiap bula sehinggan cukup point (uv) anda, minimum 150uv, anda layak mendapat bonus berbentuk CASH dari pihak Shaklee
  3. tanpa anda sedari, anda juga mampu mengumpul point (uv) sehingga anda layak untuk mendapatkan lagi 2 keistimewaan yang ditawarkan kepada ahli Shaklee iaitu : CAR BONUS & CONVENTION TRIP.
Ini adalah keistimewaan yang bakal anda perolehi walaupun anda hanya sekadar menjadi ahli makan sendiri sahaja (iaitu membeli produk Shaklee hanya untuk kegunaan sendiri sahaja). Bayangkan, anda hanya menggunakan rangkaian produk Shaklee ini untuk keluarga dan diri anda sendiri sahaja, TETAPI anda boleh mendapat pulangan yang sangat LUMAYAN. Cuba pula bayangkan sekiranya anda pilih untuk berbusiness Shaklee secara serius....Bukan kah lebih banyak keistimewaan yang akan anda perolehi dan sangat menguntungkan??

Pernahkan anda terbayangkan untuk memiliki rumah sendiri di kawasan yang eksklusif? Bagaimana dengan percutian yang bertaraf 5 bintang secara PERCUMA?? Juga cash bonus secara konsisten sehingga 5 angka setiap bulan??? 

Ini semuanya bukan sekadar angan-angan, sebaliknya ianya boleh menjadi kenyataan dengan Shaklee. Jadi, apa yang anda tunggu lagi. Sertai kami di Shaklee demi masa depan anda yang lebih cerah dan gemilang. Hubungi saya segera....

Semakin cepat anda menyertai Shaklee, semakin cerah peluang anda untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa...
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday 12 November 2013

Ubat Cacing Untuk Anak-Anak

November 12, 2013
ubat cacing kanak-kanak

Biasa orang bagi anak-anak makan ubat cacing berapa kerap dalam setahun? Kalo tak silap, 6 bulan sekali kan? Saya pun sebenarnya jarang-jarang bagi blong & adik acad makan ubat cacing, sebabnya, tak rasa keperluan untuk beri diorang makan ubat cacing. Dah la budak-budak ni jenis jenuh nak makan ubat, kena paksa, kena peluk kuat-kuat, kena pujuk-pujuk dan macam-macam gaya lagi la. Sebab tu saya sangat susah hati kalau diorang ni sakit. Sebab susah hati camne nak bagi diorang makan ubat huhuhu

Apa tanda-tanda budak yang kecacingan?
  1. perut buncit tapi kerap lapar
  2. sering menggaru punggung
  3. mengadu perut tak selesa
  4. cacing keluar bersama najis ketika membuang air besar
  5. sering keletihan walaupun tiada membuat aktiviti yang berat
  6. tiada selera makan dan lain-lain lagi...
Jika anak anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda berikut, apa kata anda cuba beri mereka makan ubat cacing, especially kalo dah lebih dari 6 bulan tak bagi lagi ubat cacing.


Walaupun ada yang mengatakan setiap 6 bulan kanak-kanak perlu diberi ubat cacing, tetapi pada pendapat saya, jika anak anda bukan jenis yang kerap berkaki ayam di luar rumah, atau bukan jenis duduk di kampung-kampung dan sering ke kebun/sawah padi, maka tak semestinya kot kena bagi uabt cacing setiap 6 bulan. Ini hanyalah garis panduan sahaja, terpulang kepada ibubapa untuk mengikutnya atau pun tidak. Malah jika anda pasti yang setiap bahan mentah yang anda beli di pasar, telah dibasuh dengan sempurnanya sebelum di masak, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.

ubat cacing kanak-kanakSebenarnya saya nak cerita tentang ubat cacing yang saya baru beli hari tu. Biasanya kalo orang beli ubat cacing ni, mesti beli yang jenama Zentel tu kan. Memang biasa la tu. Tapi hari tu bila saya plan nak bagi anak-anak makan ubat cacing (time tu diorang tak berselera makan tapi perut buncit - kusungguh risau), saya pun g la satu farmasi ni di Bahau. Disyorkan kepada saya 2 jenis, iaitu : Zentel & M-Zole.

Zentel ni dah biasa la...Time saya kecik dulu pun makan yang ni. Memang dah la wujud. Tapi dia punya rasa tak ingat dah macam mana, sedap ke tak. Memandangkan saya saje nak cari kelainan, so saya pun beli la both sebab ada 2 anak kan...sorang satu la. Each bottle tu bleh makan sekali untuk seorang sahaja. Harga M-Zole ni cheaper la dari Zentel, mbe sebab brandnya tak segah Zentel kot.

Walaupun dah lama beli, tapi baru kelmarin saya bagi blong makan ubat cacing ni sebab 2-3 ari ni sebelum nak tdo dia ngadu gatal kat punggung. Mulanya risau jugak time nak bagi tu, sebab blong ni memang jenis payah nak makan ubat. Saya tak cakap la nak bagi dia makan ubat cacing, just cakap blong cuba makan ni. Tapi dia tau mama nak bagi makan ubat sebenanrnya...Tapi dia tak pulak lari, duduk je diam-diam. Bila saya bukak botol tu, aroma nya wangi. Bau ubat cacing tu sedap sangat, bau pisang dan vanilla. Memang seriously baunya sedap dan menarik.

Saya pun tuang la kat sudu. Ubat cacing ni jenis kena makan sampai habis 1 botol in one shot. Satu sudu tuang, tak habis. Suap blong. Air dah memang standby, takut dia nak muntah ke apa. Tengok-tengok elok je dia telan. Pastu suap lagi, sebab stil ada. 3 kali suap baru habis sebotol (10ml). Blong pun steady je makan ubat cacing tu dan minum air, macam makan coklat je, tak ngamuk, tak nangis, tak lari. Memang terkejut la. En asben yang memang standby kat tepi blong pun terkejut gak. Kata dia, "Sedap ke ubat ni? Nape blong ok je makan?"... Saya hanya mampu angkat bahu je...

Tu jela nak cerita. Yang penting, alhamdulillah lepas blong makan ubat cacing tu, tak de plak dia ada cacing kluar time dia buang air besar. Ok je....Gatal punggung pun hilang. Selera makan memang ok je, bertambah-tambah lagi. Ok la tu...So lepas ni tau dah la kalo lepas ni nak beli ubat cacing, memang beli jenama M-Zole ni jela. Tak yah pening-pening nak bagi blong makan ubat. Now nak kena cari jalan plak nak suap adik acad ubat cacing Zentel tu. Ni lagi sorang nak kena paksa...Jenuhh...huhuhuhu...

Anak anda sering tak sihat ditaska? Mari tengok apa yang akak ni buat bila anaknya sering sakit, malah kurus kering je akibat tak de selera makan....



Bekalkan anak anda dengan khasiat secukupnya sebelum mereka ke sekolah atau tadika supaya mereka dapat belajar dengan penuh bersemangat dan aktif. Malah, imun sistem mereka juga dapat dipertingkatkan, jadi dapatlah mereka pergi ke tadika ataupun sekolah dengan sihatnya dan terlindung dari sebarang bakteria mahupun kuman. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut...
 
contact agen shaklee kemasik
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik


Friday 8 November 2013

Penderaan Kanak-kanak Di Tadika...AGAIN

November 08, 2013
Last week, kecoh orang bercerita dan menshare sana sini video mengenai kanak-kanak yang kena pukul kat nursery tu. Masa saya tengok tu, mula-mula macam tak faham, sebab gambarnya tak berapa nak clear. Plak tu sound tak bukak, sebab tak mau bagi anak-anak dengar. Lepas tengok 2 kali baru la faham apa yang orang dok marah kan sangat mengenai video tu.

Semua tahu video tu bukan lah kes yang pertama. Malah lately banyak je kes-kes macam tu, tapi rasanya yang tak direportkan dan yang mak bapak tak tau mungkin juga ada. Kesian anak-anak kecil yang diperlakukan sebegitu. Dah la awal pagi dah kena hantar ke nursery, petang pulak balik lambat, malah ada yang malam baru diambil. Bayangkan bagaimana personaliti yang akan terbentuk dalam diri kanak-kanak ini. Tak hairan la jika ada di antara anak-anak yang mula bersikap memberontak, menunjuk perasaan dan sebagainya apabila umur mereka semakin meningkat. Kerana itu ialah apa yang mereka pelajari sejak mereka masih kecil lagi.

Namun, tidak ramai ibubapa yang mempunyai pilihan. Menghantar ke nursery, anak-anak diperlakukan sebegitu. Mengambil pengasuh/pembantu rumah sendiri, dikhuatiri perkara yang sama berlaku. Jadi apa pilihan yang ada? Hendak membesarkan sendiri, sememangnya agak mustahil. Dengan harga barang-barang yang semakin melambung tinggi, tetapi gaji pula hanya bertambah sedikit sahaja, adalah agak mustahil untuk hanya salah seorang dari ibu bapa sahaja yang bekerja. Jadi, apakah penyelesaian yang terbaik untuk keadaan ini?

Saya juga tidak dapat membantu dalam hal ini kerana saya faham dilema yang dihadapi oleh ibu bapa lain dalam hal ini. Malah saya sendiri pernah mengalaminya dahulu, iaitu selepas melahirkan anak yang pertama. Walaupun anak saya dijaga oleh pembantu rumah jiran mak saya (pembantu rumah merangkap pengasuh taska, dan rumahnya betul-betul disebelah rumah mak), namun tetap muncul rasa tidak puas hati & gusar dengan cara penjagaan dan tahap keselamatan anak saya. Akhirnya saya mengambil keputusan berhenti kerja kerana tidak tahan dengan beberapa kerenah yang terpaksa saya hadapi dengan tuan punya pusat asuhan itu.

Dari pengalaman saya yang tak seberapa ini, saya ingin berkongsi beberapa perkara mengenai hal ini :
  1. Jangan percaya 100% pada pengasuh/nursery. Anda boleh membuat spot check pada bila-bila masa, kerana anda berhak untuk mengetahui keadaan anak anda.
  2. Berhubung rapat dengan penjaga anak anda itu sendiri. Penjaga anak itu yang lebih tau apa yang terjadi pada anak kita berbanding tuan punya nursery
  3. Kalo anak anda pandai bercakap, rajin-rajin kan tanya apa yang berlaku sepanjang hari kat nursery/tadika. budak-budak diorang tak pandai menipu, so kalo ada yang diorang cerita tu meragukan, siasat segera, jangan berlengah
  4. Cek beg anak anda setiap hari. Tengok macam mana keadaan barang-barang yang diorang bawa balik tu. If kotor, baju bercampur muntah/kencing/tahi, siasat. Buat-buat tanya pada pengasuh kenapa teruk sangat keadaan barang-barang anak tu.
Pendek kata, jadilah ibubapa yang prihatin. Memang penat bila balik kerja nak kena buat semua benda ni, nak hadap anak-anak lagi, nak kena masak n etc, tapi tak rugi spend dalam 5-10minit setiap hari untuk buat semua ni daripada anda menyesal dikemudian hari. Duit sememangnya boleh dicari, tetapi anak-anak bagaimana? Fikir-fikirkan la ye wahai ibu bapa..(bapa turut tidak terkecuali kerana tanggungjawab ke atas anak-anak tidak sepatutnya digalas oleh ibu seorang sahaja).... 
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 


fb : www.facebook.com/hani.zaha.7

fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397




TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================

Tuesday 5 November 2013

Jejak Kasih Di Kenduri Kahwin

November 05, 2013
Rasanya ramai je yang selalu berjejak kasih time kenduri kahwin kan...Yelah, lepas habis sekolah/universiti, biasanya mesti terpisah. Ada yang balik kampung, kerja kat sana, ada yang rezeki lebih, g sambung plak blaja ke overseas dan macam-macam. So memang terpisah la. Namun ada je yang still keep in touch, sama ada melalui laman sosial, mahupun sekdar beremail...

Jumaat lepas, 1/11/2013...kami sekeluarga telah menerima seorang ahli baru, iaitu seorang abang ipar. Kakak saya telah melangsungkan perkahwinannya dengan abang Salim Samion. Kami membuat majlis yang sederhana sahaja dan sekadar buat di rumah ibubapa saya, bukan lah di dewan mahupun di restoran seperti majlis-majlis kenduri kahwin adik-beradik saya yang lain. 

Walaupun majlisnya sederhana, kami tidak masak sendiri makanan-makanan pada malam itu. Semuanya ditempah dan dibeli dari kenalan sahaja. Ini bagi memberi ruang kepada keluarga kami untuk menumpukan perhatian kepada persiapan majlis kerana semuanya dibuat dan disediakan oleh ahli keluarga kami sahaja. 2 hari sebelum majlis diadakan, kami sudah bergerak balik pulang ke rumah mak. Rupanya malam itu juga khemah didirikan kerana pihak khemah perlu ke tempat lain pada esoknya. Ini kerana pada hujung minggu itu, cuti adalah agak panjang, maka pihak khemah agak sibuk memenuhi permintaan orang lain.

Kerja-kerja persediaan perkahwinan semuanya dibuat oleh kami adik-beradik sahaja. Bertungkus-lumus la kami membuatnya kerana masih yang agak singkat dan tenaga kerja yang sedikit, malah ada pula perubahan rancangan di saat-saat akhir. Memang penat, namun kami tetap bersemangat demi menjayakan majlis tersebut.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Cuaca juga nampaknya menyebelahi kami. Walaupun ada sedikit hujan pada petang itu, namun ianya tidak lebat dan berhenti sebelum majlis bermula. Malah hujan yang lebih lebat turut sekali lagi pada malam itu, tetapi selepas majlis tamat. Segalanya telah berjalan dengan lancar, dengan izin dari-Nya. Syukur sangat-sangat.

Dalam majlis tersebut juga, beberapa kawan telah saya jemput. Mereka ini sememangnya kerap datang setiap kali ada majlis dirumah mak. Tenkiu Aishah Sultan & Azliza Abdul Majid. Dari jauh mereka datang, demi menjayakan majlis dan juga berjumpa. Yelah, setahun tak sekali rasanya kami berjumpa memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan keluarga. Bukan itu sahaja, jurugambar pada malam tersebut juga rupanya merupakan kawan saya ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Lebih dari 5 tahun kami tidak berjumpa, tak sangka di majlis kahwin kakak saya kami berjumpa kembali. 

Bukan sahaja kenalan lama, malah ada juga kenalan baru yang hadir ke majlis ini. Dari Kajang beliau datang, walaupun sedang sarat mengandung. Terima kasih banyak-banyak Nurzillah...Semoga selamat melahirkan anak ke-3. Nanti saya datang tengok baby ye... ^__*

Sememangnya majlis kahwin seperti ini, ataupun majlis kenduri-kendara yang lain adalah satu platform yang terbaik untuk berjumpa kawan-kawan yang telah lama terpisah. Dengan ini, ukhuwah persaudaraan dapat dieratkan kembali walaupun telah lama terpisah.

Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat dengan majlis perkahwinan kakak saya ini. Semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. InshaAllah....Sekiranya ada sebarang kecacatan mahupun kekurangan di sepanjang majlis tersebut, kami sekeluarga memohon maaf kepada para tetamu....

shaklee family aktiviti
kerja-kerja memasang khemah
shaklee family aktiviti
kerja-kerja persiapan kahwin
shaklee family aktiviti
meja makan beradap pengantin
shaklee family aktiviti
pelamin serba ringkas untuk tangkap gambar
shaklee family aktiviti
jadual kerja by emak pengantin
shaklee family aktiviti
with besties - Azliza & 'Aishah
shaklee family aktiviti
kawan lama dari sek men - Ipat
shaklee family aktiviti
my family..with the newly married couple
**sertai group AMAZING STARS kami sekarang juga..terhad kepada 15 orang sahaja untuk bulan ini demi menjamin kualiti leaders yang bakal kami lahirkan**
================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
fb : www.facebook.com/hani.zaha.7
fan page : www.facebook.com/VitaminsKita  
email : hani03_00@yahoo.com  
call/sms/whatsapp : 0192826397
TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA!!! >_<
================================================================