Tuesday 25 February 2014

Kesan Sampingan Set Mengandung Shaklee - Baby Jadi Besar?

February 25, 2014
"Kak, betul ke makan Shaklee ni baby jadi besar?"

"Kak, tadi g checkup baby, misi bising baby besar. Bila tau saya amik Shaklee, lagi la dia bising"

"Kak, banyak orang cakap kalo amik Shaklee nanti susah nak bersalin sebab baby besar. Betul ke? Takut la pulak saya nak amik Shaklee ni"

Di atas adalah beberapa contoh dialog-dialog yang biasa kita dengar bagi mereka yang baru pertama kali atau baru nak cuba ambil set mengandung Shaklee. Sejauh manakah kebenaran perkara ini kerana hal ini menyebabkan segelintir ibu mengandung menjadi takut untuk mengambil set mengandung Shaklee ini. 

Pada dasarnya, terdapat beberapa faktor yang menentukan saiz baby dalam kandungan ibu, antaranya :
  1. Genetik : jika ibu bapa atau keluarga mereka tergolongan dalam golongan yang berbadan besar, atau mempunyai frame badan yang besar, maka adalah tidak mustahil bayi juga akan mengikut keadaan tersebut
  2. Pemakanan : Sepanjang kehamilan, adalah sangat penting ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ditambah dengan pengambilan vitamin seperti yang disyorkan, mampu memberikan ibu sumber yang sukup seimbang untuk bayi. Namun, jika sepanjang kehamilan, ibu kerap mengambil makanan yang mengandungi banyak gula, potensi bayi membesar dengan cepat di dalam rahim adalah tinggi
  3. Kenaikan berat badan ibu : berkaitan dengan pemakanan juga, sekiranya sepanjang kehamilan, berat ibu naik dengan sangat mendadak, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada saiz bayi yang besar
Jadi, apakah nutrisi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung yang dikira sebagai seimbang tanpa menjejaskan bayi? Sila lihat carta dibawah...
 
nutrisi ibu mengandung
carta keperluan nutrisi mengikut RDA
 Bagaimana pula dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam vitamin yang terdapat dalam set mengandung Shaklee? Adakah ianya melebihi apa yang sepatutnya diambil oleh ibu yang mengandung? Mari kita lihat rumusan dibawah pula...

vitamin set mengandung shaklee

Secara dasarnya, nutrisi yang terdapat dalam set mengandung Shaklee adalah berpatutan seperti yang digariskan oleh RDA, jadi tidak timbul persoalan sama ada set mengandung Shaklee ini boleh menjadi penyebab bayi besar. Itu hanyalah sekadar mitos yang tidak patut dipercayai.

Oleh itu, kesimpulannya, ibu-ibu mengandung haruslah menjaga pemakanan mereka sepanjang tempoh kehamilan kerana itu sebenarnya yang menjadi punca kepada tahap kesihatan dan saiz bayi memandangkan bayi menyerap nutrisi daripada ibu. Berikan lah yang terbaik untuk si manja anda sejak mereka dalam kandungan lagi dengan membekalkan nutrisi yang terbaik yang mampu anda perolehi dari set mengandung Shaklee.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan pembelian set mengandung Shaklee yang sememangnya menjadi pilihan ibu-ibu mengandung kini. (malah ramai doktor pakar perbidanan turut mengesyorkan pengambilan set mengandung Shaklee ini ≧◠◡◠≦✌ )

set mengandung shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
side income-shaklee membership
 

Tuesday 18 February 2014

Kepuasan Berumrah Bersama Suami dan Anak-anak - Mekah

February 18, 2014
Menyambung catatan umrah kami....

Sila baca di sini untuk catatan di Madinah....

Di Mekah, hotel kami terletak kira-kira 200m sahaja dari Masjidil Haram. Okla, tak de la jauh sangat jika dibandingkan dengan orang lain. Keadaan hotel pun memuaskan hati, selesa untuk kami 4 beranak. Kami sampai ke Mekah pada jam 11malam. Terdapat sedikit kesesakan menyebabkan perjalanan menjadi sedikit lambat. Keadaan di kota Mekah sangat meriah, walaupun ketika itu sudah larut malam. Ianya adalah ibarat kota yang tidak pernah tidur kerana tak kira pukul berapa, ianya sentiasa meriah.

Selesai urusan check in, sejam kemudian kami turun untuk berkumpul bagi menunaikan umrah yang pertama bersama mutawif dan ahli rombongan. Sempat la saya mandikan blong dan adik acad untuk segarkan mereka memandangkan kami telah menempuh perjalanan hampir 6 jam dari Madinah. Alhamdulillah mereka tidak meragam sepanjang perjalanan dan mereka telah mendapatkan tidur yang secukupnya sepanjang perjalanan. Ini adalah sangat penting kerana kanak-kanak yang letih akan membuat perangai, dan jika ini berlaku, sukar bagi ibubapa untuk melakukan umrah.

Berdebar rasa hati ketika kaki melangkah ke perkarangan Masjidil Haram untuk kali pertama. Ketika ini, orang tidak terlalu ramai, agak selesa dalam erti kata tidak terlalu padat. Inilah umrah wajib bagi saya, jadi perasaan berdebar dan dalam masa yang sama kerisauan terputus dari en asben turut ada. Ketika umrah ini, adik acad didukung oleh en asben, manakala saya memegang blong. Tawakal sahaja pada Allah ketika itu supaya kami dapat melakukan tawaf dan sai'e dengan sebaiknya. Syukur kepada Allah kerana sepanjang tawaf, saya sentiasa dibelakang en asben yang berjalan disebelah mutawif. Blong juga dapat melakukannya dengan baik walaupun adakalanya bertanya lambat lagi ke.....

Ketika itu, saya hanya mengikut sahaja apa yang dibaca oleh mutawif kerana tidak sempat untuk membuka buku panduan. Sebelah tangan memegang blong, dan dalam masa yang sama nak melambai ke hajar aswad dan juga rukun yamani. 7 pusingan mengelilingi kaabah terasa sangat sekejap. Selesai itu, kami mencari tempat untuk menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa menghadap ke multazam. Kemudian berehat sebentar dan minum air zam-zam. Adik acad sepanjang tawaf hanya tidur sahaja dalam pelukan ayahnya. Okla tu, atlis dia tak meragam memandangkan ketika tawaf itu orang berhimpit-himpitan. 

Cabaran yang sebenar akhirnya tiba iaitu bersai'e. Perjalanan ulang alik dari Safa ke Marwa sejauh lebih kurang 2.8km (400m setiap laluan) membuatkan saya sendiri hampir tercabut kaki, ini kan pula blong. 4 kali ulang alik masih boleh bertahan, masuk yang ke-5, mula terasa penatnya. Blong pula dah hampir tidak boleh berjalan. Jadi apa yang kami lakukan, kami bergilir mendukung blong dan adik acad. 1 perjalanan en asben dukung blong, the next one suruh dia jalan. Walaupun penat, alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Pada ketika itu, blong dah hampir nak tertido. Tetapi saya kejutkan memandangkan saya tau en asben pun sudah keletihan dan tak mampu nak dukung blong sepanjang perjalanan sai'e itu. Elok je habis 7 pusingan Safa dan Marwa ni, blong terus segar sebab saya cakap nak beli aiskrim...huhuhu....

Syukur ke hadrat Ilahi, selesai umrah wajib saya yang pertama pagi itu. Tiada apa lagi yang mampu diucapkan. Walaupun tadinya terasa penat, namun ianya hilang apabila segalanya selesai. Balik ke hotel, pada jam hampir 3 pagi untuk berehat sebentar sebelum subuh. 

Sepanjang di Mekah, alhamdulillah kami sihat-sihat sahaja. Hanya adik acad diserang demam, batuk dan selsema untuk 2 hari. Tapi walaupun begitu, dia tak meragam. Jadi ianya tidak menghalang kami dari beribadah. Adakalanya saya tidak pergi bersolat di Masjid kerana memberi laluan kepada en asben, memandangkan adakalanya anak-anak tidur pada waktu-waktu menjelang waktu solat. 

Setiap ziarah yang kami pergi sepanjang di Mekah juga berjalan dengan lancar. Dapatla melawat tempat-tempat bersejarah dan mempunyai kesan yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah. Pada saya, melawat ke Mina dan tempat berwukuf ketika musim haji adalah sangat terkesan. Kerana di tempat yang nampak serba kekurangan, umat Ialam seramai-ramainya pergi menunaikan haji kerana ianya merupakan salah satu rukun Islam. Jika iman tidak kuat, pasti tidak sampai ke situ pada musim haji, melainkan anda mempunyai wang yang begitu banyak dan mampu mengambil pakej yang mencecah sehingga rm100k untuk seorang. 

Sepanjang di Mekah juga, kami tidak banyak berbelanja, malah hanya pergi membeli pada 3 hari terakhir sebelum pulang sahaja. Itu pun sekadar membeli sedikit barangan yang dipesan, hadiah untuk ahli rombongan serta jubah sebagai kenangan. 

Banyak lagi kenangan lain sepanjang di sana, termasuk ketiadaan air pada pagi hari selama kira-kira 1 jam selama 3 hari, harga servis dobi yang sangat mahal, makan masakan indonesia setiap hari sampai adakalanya rasa dah tak boleh telan, berurusan beli dengan para penjual di sana hanya dengan berbahasa Melayu dan menggunakan duit Ringgit Malaysia dan macam-macam lagi.

Sepanjang di sana, kami dapat menunaikan umrah sebanyak 3 kali dengan dipandu oleh mutawif. Namun, hanya umrah kali pertama sahaja saya dapat melakukannya bersama en asben dan anak-anak. Ini kerana selepas itu, kami dah tak larat nak bawak anak-anak, malah mereka juga sudah tidak larat nak ikut kami. Jadi, kami bergilir menjaga anak-anak. Memandangkan en asben pernah melakukan umrah sebelum ini, maka dia agak konfiden untuk melakukannya sendiri. Jadi saya melakukannya bersama rombongan dan mengikut mutawif, kemudian selepas saya selesai, en asben pula akan pergi menunaikannya manakala saya menjaga anak-anak di hotel.

Satu lagi perkara yang menarik sepanjang di sana adalah, kami telah dibawa oleh mutawif ke tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa disekeliling kaabah. Walaupun keadaan agak pack di sekeliling kaabah, malah mutawif juga tidak yakin kami mampu meredah manusia untuk pergi menyentuh kaabah kerana kami membawa anak, namun dengan izin-Nya kami berjaya juga pergi dan memegang kaabah serta berdoa di tempat-tempat yang mustajab di sekeliling kaabah. Malah kami telah ditunjukkan juga tempat telaga zam-zam yang asal, yang kini telah ditutup oleh pihak Saudi, malah mereka langsung tidak meninggal kesan.

tempat mustajab di sekeliling kaabah
tempat mustajab serta lokasi telaga zam-zam
Tidak puas dengan pemergian kali pertama, kami pergi sendiri kali ke-2. Alhamdulillah kali ini saya dapat masuk ke kawasan Hijr Ismail bersama blong, walaupun sekadar untuk berdoa. Memang langsung tak sangka saya berpeluang untuk masuk ke situ memndangkan kawasan tersebut sentiasa penuh, dan keadaan saya yang sedang mengandung dan membawa anak pula. Memang saya telah berhajat untuk pergi berdoa ke tempat-tempat yang mustajab sebelum bertolak ke tanah suci lagi. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkannya walaupun tidak semua tempat saya dapat pergi. Sekurangnya separuh daripada itu adalah memadai buat saya.

Tiba hari terakhir kami di tanah haram, kami dikehendaki melakukan tawaf wida' pada pagi itu. Seawal jam 3 pagi kami sudah mula bangun dan menyiapkan anak-anak kerana subuh di sana adalah pada jam 5.30 pagi. Adalah penting untuk masuk ke Masjidil Haram seawal mungkin bagi mengelakkan dihalau dan dilarang memasuki Masjid kerana sudah penuh. Pagi itu, kami memilih untuk solat dikawasan Sai'e kerana ianya mudah untuk mengambil air zam-zam dan juga berdekatan dengan tandas. Yelah, kami perlu memelihara wudu' untuk satu jangka masa yang panjang, maka andai kata terbatal wudu' atau perlu ke tandas, tidak menjadi masalah bagi kami.

Selesai solat subuh, pada jam 6.30am kami mula bergerak ke kawasan Kaabah untuk menunaikan tawaf wida'. Pada waktu itu, orang tidak terlalu ramai, jadi agak mudah bagi kami melakukannya. Kesedihan pada waktu itu tidak dapat dibendung, memandangkan inilah kali terakhir kami memandang kaabah secara berdepan. Sewaktu menunaikan solat tawaf yang terakhir, air mata mengalir ibarat air paip. Langsung tak dapat dibendung. Doa pada ketika itu semestinya mengharap ini bukanlah kunjungan kami yang terakhir ke situ, dan memohon agar segala ibadah kami di sana diterima oleh-Nya tanpa sebarang halangan.

cerita tentang umrah - Mekah
di ladang unta - 2 budak yang excited tengok unta secara live
cerita tentang umrah - Mekah
begini la agaknya baginda Rasulullah dulu mengembara bersama sahabat dan pergi berniaga
cerita tentang umrah - Mekah
telaga di hudaibiah yang dikatakan airnya pernah diminum oleh Rasulullah dalam perjalanan ke Mekah
cerita tentang umrah - Mekah
di perkarangan masjid pada pagi lawatan ke sekeliling kaabah
cerita tentang umrah - Mekah
memulakan perjalanan untuk meyentuh kaabah dan berdoa di sekelilingnya
cerita tentang umrah - Mekah
bersama ahli rombongan di luar kawasan sai'e
cerita tentang umrah - Mekah
pembangunan yang sangat pesat di sekeliling kaabah dan kota mekah
cerita tentang umrah - Mekah
bergambar selepas selesai tawaf sunat di pagi hari
cerita tentang umrah - Mekah
adik acad yang lena sepanjang tawaf sunat
cerita tentang umrah - Mekah
tempat minum air zamzam di kawasan sai'e
cerita tentang umrah - Mekah
kawasan sai'e, menuju ke Safa
cerita tentang umrah - Mekah
kelihatan di belakang bukit Safa yang hanya tinggal sedikit sahaja akibat dari pembangunan
cerita tentang umrah - Mekah
pintu 1 - pintu King Abdul Aziz yang kerap menjadi pintu utama bagi kami masuk ke masjidil Haram
cerita tentang umrah - Mekah
burung merpati yang bebas beterbangan di luar perkarangan Masjid. tidak digalakan mengejar mereka kerana dikatakan bahawa burung merpati adalah burung kesayangan Saidatina Aishah
cerita tentang umrah - Mekah
perpustakaan Mekah yang didirikan di atas bekas tapak rumah baginda Rasulullah

   Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan pakej umrah bersama POTO Travels & Tour ni kerana ianya tidak melibatkan ahli rombongan yang ramai, harga yang berpatutan, hotel yang tidak jauh dari Masjid, mutawif yang sangat membantu, team leader yang menjaga kami dengan sebaiknya dan lain-lain lagi. Mungkin jika berpeluang untuk pergi ke sana lagi, kami tetap akan memilih untuk pergi bersama mereka. Amin....        

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

tambah pendapatan dengan shaklee

Sunday 16 February 2014

Playgroup Klas Untuk Anak 3 Tahun

February 16, 2014
Kat Kerteh ni, tak banyak taska untuk umur 3 tahun, berbanding kalo kat Bangi. Ada taska yang kami survey, tidak mempunyai sebarang modul untuk anak-anak ini, sekadar jagaan, beri makan dan sosial sesama mereka sahaja. Ini bukanlah apa yang kami cari untuk adik acad.

Jadi apabila ternampak iklan tentang playgroup Alimkids kat tadika blong, terus saya kol pihak penganjur, Pn Ija. Actually program ni saya memang dah usha lama dah, dah tentu la baca kat internet, tapi kat kerteh memang tak de. Mostly program ni hanya ada di negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. So bila peluang dah ada depan mata, takkan nak biarkan je....

Tapi, memandangkan pertengahan Januari lepas kami telah bertolak untuk menunaikan umrah, maka kami tidak dapat join program ni dalam bulan Januari. Namun, alhamdulillah program ni hanya start bulan Februari, ngam-ngam lepas kami balik kerteh. So last week dapatla kami join klas yang pertama. Dalam kelas yang pertama ni, Pn Ija memberikan sedikit penerangan mengenai program ni dan apa yang perlu ibubapa lakukan dalam program ni.

Selepas habis taklimat, klas yang pertama pun bermula. Oh ya, sepanjang briefing kepada ibubapa, anak-anak disyaratkan untuk duduk diluar kelas supaya ibubapa dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada penerangan mengenai program ini. So kami pun tinggalkan la adik acad kat luar, masa tu dia tengah leka mainan blocks. Time mula-mula datang tu, dia tak mau join pun budak-budak lain main. Macam segan-segan, yelah enjin blum panas. Then dia mula main gelongsor, lepas tu ayahnya slowly bawa dia main blocks tu. So masa Pn Ija suruh ibubapa masuk, kami pun slowly bergerak tinggalkan dia yang leka main.

Sepanjang briefing tu, kami risau jugak kot-kot dia nangis kat luar bila perasan mama dan ayah tak de. Rupanya, dia langsung tak kisah. Leka je main dengan blocks dan juga gelongsor (ada penjaga yang disediakan untuk memerhatikan anak-anak ini). Kanak-kanak lain ada yang menangis dan ada juga yang langsung tak mau berenggang dengan ibubapa mereka. Mungkin kerana dah biasa dengan kawasan tadika tu (program dijalankan di tadika annur, yang mana blong turut bersekolah di situ), so menyebabkan adik acad tak rasa terasing.

Pada permulaan program, adik acad tak berapa nak bagi kerjasama. Yelah, biasa dengar arahan dari mama dan ayah je. Tetiba hari tu diberi arahan oleh orang asing dan dikelilingi oleh orang-orang yang tak dikenali. Tapi, lama kelamaan, dia dah mula makin selesa dan mula memberikan kerjasama dan menunjukkan minat untuk participate dalam setiap aktiviti yang diberikan.  Tapi, biasala, budak-budak. Bila dah lama sangat mula la dia menunjukkan ragam. Sejam masa berlalu, dia pun mula la meragam sikit. Penat dah kot, tapi alhamdulillah berjaya juga kami habiskan klas dengan jayanya dan adik acad participate dengan baiknya dalam semua aktiviti sampai ke akhir.

Overall pada saya program ni bagus sebab ianya tak amik masa yang lama, plus ada particiption dari mak sekali, so anak tak de la rasa terasing sangat. Klasnya pun tak la besar, sekadar 10 orang sahaja untuk setiap sesi, so sangat mudah untuk bekerjasama antara ibu-anak-guru. Saya harap adik acad akan dapat menamatkan playgroup ini dengan berjayanya tahun ni dan dapat menjadi anak yang lebih cemerlang dan berjaya di masa hadapan serta lebih bersedia untuk masuk ke tadika tahun hadapan. Amin....

playgroup alimkid kerteh
warm up session - main blocks dgn ayah
playgroup alimkid kerteh
klas start - adik acad mula bagi co-operation
playgroup alimkid kerteh
ni paling dia suka - menulis a.k.a. menconteng
playgroup alimkid kerteh
dah berani nak ke depan bila teacher panggil
playgroup alimkid kerteh
mula beri respon bila teacher tanya walaupun tak faham soalan teacher
playgroup alimkid kerteh
semangat beratur nak amik reben dari teacher
playgroup alimkid kerteh
pandai nak kuar dari barisan lepas dah dapat reben
playgroup alimkid kerteh
posing jap sebelum berdancing dengan reben
playgroup alimkid kerteh
slowly ikut apa yang teacher buat dengan bantuan mama
playgroup alimkid kerteh
tunggu arahan untuk start aktiviti menconteng tangan
playgroup alimkid kerteh
sungguh-sungguh pilih mana satu kaler yang nak digunakan
playgroup alimkid kerteh
beria melukis flag tapak tangan
playgroup alimkid kerteh
inilh hasilnya bersama dengan rakan sekelas dalam 1st session
     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

membership shaklee STARS

Thursday 13 February 2014

Ramai Jual Produk Shaklee Pada Harga Ahli, Jadi Apa Bezanya Kalau Saya Join?

February 13, 2014
Salah satu kelebihan apabila anda sign up membership Shaklee adalah anda bakal mendapat penjimatan sehingga maksimum 20% pada harga setiap produk Shaklee. Ini kerana anda akan dapat membeli pada harga ahli, berbanding harga retail yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee (harga produk Shaklee dah dekat 20 tahun tak naik...).

Tapi....

Bila Shaklee dah mula boommm ni, ramai rupanya yang peniaga Shaklee yang menjual kepada pelanggan pada harga ahli itu sendiri. Malah ada juga yang menjual pada harga yang lebih rendah daripada harga ahli (ini adalah satu kesalahan besar yang boleh menyebabkan keahlian ditarik balik secara serta merta oleh pihak Shaklee). Jadi, kurang la satu  kelebihan yang bakal anda perolehi jika anda menjadi ahli Shaklee. Betul tak? So tak de la best sangat keahlian Shaklee ni kan.... ( つ﹏╰)

Choopppp....Nanti dulu.....

Sila baca lagi..Jangan terus buat kesimpulan yang negatif ye....

Masih ada banyak lagi kelebihan lain yang lebih hebat yang bakal anda perolehi selain daripada harga. Antaranya :
  • Anda dapat menjimatkan duit kredit telefon dan juga masa anda kerana tidak perlu bertanya kepada beberapa Shaklee Independent Distributor (SID) bagi mendapatkan harga yang terendah kerana anda juga layak untuk membeli pada harga ahli
  • Apabila anda membuat pembelian, secara tidak langsung anda akan dapat mengumpul point. Point-point ni jika dikumpul secara tak langsung akan melayakkan anda untuk mendapatkan cash bonus pada bulan hadapannya. Takkan nak biarkan orang lain menikmati point daripada pembelian yang anda buat kan...Rugi la..... A BIG NO la kan.....
  • Bila-bila masa anda rasa teringin nak mencuba mana-mana produk Shaklee, selain daripada vitamin, seperti sabun pencuci ke, set penjagaan kulit ke, anda boleh beli pada bila-bila masa sahaja, secara online. Tak payah susah-susah tanya kat mana-mana SID untuk minta buatkan pembelian. Mudah kan...
Banyak lagi faedah lain yang bakal anda perolehi jika anda sendiri dah menjadi ahli Shaklee. Boleh ketahuinya dalam entry-entry saya yang lepas, atau hubungi je saya secara terus untuk mengetahuinya. Kita boleh sembang-sembang dan saya akan jawab persoalan anda sehingga la anda puas hati dan terus sign up sebagai membership Shaklee. 
Pilih salah satu cara di bawah untuk menghubungi saya...I'm more than free to help and assist you...(✿◠‿◠)

menjadi ahli shaklee



Camne Nak Register Jadi Member Shaklee

February 13, 2014
Walaupun Shaklee sekarang ni tengah boomm (berbanding 2 tahun lepas), namun ada juga lagi yang tak tau atau mungkin lupa (dah diberitahu dulu, tapi tak ingat) cara bagaimana nak dapatkan keahlian Shaklee ni. Kerap juga saya dapat sms/whatsapp tanya tentang keahlian ni. Saya ingatkan semua orang dah tau camne, rupanya salah anggapan saya ni huhuhu...

Senang je sebenarnya cara nak jadi ahli Shaklee ni. Tak perlu keluar modal yang besar pun. Malah yuran keahliannya sangat murah dan long lasting, dan bonus lagi untuk pasangan suami isteri di mana keahlian adalah diberikan juga kepada pasangan tapi bayar untuk sorang je. Untung kan...Jimat pun ye jugak, mana nak cari business yang beri keahlian macam ni....

Bagaimanakah cara nak jadi ahli ni? Mudah je...

Anda boleh pilih mana-mana Shaklee Distributor yang berdaftar dengan Shaklee, tak kiralah adik-beradik anda, atau kawan sepejabat, atau sepupu sepapat atau siapa sahajalah, yang anda percaya, dan minta beliau supaya mendaftarkan anda sebagai downline dia. Anda beri segala info yang diperlukan, dan bayar kepada beliau yuran keahlian sebanyak RM75 (untuk semenanjung)/RM85 (untuk sabah/sarawak) dan beliau akan memproseskan keahlian anda. Jadi anda hanya perlu relax dirumah dan tunggu GDEX/SKYNET datang ke rumah anda untuk menghantar memberkit Shaklee anda. Senang kan...

Tetapi....Satu peringatan...

Adalah dinasihatkan anda mendaftar dengan Shaklee Distributor yang bukan jenis lepas tangan, atau yang sekadar muncul ketika anda mahu mendaftar lepas tu hilang entah ke mana, atau yang menyerbu anda apabila anda pergi ke mana-mana branch Shaklee untuk membeli produk Shaklee untuk pertama kali. Sila elakkan upline yang sebegini ye...

Kenapa saya cakap begitu?

Kerana, jika anda mendaftar dengan upline yang sebegini, peluang untuk anda merujuk apa-apa sahaja kepada beliau di masa hadapan adalah sangat tipis. Apabila anda menjadi downline sesorang, secara automatik point anda akan masuk kepada beliau juga. Jadi adalah satu KERUGIAN kepada anda sekiranya anda tidak mendapat apa-apa bimbingan daripada beliau, tetapi beliau dapat pula menikmati faedah dari setiap pembelian yang anda buat. Sungguh unfair bukan?

Jadi, silalah pilih untuk mendaftar dengan Shaklee Distributor yang sah, yang anda nampak beliau aktif, mudah dihubungi pada bila-bila masa sahaja dan boleh membimbing anda sebelum dan selepas anda mendaftar keahlian. Contohnya seperti saya...(>‿◠)✌

Anda boleh menghubungi saya pada bila-bila masa untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai keahlian Shaklee yang superb ini...Jadi, mengapa tunggu lagi??

cara menjadi ahli Shaklee

Wednesday 12 February 2014

Kepuasan Berumrah Bersama Suami dan Anak-anak - Madinah

February 12, 2014
Dah lebih 2 minggu rupanya kami meninggalkan tanah suci Mekah dan Madinah dan kembali ke tanah air. Tak terasa sungguh masa berlalu. Patutlah kerinduan untuk berada di sana kerap berkunjung di dalam hati ini, terutamanya bila melihat gambar-gambar sahabat yang baru sampai ke sana.

Subhanallah, rasa rindu sangat pada Rasulullah. Berada di bumi Madinah selama hanya 3 hari 2 malam adalah satu jangka masa yang sangat pendek. Masih boleh tercium bau harumnya makam nabi ketika kami lalu ditepi masjid Nabawi yang menempatkan jenazah baginda ketika ingin berkunjung ke kawasan perkuburan Baqi'. Keharumannya memang sangat mengasyikkan dan menyenangkan. Itulah kali pertama dan terakhir saya berkesempatan lalu di tepi kawasan yang menempatkan makam Rasulullah dan sahabat baginda yang tercinta iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan juga Umar Al-Khattab. Peluang itu adalah sangat berbeza dengan kesempatan yang diperolehi untuk masuk ke Raudhah, yang terdapat di dalam Masjid Nabawi itu sendiri.

Secara jujurnya, perasaan berada di bumi Mekah dan Madinah adalah sangat berbeza, pada saya secara personalnya. Sebaik mutawif mengumumkan bahawa bas kami telah memasuki tanah Madinah, air mata ini berguguran tanpa dapat di tahan kerana rasa terharunya dan bersyukur kerana akhirya saya berpeluang menjejak kaki di bumi Madinah yang menjadi tanah tempatnya bersemadi jasad Nabi Muhammad S.A.W. Terasa betapa rindunya kepada baginda sehingga air mata tidak dapt ditahan dan rasa yang sangat tidak sabar untuk berkunjung ke masjid baginda, walaupun hanya sekadar untuk bersolat dan bukanlah untuk bertemu baginda.

Sebaik sahaja bas berhenti dihadapan hotel, yang jaraknya hanya dalam 50m sahaja dari pintu masuk masjid Nabawi, hati ini meronta-ronta untuk segera pergi dan masuk ke dalam masjid. Malah mungkin rezeki kami telah ditentukan oleh-Nya, kami mendapat bilik yang menghadap betul-betul ke Masjid Nabawi, malah dari tingkap bilik kami boleh nampak kubah hijau yang menjadi penanda bahawa di situlah tersemadinya jasad baginda. Subhanallah, betapa bersyukurnya perasaan ketika itu dengan rezeki yang telah ditetapkan untuk kami.
masjid nabawi dan kubah hijau
Selesai urusan check in, kami bergegas bersiap untuk menunaikan solat zuhur yang pertama di Masjid Nabawi. En asben turun lebih awal bersama blong memandangkan beliau lebih afdal untuk solat berjemaah di dalam masjid, manakala saya menyiapkan adik acad, membersihkan dia sebelum bergerak ke masjid. Memandangkan ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke masjid ini, maka saya tidak tahu ke manakah arah tuju dan tempat solat untuk wanita kerana masjid ini sangat besar. Jadi saya hanya sekadar mengikut arus sahaja. Malangnya nasib saya kerana ketika kami bergerak ke masjid, azan zuhur telah berkumandang dan apabila kami sampai, pentugas-petugas sudah tidak membenarkan kami dan jemaah lain untuk masuk ke dalam masjid kerana sudah penuh.

Maka saya mencari ruang lain untuk bersolat. Walaupun tidak dapat masuk ke dalam masjid, tetapi sebenarnya, di kawasan luar juga merupakan tempat menunaikan solat para jemaah. Ruang yang sangat luas dan selesa disediakan untuk para jemaah menunaikan solat, cuma bezanya tiada carpet dihamparkan. Nasib baik saya memang telah bersediakan dan turut membawa sejadah. Lalu saya pun mencari ruang untuk saya dan adik acad bersolat.
solat di masjid nabawi
ceria di Masjid Nabawi walaupun setelah menempuh perjalanan lebih dari 12 jam
Sepanjang kami berada di Madinah, saya dan en asben telah bersetuju untuk membawa anak seorang satu, yang mana en asben akan membawa blong manakala saya pula akan membawa adik acad. Persetujuan ini berlangsung juga semasa kami berada di Mekah dan alhamdulillah sepanjang kami berada di sana, kedua-dua anak kami telah dipelihara oleh-Nya dan mereka tidak meragam atau pun mendatangkan sebarang masalah kepada kami. Malah saya yang sebelum bertolak ke sana telah diserang morning sickness yang teruk juga langsung tidak mengalami sebarang masalah sepanjang di sana. Inilah doa yang telah saya pohon sebelum kesana, iaitu meminta dari-Nya supaya segala urusan dipermudahkan, dan alhamdulillah doa saya telah dimakbulkan oleh-Nya.

3 hari di Madinah, selain beriktikaf di Masjid Nabawi dan mengikuti ziarah ke tempat bersejarah di sana, kami tidak sempat untuk membeli-belah di sana. Hanya pada pagi sebelum bertolak ke Mekah sahaja kami sempat pergi membeli sehelai jubah untuk adik acad dan juga jubah yang telah dipesan oleh kawan saya. Tiada masa yang lebih bermanfaat selain berada di dalam masjid dan membaca AlQuran sepanjang berada di bumi Madinah.

Peluang untuk berkunjung ke Raudhah adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Untuk jemaah wanita, ada masa-masa yang telah ditetapkan untuk masuk ke Raudhah, malah terdapat 2 sahaja pintu masjid yang dibenarkan untuk digunakan bagi tujuan tersebut. Waktu yang dibenarkan untuk masuk adalah selepas isya, selepas subuh dan selepas zuhur sahaja. Maka, pada malam pertama kami di sana, mutawif wanita yang ditugaskan telah membawa rombongan kami untuk masuk ke kawasan Raudhah. Jam 9pm kami bergerak dari masjid, namun disebabkan ramainya jemaah wanita ketika itu yang juga hendak masuk ke kawasan Raudhah, menyebabkan kami terpaksa menunggu giliran hampir 2jam setengah. 

Ini kerana kawasan tersebut sangat kecil berbanding jumlah orang yang ingin masuk ke situ. Mujur pada malam tersebut, saya tidak membawa adik acad bersama kerana keadaan di situ adalah sangat hectic. Mungkin kerana waktu sudah hampir larut malam, dan ramai yang sudah tidak sabar dan kepenatan kerana terlalu lama menunggu membuatkan keadaan agak kucar-kacir. Saya sendiri terpaksa merempuh orang untuk meloloskan diri masuk ke kawasan  Raudhah yang merupakan salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa. Malah di situ jugalah terdapatnya makam  baginda Rasulullah, serta tempat-tempat yang bersejarah memandangkan itu adalah rumah baginda dan Siti Aishah. 

Pada mulanya saya ingat saya sudah tidak berpeluang untuk menunaikan solat di dalam kawasan itu kerana keadaan yang sangat kucar-kacir. Malah apabila melihat ada jemaah yang telah dilanggar dan dipijak ketika solat membuatkan hati ini takut, tambahan pula saya sedang mengandung. Namun rezeki Allah masih berpihak kepada saya. Mujur ada ahli rombongan yang bekerjasama membantu kami untuk bersolat secara bergilir-gilir dengan membantu menjaga kami yang sedang bersolat. Solat sunat 1 rakaat, doa yang khusus dan memberi salam kepada baginda dan sahabat-sahabat baginda walaupun sekadar dari jauh adalah pengalaman yang sangat bermakna. Air mata langsung tidak berhenti mengalir, terutama apabila melihat pintu makam baginda. Walaupun hati ini meronta untuk pergi dekat dengan makam baginda, dan memegang tiang-tiang yang dikatakan mempunyai sejarah tersendiri, namun hajat itu terpaksa dilupakan. Mungkin itu bukan rezeki saya untuk kali ini. Namun, masih bersyukur kerana hajat untuk masuk ke Raudhah telah dimakbulkan oleh-Nya. Akan tetapi, sempat saya titipkan doa agak kunjung saya di lain kali akan diberikan peluang untuk pergi hampir ke pintu makam baginda.
kubah hijau, makam nabi
Menziarahi tempat-tempat bersejarah yang lain, serta menunaikan peluang menunaikan solat di masjid Quba' adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan juga. Terasa betapa bersyukurnya kerana diberi peluang ini, pada usia yang masih muda, malah berpeluang membawa anak-anak bersama, adalah rezeki yang sangat berharga. Tiada apa lagi yang dapat diucapkan selain rasa bersyukur ke hadrat Illahi.
kenangan di Masjid Quba'
seronok dan ceria sepanjang trip ziarah di Madinah
Posing jap di Ladang Kurma bersama kawan baru
Bergambar di kawasan perkuburan Bapa saudara Nabi, Hamzah
Jabal Rahmah yang mencatat sejarah bg Nabi Adam dan Hawa, begitu juga kami
Semoga pemergian kami ke sana kali ini bukanlah yang terakhir dan akan dijemput lagi untuk ke sana setiap tahun. Amin.... ^__^

shaklee membership