Tuesday 4 March 2014

Serangan Strok Haba di Musim Panas

March 04, 2014
Negara kita kini sedang mengalami cuaca panas yang melampau. Rata-rata dilaporkan suhu adalah antara 30-35 darjah celcius. Dengan cuaca sebegini, banyak kawasan dilaporkan mula mengalami masalah kekeringan dan yang paling membimbangkan, paras-paras air di empangan terutamanya di kawasan selangor telah menunjukkan penyusutan yang membimbangkan.

Hutan-hutan juga banyak yang terbakar dan ini semakin memburukkan keadaan kerana ianya boleh menyebabkan jerebu. Jika keadaan ini berlanjutan, tidak mustahil ramai yang akan menghadapi masalah kesihatan, terutamannya kanak-kanak dan warga emas.

Salah satu masalah kesihatan yang dibimbangai dan bole menyebabkan kematian jika tidak dirawat dan ditangani dengan segera adalah 'strok haba'. Memetik kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, definisi strok haba adalah paras suhu badan yang meningkat melebihi 40.5 darjah celcius, manakala suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Apakah tanda-tanda orang yang diserang strok haba ini? Mari kita lihat....
  • sakit kepala  berdenyut
  • mual
  • kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas 
  • denyutan nadi yang pantas
  • otot lemah dan kejang
  • muntah
  • kulit kering dan kemerahan
  • sawan 
  • pitam
Selain itu, suhu yang tinggi ini juga boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang mana ianya boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. 

Bagaimanakah seseorang itu boleh terkena serangan strok haba ini?

Menurut Dr Noor Hisham lagi, seseorang yang terdedah kepada cuaca dan suhu panas secara berpanjangan disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca utama yang menyebabkan strok haba. 

Jadi, elakkan diri anda dari melakukan aktiviti luar terutama di tengahari untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya perlu, pastikan anda minum air masak pada kuantiti yang lebih dari biasa bagi mengelakkan badan anda dari mengalami dehidrasi yang boleh mendedahkan anda kepada risiko diserang strok haba ini. 

Bagaimana pula cara merawat sekiranya anda/ahli keluarga menunjukkan tanda-tanda terkena serangan strok haba ini? 

Mudah sahaja, bawa mereka dengan segera ke hospital untuk rawatan. Tetapi sekiranya tidak sempat, apa yang boleh anda lakukan adalah bawa individu tersebut ke tempat yang teduh. Kemudian lapkan badan mereka dengan tuala basah. Sekiranya individu tersebut masih mampu bergerak, mandi kan nya secukupnya sehingga anda rasa suhu badan mereka sudah mencapai suhu badan yang normal iaitu sekitar 37 darjah celcius.

rawatan strok haba
salah satu cara untuk merawat strok haba
Jadi, sentiasalah berwaspada dan perhatikan orang-orang kesayangan anda sepanjang musim panas ini, terutamanya anak-anak kerana serangan strok haba ini jika tidak dirawat dengan segera, ianya boleh membawa kepada kematian.

performance drink shakleePastikan juga badan anda mendapat bekalan air masak yang secukupnya jangan sesekali memandang enteng perkara ini. Jika tak lalu nak minum air masak, apakata anda berikan mereka air oren Performance Drink Shaklee yang mampu mengawal kuantiti bendalir dalam badan anda. Bukan itu sahaja, ianya juga sangat sedap, tidak mengandungi pewarna atau perasa tiruan, tidak mengandungi gula berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan anda dan tidak bergas. Sangat sesuai diminum oleh kanak-kanak dan orang dewasa juga.

Diharap cuaca panas melampau ini tidak berpanjangan dan akan pulih seperti sediakala. Sama-sama lah kita berdoa demi kehidupan kita yang lebih baik setiap hari.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee membership
 

Monday 3 March 2014

Promo Energizing Soy Protein Shaklee Kembali...

March 03, 2014
Pegumuman untuk para peminat Energizing Soy Protein Shaklee....

Dengan ini dimaklumkan bahawa Energizing Soy Protein Shaklee adalah produk under promosi bagi bulan Mac 2014 ini...

Jadi, dapatkan stok Energizing Soy Protein Shaklee anda HARI INI juga, sebelum ianya HABIS diborong oleh orang lain. *takkan nak putih mata je tengok orang lain jimat berpuluh-puluh ringgit kan...rugi la...*

 Masih tak tau apa yang dimaksudkan dengan promo tu? Mudah je...Cuba tengok poster ni...

ESP Shaklee

Nampak tak ada banyak benefit lain yang bakal korang nikmati dengan pembelian pek promosi ESP bulan ni? Bukan satu, malah sehingga 4 benefitsnya. Dah la harga murah, ada plak kelebihan lain yang bakal menanti korang, jadi, kenapa dok fikir banyak kali lagi?

Apa?? Tak mampu nak borong sampai 6 can terus? Takpe....korang boleh kumpul-kumpul dan pakat-pakat dengan member opis/family/saudara-mara untuk beli pek promosi ni. Atau pun bleh je kalo nak beli 1 can. Still boleh dapat harga yang lebih murah dari biasa, TAPI, sayangnya tak delah dapat benefit-benefit tu...

Ok tak pe..korang fikir-fikirkan ye..Tapi jangan dok fikir lama sangat, nanti melepas. Bila rasa nak beli dah, hubungi je saya ye. Hanya untuk bulan ni sahaja harganya MELETOP ye, bulan depan tak dapat dah. Plus, ada lagi....Jika anda membeli Energizing Soy Protein ni, tak kiralah berapa can pun, anda layak untuk menerima E-book tentang Energizing Soy Protein yang didalamnya penuh dengan rahsia tentang Energizing Soy Protein yang anda TIDAK pernah dengar sebelum ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang ni ye. Hanya dalam bulan ni sahaja, Mac 2014.... ^__^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee membership

Saturday 1 March 2014

Sistem Shaklee Yang Adil Walaupun Ianya MLM

March 01, 2014
Biasanya MLM ni dikaitkan dengan sistem yang menindas orang lain. Selalu kita dengar orang cakap bila buat MLM ni, orang bawah (downline) je yang kena kerja keras, orang atas (upline) goyang kaki je.. Tau-tau cukup bulan duit masuk dalam akaun. 

Jenuh la kalo macam tu kan..Confirm downline sampai bila-bila tak kaya, sebaliknya upline je yang makin mewah. Tak adil la macam tu kan..

Adakah sistem macam ni berlaku juga dalam Shaklee? Secara asasnya, Shaklee memang mengamalkan sistem MLM yang begitu, iaitu apabila downline bekerja, upline akan mendapat sedikit insentif. TETAPI, insentif tu TIDAK diberi secara PERCUMA ye... Sila ingat baik-baik..

Kenapa saya cakap begitu? Memang ada insentif akan diberi kepada upline apabila downlinenya membuat sales. Tetapi insentif tersebut adalah sebenarnya seakan upah yang dibayar oleh Shaklee kepada upline dengan syarat upline WAJIB la memberikan tunjuk ajar kepada downline-downlinenya. Bukan lah sekadar mendaftar mereka dibawah anda semata, kemudian membiarkan mereka terkapai-kapai sendirian. 

Sebenarnya, sedar tak sedar, keadaan seperti ini banyak berlaku. Sebab itulah ada di kalangan kami yang kadang-kadang menerima SMS/email/whatsapp dari mereka-mereka yang telah mendaftar menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) dengan orang lain, tetapi meminta tunjuk ajar dari kami. Bukan la kami ni kedekut dan tidak mahu memberikan tunjuk ajar, tetapi adalah TIDAK ADIL sekiranya kami bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar kepada mereka yang tidak mendaftar di bawah kami, dan upline mereka yang menerima insentif dan kami pula tidak menerima apa-apa. Lebih baik kami berikan tumpuan sepenuhnya kepada downline kami sendiri, didik mereka dan beri tunjuk ajar sehingga mereka dapat mencapai impian mereka, dan dalam masa yang sama, kami pun mendapat insentif hasil dari tunjuk ajar ini. Ini barulah dikira adil, betul tak? Sama-sama kerja, sama-sama pulun hasil kan....

Malah adakalanya, dalam Shaklee ni, terdapat kes-kes yang mana upline berpangkat lebih rendah dari downline, ATAU upline punya income lebih sedikit daripada downline dan sebagainya. Ini adalah sangat adil kerana pendapat yang dibayar oleh Shaklee kepada semua SID nya adalah mengikut kepada tahap kerja keras yang dilakukan oleh SID tersebut. Jika SID itu jenis goyang kaki je dan tunggu downline yang bekerja untuk dia, jawabnya bye bye la ye.

Sebab tulah saya sukakan Shaklee ni. Bukan sahaja produknya diperbuat daripada sumber yang semulajadi, ia juga selamat, mesra alam dan dijamin halal. Tambah pula satu lagi bonus yang mana sistemnya sangat adil. Jadi, tak de apa pun nak dirisaukan.

Untuk itu, jadilah pengguna yang bijak, pilih SID yang betul-betul dapat membimbing anda sebaik sahaja selepas anda mendaftar menjadi ahli. Jika anda rasa ragu-ragu nak pilih SID yang boleh membimbing anda, hubungi sahaja kami untuk pendaftaran dan kami lebih dari gembira untuk membimbing anda menuju kejayaan di dalam Shaklee ini...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
shaklee membership