Friday 18 April 2014

Bentan Akibat Langgar Pantang Selepas Bersalin....Sakitnya....

pantang dengan shakleeMengikut adat masyarakat Melayu kita, adalah satu kemestian bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk melalui satu ptempoh yang dipanggil berpantang. Namun, tempoh berpantang itu adalah berbeza-beza mengikut individu. Ada yang berpantang setakat 40hari sahaja, ada juga yang berpantang sehingga 100 hari. Tujuan berpantang ini adalah tak lain dan tak bukan untuk membantu mengembalikan kesihatan ibu selepas melalui proses kehamilan dan bersalin selama lebih 9 bulan. Maklumla, sepanjang tempoh tersebut, badan ibu telah mengalami banyak 'kerosakan' dan ianya perlulah dirawat supaya ibu kembali sihat seperti sebelumnya.

Namun, pada hari ini, terdapat segelintir ibu yang memilih untuk tidak berpantang. Pada pendapat mereka, badan mereka sudah pulih seperti sedia kala dan tidak perlulah mereka melalui proses berpantang. Yelah, sepanjang proses berpantang ini, terdapat beberapa perkara yang mana ibu-ibu tidak dibenarkan untuk melakukannya, malah pemakanan sepanjang tempoh ini juga perlu dijaga, dan terdapat sesetengah makanan perlu dielakkan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan proses berpantang terganggu.

Apabila pantang ini dilanggar, besar kemungkinan ibu tersebut akan terkena bentan. Bentan ini bermaksud, sakit semula setelah hampir sembuh semasa dalam proses rawatan selepas bersalin. Yang dimaksudkan di sini adalah, ibu tersebut akan merasa sakit semula pada penghujung tempoh berpantang.

Punca dan Isyarat ibu terkena bentan adalah : 

 # mengambil makanan sejuk/ terlanggar benda keras
    =>> akibatnya, ibu akan merasa sejuk dan badan seakan nak pitam. ini adalah disebabkan 
            anggota dalam badan yang masih belum sembuh dengan betul
    =>> apabila ibu mengalami masalah ini, ianya akan mengambil satu jangka masa yang 
             agak panjang untuk kembali sembuh dan sihat seperti sediakala

Bentan boleh dikategorikan kepada 3 jenis, iaitu :
1) Bentan Urat
     - ianya terjadi apabila ibu terlalu lasak/aktif ketika dalam tempoh berpantang.
     - kesannya, ibu akan merasa lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan
         seperti pada lutut, dan mengigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari, kejang otot 
         badan
     - masalah ini boleh dirawat dengan melakukan rawatan bertangas ataupun mandi wap

2) Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim

    - ini merujuk kepada kesakitan pada bahagian ari-ari yang sederhana/terlampau sakit 
        sehingga menyebabkan berlakunya tumpah darah
    - boleh terjadi apabila ibu mengangkat barang yang berat
    - boleh juga berlaku kesan daripada ibu tersepak objek yang besar atau pun jatuh 
        terduduk/terhempas

3) Bentan Urat Besar (pinggang)

    - urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa
        lenguh dan sakit di atas bahagian belalang
   - kebiasaannya terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan/czer
   - pada sesetengah keadaaan, kesakitan tersebut boleh menjadi serius dan mengakibatkan
       rasa sakit pada bahagian pinggang dan tumit

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri daripada terkena bentan ini, agar ibu kembali sihat dan cergas seperti biasa? Antaranya :

a) Ibu hendaklah mendapatkan rehat yang secukupnya
    - adalah dinasihatkan supaya ibu tidak melakukan sebarang kerja sepanjang tempoh 
        berpantang, selain daripada menjadi diri sendiri dan bayi
    - dinasihatkan juga supaya ibu tidak mengangkat sebarang objek yang berat, mandi pada 
        satu tempoh yang lama, mengelakkan dari terkena hujan dan sebagainya 

b) Mengelakkan diri dari terkena jangkitan kuman
     - ibu hendaklah menjaga kebersihan diri dengan sebaiknya sepanjang tempoh ini kerana
         pada waktu ini, ibu mudah terkena jangkitan kuman terutamanya pada bahagian 
         peranakan, saluran kencing, dan juga rahim  
     - jangkitan kuman ini mudah berlaku akibat daripada perubahan hormon yang sedang 
         dialami oleh ibu. 
     - dalam tempoh ini juga, darah nifas akan keluar dengan banyaknya, jadi, ibu perlulah
         kerap menukar tuala wanita bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman ini
     - ianya boleh menyerang di mana-mana bahagian peranakan san faraj dan boleh 
         merebak melalui saluran darah seterusnya menyerang organ dalaman yang lain seperti
         buah pinggang dan sebagainya

c) Pemakanan
   - pemakanan haruslah dijaga sepanjang tempoh berpantang
   - elakkan pengambilan makanan yang bersifat sejuk dan boleh menyebabkan angin dalam 
       perut seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kobis, nangka muda dan jantung
       pisang
   - banyakkan juga meminum air masak kerana badan memerlukan air yang secukupnya
       untuk proses penyembuhan, dan juga untuk penyusuan bayi

Tips mengelak bentan secara tradisional...
    set berpantang shaklee
  • sapu minyak panas di seluruh badan
  • pakai baju panas
  • berstokin sepanjang masa
  • pastikan berselimut ketika tidur
  • bertungku
Dapatkan set berpantang Shaklee yang mampu menjaga anda dalam tempoh berpantang sekaligus membantu mengembalikan kesihatan dan kecergasan badan anda. Ianya sangat mudah dan juga mesra bayi. Turut membantu dalam penyusuan bayi....Dapatkannya hari ini juga... 

sumber : majalah PaMa

Tapi...Ada akak sorang ni, masa berpantang baby ke-2, dia langsung tak berpantang, dan alhmadulillah tak de masalah bentan. Meh kita dengar, apa rahsia dia sampai dia rasa seronok giler sepanjang tempoh berpantang tu walaupun dia tak pantang betul-betul...


  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

agen shaklee kemasik

 


No comments:

Post a Comment