Thursday 17 April 2014

Keputihan Penghalang Hubungan Suami Isteri

Keputihan, agak sinonim bagi kaum wanita. Ramai kaum wanita yang menghadapai masalah ini, terutamanya mereka yang telah berkahwin (yang berkahwin juga turut mengalaminya). Ada ketikanya, keputihan ini boleh mencapai tahap yang ekstrem dimana ianya menyebabkan rasa ketidakselesaan kepada wanita tersebut dan adakalanya ia akan mengeluarkan bau yang sangat kurang menyenangkan. Malah warnanya juga mungkin bertukar menjadi kuning atau pun hijau (tahap yang kronik). 

Masalah ini boleh menyumbang kepada hubungan suami isteri yang dingin kerana rasa tidak selesa kepada si isteri (akibat rendah diri) mahupun kepada sang suami (tidak tahan dengan bau/merasa geli). Jadi, sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan segera, ianya mungkin membawa kepada masalah yang lebih besar. Maka, puan-puan di luar sana yang sering menghadapi masalah ini, haruslah mencari jalan penyelesaiannya dengan segera supaya rumahtangga anda kembali harmoni.

Apakah punca sebenar masalah keputihan ini?

Keputihan ini adalah disebabkan sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans dan masalah ini juga dikenali sebagai vulvovaginal candidiasis.

Mungkin ada dikala wanita yang tidak sedar bahawa mereka ini sedang diserang keputihan dan tidak mengambil berat tentangnya. Hanya apabila keadaan sudah menjadi teruk, barulah mereka tersedar. Mari kenali apakan tanda-tanda mereka yang sedang mengalami masalah keputihan ini :
  1. rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj
  2. kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan)
  3. pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi
  4. penghidap mungkin juga mengalami rasa sakit semasa hubungan seks
  5. sakit masa buang air kecil
 Jadi, sekiranya anda mengalami salah satu daripada simptom di atas, adalah dinasihatkan supaya anda segera mencari jalan penyelesaiannya agar ianya tidak melarat dan mengganggu hubungan suami isteri anda (adakalanya keputihan ini boleh mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan sehingga mewujudkan rasa tidak selesa sesama pasangan).

Bagaimanakah cara untuk menangani dan menyelesaikan masalah ini? Terdapat beberapa cara, dan anda boleh memilih antara cara moden mahupun tradisional. Antaranya :
  
1- Berjumpalah dengan pakar sakit puan/doktor perempuan bagi memastikan keputihan anda itu masih ditahap normal. Anda akan diberikan sejenis ubat untuk dimasukkan ke dalam faraj dan juga krim kulat yang bertujuan mematikan kulat yang terdapat dikawasan kemaluan anda yang menjadi punca kepada masalah ini. 
 
2- Elakkan memakai seluar dalam yang ketat mahupun seluar yang ketat serta bukan dari jenis kapas kerana ianya menyebabkan kurangnya pengaliran udara ke bahagian kemaluan anda.
 
atasi keputihan dengan garlic shaklee3- Sekiranya anda sedang hamil, bolehlah amalkan pengambilan Garlic Shaklee 1-2 biji setiap hari. Garlic/bawang putih sememangnya terkenal sebagai sumber antibiotik yang semulajadi. Selain berkesan, ianya juga mampu meningkatkan sistem imunisasi badan kerana antibitok dalam badan dapat dipertingkatkan secara semulajadi tanpa sebarang rangsangan dari dadah. Anda akan dapat merasai perbezaannya hanya dalam masa 2-3 hari selepas mengamalkannya.
keputihan vs alfalfa shaklee
4-  Bagi wanita yang tidak hamil pula, disyorkan supaya anda mengambil Alfalfa Shaklee yang sememangnya terbukti mampu merawat masalah ini. Malah, anda bakal mendapat bonus kerana alfalfa juga mampu bertindak sebagai kacip fatimah yang membantu mengetatkan bahagian vagina untuk kepuasan hubungan suami isteri yang lebih maksimum.
 
 5- Pastikan anda mencuci kawasan kemaluan dengan bersih setiap kali ke tandas dan mengeringkannya dengan tuala/tisu dengan betul.
 
6- Elakkan penggunaan sabun untuk mencuci bahagian tersebut kerana sabun biasa mempunyai pH yang tidak sesuai untuk bahgian tersebut dan akan menggangu pH semulajadi di situ.
 
7- Elakkan penggunaan pantyliner yang sama untuk satu jangka masa yang panjang kerana ianya boleh menjadi penyumbang kepada pembiakan kulat dengan lebih cepat.
 
8- Cuci bahagian kemaluan anda dengan menggunakan daun sireh. Caranya dengan mengambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya. Kemudian sediakan 1 liter air suam. Ramas kesemua tadi bersama-sama air suam tadi dan tapislah air tersebut. Kemudian, gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
 
9- Anda juga boleh merawat masalah ini dari dalam dengan meminum air jus pegaga. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan. Kemudian rebus pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih. Masukkan sedikit garam kedalam rebusan tersebut. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk. Kemudian, tapislah air rebusan itu dan minum air tersebut 2 kali sehari. Amalkan sehingga masalah rasa gatal itu sembuh.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
jana pendapatan dengan shaklee
 
 




 



No comments:

Post a Comment