Monday 21 April 2014

Pengalaman Berbeza Pada 3 Kehamilan

Setiap anak adalah berbeza, malah rezeki bagi setiap anak juga berbeza. Jadi tidak hairan lah jika si ibu turut mengalami pengalaman yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan walaupun mengandungkan dalam rahim yang sama dan hasil daripada hubungan yang sama. Ini semua adalah ketetapan yang telah dirancang dengan sebaiknya oleh Allah.

3 kali mengandung, saya memang menempuh pengalaman yang berbeza. Pada kehamilan pertama, saya adalah seorang yang sangat emosi. Daripada awal kehamilan, sehingga menjelang kelahiran anak, Muhammad Ashraf Hakim. Teringat bagaimana saya menangis dan mengadu kepada doktor gynea saya pada pertemuan pertama kerana geram dengan kerenah petugas di hospital yang seolah mempermainkan saya pada ketika itu gara-gara sukar mendapatkan GL. Dah la en asben tak de di sisi time tu, kena pula macam tu, memang geram la.

Kehamilan ke-2 pula, waktu tu kami duduk di Miri. Time ni en asben memang ada di sisi la sebab kami dok ikut dia keje kat sana. Tak sanggup kot duduk jauh-jauh, seberang laut plak tu. Kalo duduk jauh, jenuh pulak la nak jumpa, kena nak flight. Duit lagi...so better duduk sekali la kan...Kehamilan kali ni, dah kurang sikit emosinya, tapi jadi tak selera makan jela pulak. Yang lalu nak makan hanyalah Marrybrown je. So boleh kata tiap malam g makan Marrybrown kat e-mart tu. Lagi satu yang lalu makan, nasi lalapan. Tu je huhuhu....

Dalam 2 kehamilan ni, saya memang dok amik vitamin yang dibekalkan oleh klinik sahaja. Time ni memang tak kenal lagi Shaklee la...so bila doktor bagi vitamin, amik jela. Dok telan yang tujela, cuma bila dah hujung-hujung kehamilan yang pertama tu, adalah tambah makan pil susu kambing. Tu pun mak yang suruh sebab kata mak untuk elakkan baby kena jaundis. Dan memang alhamdulillah, Ashraf dulu tak kena jaundis...ada la sikit-sikit, standard la sebab hati baby baru nak suaikan diri, tapi tak de la sampai tahap kena warded atau jemur kat bawah lampu...

Time arshad pula, memang tak sempat la makan pape. Even air selusuh pun tak sempat ambil sebab terbersalin awal huhuhu...Hanya vitamin klinik sahaja la semata-mata. Arshad lahir premature at 26w akibat daripada infection ke atas placentanya.....entah apa la penyebabnya, sampai sekarang saya tak tahu sebab doktor sendiri pun tak tau. Kenapa saya bleeding dari kandungan umur 4 bulan pun hanya diketahui lepas bersalin. Ntah la....

Sekarang saya sedang mengandungkan anak ke-3. Saya suka juga sebenarnya mengandung ni....Terutamanya bila baby dah mula bergerak-gerak. Perasaan tu langsung tak boleh ditukar beli mahupun dirasai pada masa-masa lain. Suka tengok perut bergerak-gerak..Nak-nak pula baby tengah aktif ataupun lepas saya makan, memang berombak la perut akibat pergerakan baby ni...Subhanallah...Walaupun ada sakit-sakit, biasa la orang mengandung, tapi semua tu kan hanya sementara sahaja....

Tapi, kehamilan pertama dan ke-2 walaupun berbeza, tetap ada 1 persamaan, iaitu kerosakan pada kuku saya, ataupun lebih dikenali sebagai cekam. Baca denga lebih lanjut di sini. Memang huduh la kuku saya time tu. Tapi masa mengandungkan arshad, keadaannya lebih teruk berbanding masa mengandungkan ashraf. Walaupun time ashraf tu kena kat ibu jari kaki kanan, tapi tak lama lepas bersalin ianya sembuh (tu pun sebab saya buat minor operation untuk buang cekam tu). 

Cekam yang saya kena masa mengandungkan arshad pulak, amik masa dekat setahun lepas bersalin pun tak pulih juga. G klinik, mula ingat nak buat minor operation jugak, tapi doktor tak mau buat. Setakat bagi ubat je...Beberapa pakar juga la saya jumpa, sebab tak tahan tengok betapa huduhnya ibu jari tangan kiri saya time tu, belum kira lagi baunya yang busuk akibat nanah yang terkumpul kat bawah kuku tu, pun tak dapat selesaikan. Time tu memang agak terseksa la, dan down la sebab semua orang boleh nampak kuku saya tu. Kalo kat kaki, boleh juga la nak sorok esp bila keluar sebab pakai stokin, tapi ni kat tangan, camne nak tutup huhuhuhu

Berbanding sekarang, walaupun baby now dah masuk 28 minggu, alhamdulillah tak de lagi saya terkena serangan cekam ni. Semua kuku saya masih berada dalam keadaan yang elok dan cantik seperti biasa. Syukur sangat-sangat, dan harap ianya kekal sampai la saya bersalin nanti. 

shaklee untuk ibu mengandungApa yang berbezanya kehamilan kali ni dengan 2 kehamilan yang sebelum ini? Kali ni saya langsung tak ambil vitamin daripada klinik, sebaliknya saya mengambil set mengandung Shaklee sepenuhnya. Saya dah bagitau doktor gynea saya mengenai hal ini dan beliau tidak menghalangnya, malah setiap kali jumpa, baby berada dalam keadaan baik sahaja. Ujian kesihatan, ujian darah pun alhamdulillah semuanya baik dan elok. Sebab itulah beliau tidak pernah mendesak saya untuk mengambil vitamin klinik.

Vitamin Shaklee bukan sahaja membantu saya menjaga dan bayi daripada dalam, malah turut menjaga luaran saya. Jadi tidak hairan la kalo kuku saya dan kulit saya elok sahaja sepanjang kehamilan ini. Malah, ada sekali terdapat kesan di badan akibat pemakaian pakainan yang salah, tetapi alhamdulillah selepas konsisten mengamalkan Energizing Soy Protein Shaklee, parut tersebut semakin pudar dan elok seperti sedia kala. Yang lebih menariknya, setiap vitamin Shaklee yang saya ambil ni, akan meresap dengan sepenuhnya ke dalam badan dengan selamat tanpa sebarang bahan kimia, pewarna atau pengawet tiruan. Jadi, sememangnya ia sangat selamat untuk saya dan bayi. Secara tak langsung, saya telah mengurangkan risiko bayi terdedah kepada bahan kimia sejak dalam kandungan lagi.

Semoga adik baby akan terus membesar dengan sihat di dalam rahim mama. Jumaat ni kita jumpa lagi melalui scan ye. InshaAllah ayah pun akan turut serta sebab dah 2 kali appointment ayah tak join huhuhu....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

buat duit dengan shaklee

No comments:

Post a Comment