Wednesday 23 April 2014

Tak Pasal Je Kena Jadi Pekak dan Makan Katak Bila Join Shaklee

Seriuosly???? Betul ke ni????

Yaa...sangat sangat betul....Tapi bukan apply pada setiap yang join keahlian Shaklee ni, sebaliknya, hanyalah untuk mereka-mereka yang join Shaklee untuk berbusiness. Untuk yang join Shaklee dengan niat untuk mendapatkan manfaat pembelian pada harga ahli, yang tu tak perlulah jadi pekak dan tak perlulah makan katak ni. Tapi, kot satu hari terasa macam, "eh, best pulak tengok orang lain dok berbusiness Shaklee ni, macam masyuk je...aku pun nak buat jugak la", so bersedialah untuk jadi pekak dan makan katak jugak ye...

Eiikkk...nape katak? Geli boleh tak...Katak tu badannya dah la berselaput lendir, dok lompat sana, lompat sini pula tu, makan pulak lalat...Geli la...huhuhuhu...Ok, jangan dikutuk katak itu ye, sebab ia pun salah satu ciptaan Allah juga. Pasti ada sebab kenapa ianya dijadikan sebegitu, dan tidak la secantik kucing ke, burung merak ke, arnab ke dan sebagainya. Tapi saya bukan la nak kupas tentang katak tu ye...

Kenapa bila anda join Shaklee untuk berbusiness ni anda kena jadi pekak dan makan katak?

Mari lihat kupasan satu per satu mengenainya ye....

Isu 1 : Jadi Pekak

pekak
 Adalah lumrah, apa yang kita buat, tak semua orang suka, tak semua orang sokong, malah adakalanya, orang yang terapat dengan kita, contohnya suami, pun belum tentu akan sokong kita. Ini biasa terjadi..Ramai je isteri-isteri yang membuat business Shaklee ni, tak kiralah secara part time ataupun full time, yang tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari suami. Tak kurang juga yang dikutuk oleh suami sendiri pada awalnya kerana suami tida nampa potensi isteri dalam Shaklee ni. Tapi lama kelamaan, kebiasaannya suami akan menyokong, malah turut sama membantu isteri tadi.

Apabila orang disekeliling kita dok kutuk/caci/pandang kita semacam je bila tau kita buat Shaklee ni, maka di sinilah anda perlu memekakkan diri anda. Abaikan sahaja orang-orang yang negatif ini kerana, lama-kelamaan, mereka sendiri akan pandai untuk diam, terutama apabila melihat kita mula mengecap kejayaan dalam Shaklee. Silap-silap, mereka inilah yang nanti do mengendeng-ngendeng untu join anda.

Pekakan sahaja diri anda dari semua elemen yang negatif ini dan ambil lah pendekatan, "Ada Aku Kesah".....Tapi, perlu diingat, hanya dalam hal ini sahaja anda perlu jadi pekak, ye, dalam hal-hal lain, tak yah la jadi pekak..Jadilah manusia biasa yang normal ye...

Isu 2 : Makan Katak
makan katak
Dipetik dari buku, "Eat That Frog", berikut adalah huraiannya...

Katak : adalah simbolik kepada tugas terbesar dan paling penting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja untuk menyelesaikannya dengan segera.

Peraturan PERTAMA memakan katak:
➳ Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu.
☃ Sekiranya kita mempunyai dua tugas penting, mulakanlah dengan yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta merta. Siapkan tugas itu terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Peraturan KEDUA memakan katak:
➳ Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidup-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama.
☃ Selesaikan tugasan yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.

Begitulah dalam Shaklee. Setiap hari anda pasti mempunyai "To Do List", dan bukan semua yang dalam list tu adalah perkara yang anda suka nak buat. Tetapi anda tetap perlu melakukannya, kerana jika tidak dilakukan hari ini, anda tetap perlu membuatkan esok ataupun lusa ataupun tulat dan seterusnya. Jadi, makanlah katak (tugasan) yang paling anda tak nak makan itu as first thing of the day. Selepas itu, anda pasti akan lebih mudah untuk melakukan tugasan yang lain. 

Jadi, bersedialah untuk menjadi pekak dan makan katak setiap hari sekiranya anda betul-betul hendak berjaya dalam business Shaklee ini. Tiada rahsia yang specific yang diamalkan oleh mereka yang telah berjaya, hanya ini sahajalah dan kini ianya bukanlah satu rahsia lagi. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.....

Hubungi kami jika anda sudah bersedia untuk menjadi pekak dan juga bersedia untuk makan katak setiap hari...

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

keahlian shaklee
 

No comments:

Post a Comment