Thursday 11 December 2014

Dan Orangnya Adalah.....

December 11, 2014
Ingat tak saya pernah luahkan tentang mata kiri yang berkelip-kelip for almot sebulan hari tu....Takpe, boleh baca balik kalo tak ingat ataupun aje nak refresh...

Dan ternyata memang betul pun firasat yang saya baca tu (idak la percaya sangat, tapi kebetulan sama...percaya 100% kang katanya kurafat plak 0_0" ). Tajul Muluk (jangan tanya sape tajul muluk ni, sebab saya pun tak tau, cuma nama ni biasa dikaitan dengan tafsir2 ni...kuikuikui ) kata, mata kiri yang berkelip-kelip tu adalah sebab nak jumpa orang yang dah lamaaaaaaaaaaaaaaa tak jumpa...Kasi banyak sikit A tu sebab memang dah lama pun tak jumpa.

Al-kisah, lepas sebulan lebh terkelip-kelip mata, tiba-tiba sedang lepak-lepak d rumah bersama anak-anak lepas siap kemas beg yang dihangkut bertravel seminggu, dapat kol dari nombor yang tak dikenali. Angkat dan jawab, rupanya...Abang Zaki..(suami kepada member lama yang dah lama tak jumpa...Azliza..). Diorang ada kat kemaman rupanya, ada program. Ok, meh la datang umah sebab dari kemaman nanti diorang nak naik ke dungun plak.

Janji punya janji, sampai harinya, memasak la macam-macam. Yelah, orang nak datang kan...Masak-masak, tepon masa tu tinggal kat bilik kat atas sebab charge. Letak tepon tu sebelah en asben yang tengah tido, dengan harapan dia akan dengar dan angkat. Rupanya dia tido mati... T_T...Dan akibatnya, tak dengar la bila diorang tu sampai umah. Bila rasa macam, "eh, patutnya dah sampai ni, kenapa tak nampak bayang pun lagi", terus mintak tolong blong g amik tepon kat atas. Rupanya....diorang dan sampai dan dah bergerak ke Dungun dah pun sebab panggil-panggil dan bagi salam tak de orang jawab...Wuarghhhhh.... T_T... Sedey....

Time ni, mata kiri tu memang tak stop lagi berkelip-kelip....

Ingat dah tak de rezeki jumpa diorang...Tapi...alhamdulillah 2 hari lepas tu, diorang singgah jugak sebab nak balik KL dah. Dapat la jumpa sembang-sembang walaupun tak lama sebab diorang rush nak balik KL. Jadilah..Cuma tak de la masak pape sebab tak dibagitau awal huhuhu...Hidang kek jelah..Jadilah...

Lepas diorang dah balik tu, tiba-tiba perasan.."Eh, mata kiri ni dah tak berkelip la..." Terus rasa..."Hokey, diorang ni la yang dirindui dan nak jumpa rupanya..."

Abang Zaki & Azliza Abdul Majid.....Nanti datang lagi ye...Jangan lupa ketuk pintu rumah tau bila dah sampai... 

*gambar tak de sebab tak ready & cepat sangat orang tu nak balik*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...
 
dbuat duit dengan shaklee
 

Wednesday 10 December 2014

Vitamin Tiada Kalori, Bagaimana Boleh Bantu Naik Berat Badan

December 10, 2014
Hahaha...Panjang pulak tajuk entry ni...Tak kisah la, janji maksudnya sampai hihihi....

Dalam entry lepas, saya share tentang set Naik Berat Badan kan...Tapi, bila baca balik, belek-belek bekas dan botol vitamin, tak de plak tulis berapa kalori yang terkandung dalam setiap pil/kapsul/minuman dari vitamin Shaklee ni, sedangkan, kalori sangat penting dalam proses menaikkan berat badan ini.

Jadi camne? Adakah satu propa sahaja apabila dikatakan vitamin mampu menaikkan berat badan?

TIDAK....

Chopp...Nak share 1 video dulu sebelum tu...Video testimoni tentang Naik Berat Badan ni ye...



 Jadi, bagaimana sebenarnya vitamin-vitamin Shaklee ni membantu menaikkan berat badan?

✿ B complex TIDAK mengandungi sebarang stimulant @ bahan pencetus selera
✿ Oleh itu, B Complex membantu menaikkan selera makan secara semulajadi dengan....
     ✎ menyelesaikan punca kenapa selera makan itu hilang, dan antaranya :
          1- masalah EMOSI seperti BOSAN, TERTEKAN, SERABUT, GABRA, MEMENDAM 
               PERASAAN, TAK FOKUS dan sebagainya
          2- kesan dr pengambilan ubat
          3- bakteria & virus misalnya hidung berhingus
          4- badan terlalu lesu
          5- sakit kronik (mungkin belum disedari), dan sebagainya
     ✎ Kita ambil contoh yang kurang selera makan kerana masalah EMOSI. Masalah emosi ni selalunya ia tak nampak. Nampak macam OK tp kat dalam rupanya memendam rasa.
     ✎ B Complex ni salah satu fungsi dia menghasilkan ketenangan. Apabila kita merasa tenang, emosi jadi lebih stabil. Selera makan pun kembali. Nak pulak kalau kurang minum air, lagila asyik terasa nak makan je.
✿ Meal Shakes bukan 'ubat suruh gemuk dan berselera'. Vitamin ni keperluan badan kita, bukan amik masa perlu saja. Tapi tubuh kita ni bijak. Dia tahu kalau dia ada kekurangan zat, jadi dia bagi hint. Paling mudah, bila kita rasa haus, maknanya badan perlu air. Kadang-kadang rasa teringin makan coklat, sebab badan kurang potassium.
✿ Sebab itu bila kanak-kanak ambil Mealshakes, mereka akan terasa nak makan je sebab kanak-kanak ni kan aktif, berlari sana, bermain sini, jadi badan mereka memerlukan banyak tenaga dan zat-zat yang secukupnya yang mana semua tu boleh didapati daripada makanan seharian mereka.
✿ Mana-mana zat yang tak cukup, Mealshakes akan bantu top-upkan

Oleh itu genapkan keperluan vitamin kita, utk elakkan kita teringin nk makan benda bukan-bukan yg high kalori, yang end up akan memudaratkan diri kita. Takmau la berat naik seperti yang diidamkan, tapi kena macam-macam penyakit plak kan....O_O

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
buat duit shaklee


Tuesday 9 December 2014

Naikkan Berat Badan Secara Selamat Dengan Shaklee

December 09, 2014
 Di dunia ni, ada macam-macam jenis saiz manusia. Ada yang gemuk, ada yang kurus, ada yang sedang-sedang je saiz badannya, dan macam-macam lagi. Yang gemuk, nak jadi kurus...Yang kurus pulak, berusaha nak gemuk. Semuanya gara-gara nak kelihatan cantik dan dalam masa yang sama nak rasa sihat.

Hari ni nak share mengenai pemakanan untuk mereka yang kekurangan berat badan. Artikel ni diambil dari facebook KKM dan disediakan oleh Noor Safiza bt. Mohd Nordin

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan? Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) mengikut umur (BMI -untuk-umur) anda berada di bawah garis 5 persentil. Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia") atau masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid).

Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan. Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh ditingkatkan dengan :
    naik berat badan shaklee
  1. Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.
  2. Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  3. Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam ("supper").
  4. Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.
  5. Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi. Makan makanan yang sihat dan seimbang.
  6. Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
  7. Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
  8. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik jika anda ingin mengambil diet tinggi protein atau makanan tambahan ("supplements") untuk meningkatkan berat badan anda.
jadual makan shaklee
sekiranya anda ingin mengambil supplemen bagi menaikkan berat badan, boleh dapatkan set Naik Berat Badan Shaklee. Terdiri daripada Vitalea, B complex & Mealshakes. Sangat mudah, dan terbukti telah membantu ramai menaikkan berat badan dengan berkesan dan selamat. Malah ianya juga tidak mempunyai kesan sampingan sekiranya anda telah mencapai berat yang diinginkan.

berat badan naik shaklee

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

duit shaklee


Monday 8 December 2014

Business Shaklee Ni Sangat Susah...Lupakan Sahaja...

December 08, 2014
Shaklee....Satu fenomena yang terbaru di Malaysia. Bukanlah satu produk yang baru, sebaliknya dah wujud dekat 50tahun dah, even kat Malaysia ni pun dah lama ianya bertapak...Malah lebih lama dari umur kita sendiri....Cuma tenggelam timbul jela...

Bila dah jadi satu fenomena, ramai lah dan berpusu-pusu la orang join. Ada yang join sebab nak makan sendiri, ada yang sebab nak business, ada yang sebab nak dapat harga murah dan macam-macam lagi lah. 

Kepada yang nak berbusiness tu, saya ada pesanan nak sampaikan. Direct dari upline saya yang dah memang berjaya tahap millionaire, tapi sangat down to earth dan tak jemu-jemu memberi panduan kepada downline agar sama-sama berjaya macam beliau. 

Dinasihatkan anda faham kan betul-betul tentang Shaklee ni sebelum anda berbusiness supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Inilah 5 sebab kenapa business Shaklee ni sangat SUSAH....
  1. Modal rendah, jadi SUSAH nak rasa terdesak untuk balik modal.
  2. SUSAH nak buat kerja-kerja bisnes di rumah, kerana sibuk dengan hal-hal rumahtangga dan anak-anak. Bisnes Shaklee pula tak perlu berkedai, kalau ada kedai senang sikit sebab boleh lari dari hal-hal di rumah.
  3. Tak ada orang yang nak audit, check akaun, minta gaji dan sebagainya. Jadi, SUSAH nak beri komitmen kepada diri sendiri bila tak ada orang yang menyebabkan kita terdesak kena bayar dan beri komitmen.
  4. Tak perlu bayar sewa premis, tak perlu keluar berpanas berjam-jam, mahupun tak perlu nak buat presentation di kafe... tiada keperluan menyebabkan bisnes Shaklee jadi SUSAH kerana tak ada sistem yang mewajibkan kita berurusan secara terus dengan orang lain.
  5. Kena rajin share di internet saja, SUSAH sebab tak payah jumpa dan bersemuka dengan orang, memujuk secara terus. Di internet cuma perlu buka komputer atau handphone, SUSAH bila komunikasi boleh dibuat di mana-mana tanpa bersemuka.
Jadi, melainkan anda rasa 5 point yang kat atas tu sebenarnya SENANG, maka boleh la anda join dan teruskan busines Shaklee ni. Jika sebaliknya, lupakan sahajala....Jangan membuang masa anda...

# jadikan setiap perkara yang susah itu sebagai cabaran, dan inshaAllah ianya akan menjadi suatu yang manis di hujung nanti....#

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

buat duit dengan shaklee

Wednesday 3 December 2014

Susu Formula Itu Adalah Makanan Tambahan

December 03, 2014
Kita sering dimomokkan denngan pengambilan susu untuk membesar. Dalam iklan-iklan kat tv tu, kalo tengok, semuanya dok promote ibu-ibu supaya beri anak-anak minum susu dari kecil sampai la diorang besar. Katanya, dengan minum susu, anak-anak akan mendapat bekalan kalsium yang secukupnya. Malah boleh dapat macam-macam lagi khasiat lain sebab susu formula zaman sekarang dah diperkaya dengan macam-macam nutrisi dan bukanlah kalsium semata-mata.

Tapi....

Sedarkah anda bahawa susu formula itu sebenarnya adalah satu daripada makanan tambahan yang ada di dunia ini. Kenapa saya cakap begitu? Jawapannya mudah sahaja....

Cuba anda tonton 1 iklan susu kat tv tu. Tak kisahla jenama apa. Biasanya jalan cerita dalam iklan tu mesti ada ciri-ciri ni :
  1. anak susah nak makan
  2. anak memilih makan
  3. anak terlalu aktif bermain sampai mengabaikan waktu makan
  4. mak kerisauan sebab anak kurang nutrisi
  5. bagi anak minum susu >>> selesai semua masalah di atas
  6. susu tersebut mempunyai pelbagai nutrisi yang diperlukan dalam piramid makanan
Betul tak? Secara tidak langsung, iklan tersebut menanam dalam diri ibubapa bahawa jika anak tak cukup nutrisi, food picker, kurang berat badan, sembelit dan sebagainya, mesti beri minum susu formula kerana susu formula akan dapat membantu menyelesaikan semua masalah ini. So nampak tak di sini bagaimana ibubapa disogok dengan memberi makanan tambahan ini kepada anak-anak tanpa disedari.

Sebetulnya, kanak-kanak perlu mendapatkan khasiat yang sebenarnya dari pemakanan mereka, dan bukanlah dari susu formula semata-mata. Jadi, sekiranya anak anda tidak minum susu, atau tidak gemarkan susu, atau anda rasa mahalnya la nak beri susu formula yang mana harganya makin hari makin naik, anda sebenarnya tidak perlu risau. Hanya pastikan anak anda makan dengan secukupnya mengikut keperluan khasiat yang selari dengan tumbesaran mereka sahaja. 

Ingat!!!!

Susu formula hanyalah makanan tambahan sahaja, dan bukanlah satu keperluan. Jadi jangan lah terlalu bergantung kepada susu formula semata-mata. Berikan anak anda makanan yang berkhasiat secukupnya kerana itu adalah yang terbaik untuk mereka.

Saya memilih untuk memberi makanan tambahan yang semulajadi kepada anak-anak saya melalui produk shaklee iaitu Mealshakes & Vitamin C Chewable, malah, mereka turut diberi pelbagai jenis makanan yang bersesuaian agar mereka mendapat khasiat yang diperlukan secara terus dari makanan mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
buat duit dengan shaklee
 

Monday 1 December 2014

Program Cuti Sekolah Lagi....Tapi Dah Lepas...

December 01, 2014
Lagi tentang program cuti sekolah...

Tapi ni cerita bulan Jun ari tu la...Baru berkesempatan nak citer...But then, still tak terlambat nak citer sebab ada kesinambungan dari program tu yang hanya berlaku pada hujung tahun ni...Cantik btul aturanNya...

Cuti 2 minggu, spend kat Kertih je sebab ayah keje n mama plak dah sarat waktu tu pregnantkan bb anas (kenali bb anas di sini...). Takkan termenung je kat rumah kot kan...Maka bila teacher playgroup bngah (pe benda playgroup tu...), cakap diorang ada organize 1 program untuk kanak-kanak, trus mama ni bagitau ayah n trus registerkan nama blong. Program namanya : Little Chef & Origami kalo tak silap... Sebelum tu tanya dulu blong dia minat ke tak nak join, bila dia ok then baru proceed...Tak mau la paksa-paksa, rugi je nanti...

Tiba harinya...Bersiap la blong n bngah di awal pagi...Siap-siap breakfast dengan milo campur mealshakes shaklee dan 2 biji vitamin c chewable serta roti bakar feveret dia...Plan asal, mama hantar je blong, then mama balikla dengan bngah. Sekali blong buat plak perangai tak-bagi-mama-balik...Maka stay la mama disitu bersama bngah. Tapi ada hikmahnya...Ianya dapatla mama jadi sukarelawan kat situ memandangkan diorang pun tak cukup orang (tapi untuk meja blong jela hihihi)

So memasak la blong (barang-barang dah siap disediakan, tinggal nak gaul n buat je) dan berorigami la buat beberapa benda...Bngah pun tak menang tangan, sibuk nak join jugak hukhuk....

wahm shaklee
riang sebelum klas start
wahm shaklee
belek-belek manual yang bakal dibelajar nnt
wahm shaklee
masak : gaul2 je bahan-bahan macaroni tu
 Half day spend masa teman blong, balik semua pengsan kepenatan...Dan lepas klas tu, blong trus macam minat tentang masak-masak ni. Bila mama masak, mula la dia nak tengok...dan rajin juga tolong mama kat dapur lepas tu...

Nak jadi cerita, sekali..Untuk persembahan kelas tadika dia sempena ihtifal hari tu, cikgu kelas blong datang jumpa mama minta kebenaran blong jadi ketua chef dalam persembahan klas ganti tempat kawannya yang tetiba tak mau plak...Blong pun excited je...Dah la minat nak jadi chef...suka pulak tu buat muffin..n dah hafal lagu Muffin Man dari kecik, so memang jalan trus la....2 minggu je practice, alhamdulillah lancar je semuanya, dah to suprise mama dan ayah..blong langsung tak gugup buat persembahan kat depan orang ramai...Alhamdulillah....
persembahan ihtifal tadika an nur kertih
ketua chef...lelaki sensorang...
Terus lepas tu bila tanya cita-cita...jawabnya dengan penuh confident..."Saya nak jadi chef"...tak kisah la...janji belajar btul-btul dulu sekarang ni ye nak....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

jutawan shaklee



Cuti Sekolah Kembali Lagi....

December 01, 2014
Cuti sekolah kembali lagi....

Apakah perancangan yang telah anda buat untuk anak-anak anda?

Bagi kami, memandangkan ini cuti sekolah yang terakhir sebelum blong masuk ke alam persekolahan yang sebenar, maka kami plan nak bawa dia berjalan-jalan. Tapi, dalam pada itu, kami tetap masukkan juga dia ke dalam beberapa program yang bermanfaat...

Seminggu yang lepas, blong dah selamat attend kem solat di Masjid Tengku Mizan, Kertih selama 5 hari. Mulanya, risau juga kot dia tak mau join (atau tak dibenarkan join), memandangkan program tu sebenarnya dibuka untuk umur 7-17tahun (blong 6 tahun). Alhamdulillah dia sangat seronok sepanjang program tu. Malah setiap hari bangun dengan penuh semangat sebab nak pergi.

school holiday activityMinggu ni pulak, tak de join apa-apa...Cuma ikut ayahnya ke kl..Lepak kat hotel, then trus balik rumah atuk sebab sabtu nanti maude nak bertunang (inshaAllah...). Pastu trus stay rumah atuk sampai khamis sebab nak masukkan blong kat satu program ni (actually still berbelah bagi sebab program ni 3-full day program & campur umur dari 6-12 tahun)...

Lepas tu balik kertih, then ikut ayah g training kat Gebeng....Then barulah sampai masa untuk percutian yang sebenar....Seminggu ayah dah amik cuti untuk bawa blong, bngah n anas bercuti...Tapi tak pergi tempat yang blong nak sebab keadaan cuaca yang tak menentu...InshaAllah, kali ni bawa pergi indoor je...Next time kalo ada rezeki baru g yang outdoor....

Kemanakah detinasinya itu....

Jeng..jeng...jeng....

Nantikan update dalam entry di minggu tersebut....

Till then....

*pastikan anak-anak anda kekal sihat sepanjang cuti sekolah ini supaya setiap hari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.....*

##rahsia anak-anak saya kekal sihat >>>> MEALSHAKES & VITAMIN C##

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut...

income shaklee business