Monday 19 January 2015

Resepi Ayam Goreng Pandan

Assalamualaikum....

Hari ni nak kongsi satu resepi...Resepi ayam goreng je, tapi kita buat kelainan sikit dengan membalut ayam yang dengan daun pandan sebelum digoreng. 1st time jumpa ayam goreng balut daun pandan ni masa pergi makan kat satu restoran kat bangi ni, lupa nama nya...Sedapnya boleh tahan, tapi agak mahal...So daripada buang duit beli, baik kita buat sendirikan...Puas hati...

Cara dan resepinyanya mudah je...Meh follow ye..

Bahan-bahan
  1. Ayam yang dipotong kecil beberapa ketul
  2. Daun pandan dalam 15 helai
  3. Sos tiram
  4. Garam
  5. Kunyit serbuk
  6. Rempah stik
  7. Pencungkil gigi yang bersih (belum digunakan lagi)
  8. Minyak masak
Cara-caranya
  1. Basuh bersih-bersih ayam yang dipotong kecil-kecil. Ikut korang la nak buat berapa ketul kan. Semalam saya buat dalam 12 ketul je sebab target sekali makan je masa lunch (3 dewasa,
  2. Gaul ayam tu tadi dengan bahan-bahan yang paling basic iaitu gula dan kunyit serbuk. Untuk membuatkan ayam goreng tadi lebih sedap, tambahkan sos tiram dan rempah stik secuku rasa...
  3. Mula lah membalut ayam tadi seketul demi seketul dengan daun panda. Kalo boleh, balut sampai cover habis ketulan ayam tu tadi. Kemudian, cucukkan pencungkil gigi pada hujung daun pandan tu supaya tak terbukak.
  4. Siap semua, bila minyak dah betul-betul panas, mulakan lah menggoreng. Goreng menggunakan api sederhana supaya ayam tu masak dengan betul di dalamnya.
  5. Hidang ketika panas bersama nasik panas. Memang superb.....
Makan bertambah-tambah la en asben tengahari semalam...Puas hati tengok dan rasa tak sia-sia bersusah payah membalut ayam tu. Oh ya..masa goreng ayam tu juga, jangan lupa nikmati bau daun pandan bersulam bau rempah ayam goreng yang sangat enak itu ye. Konpem wangi dapur anda hihihi....

*Gambar ayam yang dah digoreng tak de, tak semat nak snap dah terussss dngap..Layankan ajelah gambar ayam yang telah dibalut ni ye.....Selamat mencuba....*

ayam goreng balut daun pandan
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....

pendapatan sampingan
 

No comments:

Post a Comment