Thursday 12 February 2015

Pengalaman Pertama Ke Tadika Khalifah Cerdik Kerteh

3 tahun dok ikut mama ulang alik amik blong skul (sebut : tadika). Adakalanya kena tinggal sebab tido tak hingat dunia masa mama nak g amik blong. Nasib skul blong dekat je dengan rumah, 5 minit je, so bila mama balik dia still tdo dengan lenanya (dilarang melakukan aksi ini ye hihihi). Memang hati dah melonjak-lonjak la nak ke tadika. Tahun lepas dapat la join playgroup, so dah terbukak la sikit minda tentang konsep tadika ni. Tapi playgroup ni mama ada sama-sama, dan 2 jam je seminggu, so still tak sama jugala.

Masuk 2015, akhirnya, sampai la masa untuk bngah berskul. Memang excited giler la. Tengok pulak unifrom cantik, siap ada butterfly lagi (recycle je uniform blong, cuma anta alter untuk kecikkan memandangkan bngan ni bersaiz mini berbanding blong)...Ada kopiah bagai, memang sukalah...

1st day skul, g dengan mama n bb anas je sebab ayah kena hantar dan tengok blong orentasi di Sekolah Al-Amin tu (blong masuk darjah 1). Bangun pagi tu memang excited jela, siap pakai baju, pakai bag pack, breakfast semua. G sekolah pun ok lagi, mama dok usha la. Nampak ok, selamba je dok main mainan. So ingat okla kan. Alih-alih, bila sampai masa parents dah kena kluar, sebab tadika nak start dah, maka bermula la pesta tangisan...

Memang macam pesta. Lepas sorang, sorang nangis. Tu belum kira yang dok panjat grill, yang dok tendang banting kat pintu grill, yang sendal grill guna tangan n kaki sebab tak mau bagi teacher tutup. Fuhhhh...Macam-macam....Bngah pun tadi yang macam cool je, tetiba join sama nangis. Mama ni dok la usha dari luar, mula nampak ok. Bila tengok budak lain nangis, dia tutup telinga dengan tangan. Tapi tak lama lepas tu, dia pun nangis sama hahaha....

Mama ni usha kejap, pastu balik la...Tunggu pukul 11.30 plak g amik dia. Time balik je, happy giler la nampak mama. 1st day, dapat juga la main playground mini kat situ. Then masuk 2nd day smpai habis seminggu, tak main dah sebab rmai budak lain. Bngah ni plak tak reti la nak berebut main dengan orang sebab dah ditrain dari kecil tak boleh rampas-rampas barang mainan.

Habis seminggu orientasi, yang mana tiap-tiap pagi memang menangis, masuk minggu ke-2, pindah ke rumah skul yang baru. Time minggu orientasi tu, semua kanak-kanak diletak dalam 1 rumah je. So ramai la kan. Tapi sebenarnya, untuk 4 tahun, pihak pengurusan dah sediakan rumah lain untuk diorang, tak campur tahun 5 & 6. Sembang-sembang dengan en asben, dia predict bngah akan menangis kat skul for a month....

Tapi, rupanya, adaptability bngah agak tinggi. Masuk minggu ke-2 ni, takde dah nangis. Pasrah je g skul. Maybe juga sebab dia tengok rumah yang baru tu, lebih ceria, lebin terang dan budak-budak lain lebih kurang besar dia je kot. So okla...Memang happy je skul....Habis skul pun, dengan happynya main mainan kat luar kelas dengan kawan-kawan. Mulut pulak potpetpotpet bila nampak mama, macam-macam cerita kluar hihihi...Tapi kalo lalu depan rumah tadika yang mula-mula tu, mesti bngah akan cakap gini, " Skul tu bngah tak nak, skul tu bngah nangis" hihihi...(padahal selang 1 pintu je antara rumah-rumah tu kuikuikui).

Mama doakan bngah akan terus gembira di tadika Khalifah Cerdik dan dapat menimba ilmu sebanyaknya di situ. Bermain dengan kawan-kawan sebaiknya dan mengenal dunia luar. InshaAllah, bngah pasti akan berjaya dunia dan akhirat. Bak tema program Little Caliph..." Read and solat at age 4 with Little Caliph"...Amin....

pengalaman ke tadika di kerteh

pengalaman ke tadika di kerteh

pengalaman ke tadika di kerteh
pengalaman ke tadika di kerteh

*********************************************

Bekalkan anak anda dengan khasiat secukupnya sebelum mereka ke sekolah atau tadika supaya mereka dapat belajar dengan penuh bersemangat dan aktif. Malah, imun sistem mereka juga dapat dipertingkatkan, jadi dapatlah mereka pergi ke tadika ataupun sekolah dengan sihatnya dan terlindung dari sebarang bakteria mahupun kuman. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut...
contact agen shaklee kemasik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup? Apa kata anda sertai kami untuk menjana pendapatan secara sambilan, tanpa modal yang besar. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut....
 
agen shaklee kemasik

No comments:

Post a Comment