Tuesday 15 March 2016

Yang Pertama Tidak Selamanya Terbaik

March 15, 2016
Assalamualaikum semua...

Beberapa hari tak update blog, gara-gara sibuk menyiapkan rumah baru. En asben amik cuti semata nak buat keje-keja mendrill dinding, so sebagai isteri yang taat (chewahhhh...) haruslah sentiasa di sisinya membantu. Paling tak tolong hulur barang time dia kat atas tangga hihihi....

Sambil tu, saya pun dok mengecat bilik anak bujang dan bilik solat. Asalnya bilik-bilik ni dah suruh pemaju catkan, tapi tak puas hati sangat dengan hasilnya, so redo balik la. Lebih kemas dan lebih puas hati kan...Tapi memandangkan kami ada anak kecil yang aktif lagi lasak, maka terpaksalah keja mengecat ni dilakukan masa dia tengah tidur. Jadilah kami 'burung hantu' yang mengecat bilik ditengah malam (hasilnya nanti saya update, lupa je nak amik gambar).

Siap mengecat dan drill tempat-tempat untuk gantung railing langsir, jam, rak dan sebagainya, masa untuk mencuci rumah pulak. Ni kali ke-2 sebenarnya kami cuci, tapi still kotor lagi. Plannya wiken ni, lepas betul-betul settle semua keje repair (by pemaju), dan sebelum kitchen kabinet dipasang, nak cuci satu round lagi (nasib air masih free).

Berbalik kepada tajuk, lately macam terkena pada diri sendiri. Biasa kita nak kan sesuatu, dan ada beberapa pilihan, kita mesti cenderung lebih pada pilihan yang pertama kan. Fikiran tu macam melekat kat pilihan pertama...Kalo tak dapat tu, memang terbayang-bayang la (ni saya la, orang lain maybe tak kot hihihi).....

Tapi bila kita apply konsep redha dalam kehidupan seharian kita, andai kata pilihan pertama terlepas, terkilan tu tak terasa sangat. Hati tenang je untuk beralih ke pilihan kedua dan seterusnya. Adakalanya, pilihan kedua @ yang seterusnya ni tak la teruk sangat, malah adakalanya lebih baik. Cuma kita sendiri je yang menghadkan diri sendiri untuk open kepada yang lain. 

agen shaklee kemasik
Satu contoh yang mudah, ialah dah terbiasa beli sabun basuh jenama TOP kaler merah. Bertahun-tahun guna, tak pernah beli yang lain. Satu hari, sabun tu tak ada stok langsung, so terpaksa beli kaler biru. Lepas try, rupanya yang kaler biru lebih wangi dan lebih best dari yang merah. Haaa...kan dah terkena....Terlampau menghadkan diri sendiri, kan dah rugi...(nak lagi best, try guna sabun Fresh Laundry Concentrate Shaklee, memang superb, gabung plak dengan Soft Fabric Concentrate, memang tak pilihan sabun lain dah...CONFIRM).

Banyak lagi contoh-contoh macam ni dalam kehidupan seharian kita. Jadi, it's time to change. Berubah la, jangan terlampau stick pada satu pilihan sahaja, dan cuba-cuba la jadi lebih open minded. Enjoy the life to the fullest, explore the world and try all the options that you have, as long tak masih dalam garis panduan agama dan adat la ye...Jangan hover plak ye.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to contact me...

agen shaklee kerteh


Friday 4 March 2016

Anas Dan Kamera

March 04, 2016
Assalamualaikum semua.....

Budak-budak sekarang ni memang sangat terdedah dengan teknologi kan...Teknologi tu maksudnya bukan hanya refer pada laptop @ tablet sahaja, tapi juga pada handphone.

Baby anas (yang sekarang dah bukan level baby dah la sebab dah almost 2yo hihihi), pun dah pandai guna handphone. Takat call, hantar whatsapp gambar, main game dan bukak youtube, tu memang dah pandai sangat. Kadang sampai kita nak guna pun kena berebut dengan dia. Tu belum kira bila kita nak berwhatsapp, dia pun nak join juga. Kalo jawab @ buat call, memang kena lari jauh-jauh dari dia, kalo tak, dia jea yang konker huhuhu...

Selain tu, benda dia paling suka buat ialah >>>>> selfie (idak la selfie sgt pun, just pusingkan kamera hadap dia, then mama snapkan)....Terasa seronok bila dapat tengok muka sendiri kot. Pastu mula la buat macam-macam memek muka hihihi
Mama sendiri pun jarang selfie....

Kids ni kan hati bersih, bila selfie tu dia fokus pada gembira tengok muka sendiri je, tak payah nak fikir muka comot ke tak, rambut elok ke tak, apa agak2 orang fikir kalo dia muka gitu...takde takde...hati suci murni....Lain plak orang dewasa, semua benda nak difikirkan, last-last sendiri rugi sebab tak dapat nak enjoy hidup ni to the fullest sebab terlampau memikirkan apa orang nak kata....

Saje nak share gambar-gambar selfie anas...Nanti bila dia dah besar, boleh tengok semula.....

agen shaklee kemasikagen shaklee kemasikagen shaklee kemasik
agen shaklee kemasik
agen shaklee kemasik



Muhammad Anas Hakim bin Mohd Zaha Mira Hisham...

1y 8months...





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to contact me..
agen shaklee kertih

Thursday 3 March 2016

Kitchen Cabinet (Kabinet Dapur) Pulak...

March 03, 2016
Assalamualaikum semua....

Rasanya selain renovation, kitchen cabinet adalah perkara kedua yang agak memeningkan kepala dan menelan belanja yang besar untuk sebuah rumah baru....Betul tak??? Siapa tak setuju??? Sila jangan angkat tangan ye hihihi

Kalo nak dibandingkan dengan area kertih, kemasik ni, tak banyak pilihan untuk kitchen kabinet. Kalo ada pun, pada saya agak mahal, reason >>> mostly outsorce. Maksudnya, kedai tu tak ada kilang sendiri, sebaliknya outsource dari kedai lain yang kemudian amik dari supplier. So bila jadi gini, antara masalahnya :

1- agak mahal
2- tak de banyak pilihan
3- susah nak customized ikut permintaan kita sebab diorang kena cek dengan banyak pihak & diorang pun tak de pilihan

Disebabkan itu, akhirnya kami decide nak buat dengan kedai kitchen yang kat Kuantan. Agak established jugakla, yang penting kedai ni tak outsource dan boleh ikut permintaan kami. Malah ada banyak pilihan disediakan. Benda yang paling penting masa nak pilih material ialah, boleh tahan banjir tak material yang diorang boleh provide. Memang kawasan rumah kami tu selama ni tak pernah lagi banjir, tapi in future tak de siapa yang tau. So tak mau la spend beribu-ribu, tetiba (nauzubillah) berlaku bencana tu, kena spend lagi beribu. Sayang la duit kan....Bukan senang nak dapat, kena pulak time-time gawat ni kannnn.....

So kedai pilihan kami iaah, A Craft Kitchen Cabinet. Terletak di tingkat 1, Kuantan Parade. Ada 1 lagi branch kat Indera Mahkota. Yang Indera Mahkota ni lebih besar dari yang kat Kuantan Parade ni, dan lebih banyak barang. 

Selepas 3 kali kunjungan dan consultation yang tiap kali makan masa tak kurang 2 jam (owh terasa fussynya daku hihihi), akhirnya kami berjaya finalized kitchen cabinet kami pada harga yang dah puas tawar dan mampu la. Tapi time tu harga tak final sebab nanti diorang akan datang ukur pulak. In case ada beza dari segi ukuran, maka harga pun berbeza sikit (tapi tak banyak la)...

agen shaklee kemasik
ilustrasi kabinet kami
So inilah rupa kitchen kabinet kami secara ilustrasinya.....Yang actual, inshaAllah hari isnin ni baru pasang (tak sabar gilossss..super excited hihihi). Tapi tak siap trus....lepas pasang, pospone seminggu pulak, tgu granite diukur. Then baru pasang granite pulak, then siapppppp.... 

agen shaklee kemasik
address & phone no
Pilih kaler hitam putih je, senang nak matchingkan dengan lantai dapur. Plus senang nak monitor kotor ke tak, memandangkan dapur ni kan tempat masak, senang kotor. Sayang la kalo comot kan...hihihi....

Ni details address kedai tu. Nama dalam kad ni nama tukangnya, tapi boleh kot korang deal dengan dia. Kitorg deal dengan Ms Elyse kat branch Kuantan Parade tu. Sangat helpful dan sabar melayan kami hihihi...Agak-agak kalo korang nak buat kitchen cabinet dengan A Craft ni, sila la jumpa Ms Elyse ni ye (dan juga lupa mention nama saya ye kuikuikui)....

Siap kabinet nanti, saya update ye...

Saje nak share kegembiraan saya dengan korang (1st time ni sebab apartment yang kami beli kat kajang tu dapat free kitchen cabinet).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to contact me...
agen shaklee kertih

Wednesday 2 March 2016

Hunting Grill di Kawasan Kertih & Kemasik

March 02, 2016
Assalamualaikum semua.....

Ni nak cerita pula tentang grill....

Basically grill ni tak susah nak cari. Ada few pilihan juga kat kawasan kertih, kemasik dan kijal ni. Tinggal nak banding harga, kualiti kerja, attitude peniaga dan timing je. Kalo semua ni ok, jalan je hihihi...

Grill ni kami tak survey sangat sebenarnya, sebab ada member yang rajin g survey, so kami pilih dan trus g kdai tu. Ada 2 kedai pilihan kami pada asalnya, satu kat kertih dan satu lagi kat meraga beris ni. Tapi lepas deal dengan both kedai ni, kami decide nak buat dengan kedai yang kat meraga beris ni. 

Reasons....

1- attitude owner : senang nak deal, tak sombong, bagi kebebasan pada kita untuk pilih dan tolong suggest mana yang baik, senang dibawa berbincang, tak berkira sangat

2- harga : murah, negotiable, tak berkira sangat bila kita nak tambah sikit-sikit @ tukar kaler ikut yang kita nak, dapat free ampaian baju hihihi

3- kualiti : baik, tunjuk dan jelaskan apa jenis besi yang digunakan memandangkan kami tak opt tuk guna wrought iron

4- timing : boleh deliver pada waktu yang kami nak

agen shaklee kemasik
grill sliding door kami
Oh ya, bagi yang nak buat grill, dinasihatkan jangan lupa untuk membuat juga safety exit pada mana-mana grill tingkap ye. Just in case berlaku apa-apa kecemasan, tidak la anda terperangkap di dalam rumah, nauzubillah.... (emergency exit ni jika tak silap turut disarankan oleh pihak bomba juga, demi keselamatan kita semua).

So pada yang berminat nak buat grill area kemasik/kertih/kijal, boleh la contact Encik Suffian ni....

agen shaklee kemasik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to contact me...
agen shaklee kertih



Finally....Klingggg Klingg (bunyi kunci)...

March 02, 2016
Sambungan......

Assalamualaikum semua...

Sambung ye pasal latest news saya...

Tengah-tengah duduk baca whatsapp dalam group, tiba-tiba satu group whatsapp ni gempar.....Kecoh la (dah la dalam tu pompuan je, so faham a ye kekecohannya)..

Rupanya....

Person-in-charge dari pemaju call suruh datang opis untuk collect kunci rumah.... Yeaayyyy...Alhamdulillah...Finally......Selepas beberapa janji yang terbabas, kini kunci rumah berada di tangan kami. Tapi....kami diberi 1 set kunci je, sebab, rupanya CCC (dulu panggil CF - sijil layak duduk) belum dapat lagi. Pemaju serahkan 1 set kunci untuk kami cek kondisi rumah dan buat la apa-apa kerja yang boleh dibuat asalkan tidak menambah/mengurangkan struktur rumah yang sedia ada, i.e. boleh la nak pasang grill ke, buat wiring, tempah kitchen cabinet ke selain cek defects. Time ni, pemaju pun tak sure berapa lama baru dapat CCC ni. Diorang serahkan kunci ni juga memandangkan rumah dah siap sempurna, lebih awal dari tarikh jangkaan (sounds good rite....tapi sebenarnya.....)

Excited giler la time ni, walaupun bukan rumah yang pertama, tapi excited juga sebab akhirnya kami ada rumah sendiri di sini. Tak perlu dah bayar sewa yang mahal. Puas hati, Alhamdulillah.....

So bermula la episod check defects, cari kontraktor untuk pasang grill dan buat kerja-kerja elektrikal. Plus, kami juga plan nak extend sikit rumah, so kenala cari kontraktor. Sikit je nak tambah, dalam 5' x 10' je.... Budget pun mula la dibuat juga secara actual. Sebelum ni ada gak buat, tapi sokmo half way sebab excitement tu kurang memandangkan tak nampak rumah dan isi rumah tu depan mata.

Day 1 check defects.......satu per satu defects kelihatan. Lepas satu, satu...Hati dah mula panassss....Mana taknya, defects yg bukan kecik-kecik, tapi jelas nyata malah bersuluh...terus rasa, ya Allah....sakitnya hati....bukan satu dua, tapi almost 50 defects...tu blum kira mozek yang kosong lagi....Waduhhh....geram giler time ni....

Anyway, ni saya listkan barang-barang yang korang perlu ada @ WAJIB BAWA masa nak g check defects rumah ye....

agen shaklee kemasik
contoh cara tanda defects
1- masking tape : untuk tandakan tempat defects...takkan nak conteng dinding guna marker
kan...sayang kot hihihi

2- marker pen merah : tujuan untuk buat X mark kat atas masking tape tu

3- measuring tape : untuk ukur ketepatan bucu-bucu rumah, pintu n terus amik measuring kot tuk bawa g tukang grill ke, tempah kabinet ke....

4-  pen & kertas : untuk rekod defects tu

5-  kamera : untuk snap gambar defects yang korang jumpa tu....

agen shaklee kemasik
antara mozek dinding yang kosong
Then Day 2 check defects, en asben g sorang sebab dia nak ketuk satu per satu mozek nak tengok kosong ke tak bawah mozek tu.. Kalo g segerombolan dengan anak-anak, jawabnya tak jadi keje huhuhu...

And the findings.....2 daripada 4 bilik, separuh daripada mozeknya KOSONG!!!!!!!!! Even mozek dinding kat dapur dan dalam tandas pun ada yang kosong...Subhanallah, panas hati sungguh time ni. Memuncak je rasa nak marah kat pemaju. Yelah, kita bukan bayar sikit tuk sebuah rumah tu, so expected hasilnya harus la setimpal dengan harganya. Ni tak...Geram geram....

Maka bertalu la email dan whatsapp kami hantar pada PIC pemaju.

Lepas bincang dengan projek manager pemaju, akhirnya minggu krismas diorang pun start repair defects. Dalam masa yang saya, kontraktor elektrikal kami pun start kerja atas persetujuan dengan projek manager tu. Lepas sebulan tempoh repair defects, boleh dikatakan hanya 70% sahaja daripada defects yang kami highlights siap direpair, itu pun hanya yang minor sahaja. Geram tul rasa...Sangat tak puas hati. Itu pun mozek kami tak direpair pun, alasan sebab kontraktor elektrikal kami tengah buat kerja. Sedangkan kerja-kerja elektrikal dah siap seminggu, tapi tak juga diorang repair.  

Trus call projek manager, 2 hari lepas tu kontraktor datang buat. Sehari je siap....Nak kena push baru nak buat, tu blum kira menipu lagi..Nasib la hurmmmm....

Tapi....

Adakah hasilnya secara keseluruhan memuaskan?? 

Sorry to say, memang tak.....

Lepas sebulan, kini repair defects diambil alih oleh pemaju memandangkan tempoh kontraktor repair dah tamat.

So sekarang ni, masih lagi menunggu pemaju siap repair. Boleh dikatakan tinggal 10% saja lagi, tapi ntah la kenapa, lepas siap repair satu tempat, timbul pula masalah kat tempat lain. Kesimpulannya, hasil kerja kontraktor yang pemaju lantik ni memang sangat teruk. Dan dengar kata, sepanjang projek berjalan, tak de pemantauan pun dari pihak pemaju, so faham jela macam mana kan.....huhuhu.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to contact me
shaklee side income




Tuesday 1 March 2016

Pecah Kepala Time....

March 01, 2016
Assalamualaikum semua......

Fuhhhh...berbulan blog ni terabai...
Ntah nape aura menulis tu tak datang-datang.....
Actually salah myself juga, ikutkan sangat nafsu M tu....huuurrrmmmm.....

Tak pela,...past is past...
It's ok, it's all ready at the back, and will remain at the back forever. Nothing can be rewind or change. Just look and take it as pengajaran... Jangan biarkan diri kita lama-lama sangat merenung masa lampau tu ye.... Full stop....

IT'S MOVE ON TIME!!!! Yeayyy.....
shaklee business
Now let's focus on the future....

Apakah latest update tentang saya? Tentang korang? Any new things happening in ur life or around you?

For me, nothing much....

Cumaaa.......


Bersambung................

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to catch up with me...
pengedar shaklee kerteh