Wednesday 2 March 2016

Finally....Klingggg Klingg (bunyi kunci)...

Sambungan......

Assalamualaikum semua...

Sambung ye pasal latest news saya...

Tengah-tengah duduk baca whatsapp dalam group, tiba-tiba satu group whatsapp ni gempar.....Kecoh la (dah la dalam tu pompuan je, so faham a ye kekecohannya)..

Rupanya....

Person-in-charge dari pemaju call suruh datang opis untuk collect kunci rumah.... Yeaayyyy...Alhamdulillah...Finally......Selepas beberapa janji yang terbabas, kini kunci rumah berada di tangan kami. Tapi....kami diberi 1 set kunci je, sebab, rupanya CCC (dulu panggil CF - sijil layak duduk) belum dapat lagi. Pemaju serahkan 1 set kunci untuk kami cek kondisi rumah dan buat la apa-apa kerja yang boleh dibuat asalkan tidak menambah/mengurangkan struktur rumah yang sedia ada, i.e. boleh la nak pasang grill ke, buat wiring, tempah kitchen cabinet ke selain cek defects. Time ni, pemaju pun tak sure berapa lama baru dapat CCC ni. Diorang serahkan kunci ni juga memandangkan rumah dah siap sempurna, lebih awal dari tarikh jangkaan (sounds good rite....tapi sebenarnya.....)

Excited giler la time ni, walaupun bukan rumah yang pertama, tapi excited juga sebab akhirnya kami ada rumah sendiri di sini. Tak perlu dah bayar sewa yang mahal. Puas hati, Alhamdulillah.....

So bermula la episod check defects, cari kontraktor untuk pasang grill dan buat kerja-kerja elektrikal. Plus, kami juga plan nak extend sikit rumah, so kenala cari kontraktor. Sikit je nak tambah, dalam 5' x 10' je.... Budget pun mula la dibuat juga secara actual. Sebelum ni ada gak buat, tapi sokmo half way sebab excitement tu kurang memandangkan tak nampak rumah dan isi rumah tu depan mata.

Day 1 check defects.......satu per satu defects kelihatan. Lepas satu, satu...Hati dah mula panassss....Mana taknya, defects yg bukan kecik-kecik, tapi jelas nyata malah bersuluh...terus rasa, ya Allah....sakitnya hati....bukan satu dua, tapi almost 50 defects...tu blum kira mozek yang kosong lagi....Waduhhh....geram giler time ni....

Anyway, ni saya listkan barang-barang yang korang perlu ada @ WAJIB BAWA masa nak g check defects rumah ye....

agen shaklee kemasik
contoh cara tanda defects
1- masking tape : untuk tandakan tempat defects...takkan nak conteng dinding guna marker
kan...sayang kot hihihi

2- marker pen merah : tujuan untuk buat X mark kat atas masking tape tu

3- measuring tape : untuk ukur ketepatan bucu-bucu rumah, pintu n terus amik measuring kot tuk bawa g tukang grill ke, tempah kabinet ke....

4-  pen & kertas : untuk rekod defects tu

5-  kamera : untuk snap gambar defects yang korang jumpa tu....

agen shaklee kemasik
antara mozek dinding yang kosong
Then Day 2 check defects, en asben g sorang sebab dia nak ketuk satu per satu mozek nak tengok kosong ke tak bawah mozek tu.. Kalo g segerombolan dengan anak-anak, jawabnya tak jadi keje huhuhu...

And the findings.....2 daripada 4 bilik, separuh daripada mozeknya KOSONG!!!!!!!!! Even mozek dinding kat dapur dan dalam tandas pun ada yang kosong...Subhanallah, panas hati sungguh time ni. Memuncak je rasa nak marah kat pemaju. Yelah, kita bukan bayar sikit tuk sebuah rumah tu, so expected hasilnya harus la setimpal dengan harganya. Ni tak...Geram geram....

Maka bertalu la email dan whatsapp kami hantar pada PIC pemaju.

Lepas bincang dengan projek manager pemaju, akhirnya minggu krismas diorang pun start repair defects. Dalam masa yang saya, kontraktor elektrikal kami pun start kerja atas persetujuan dengan projek manager tu. Lepas sebulan tempoh repair defects, boleh dikatakan hanya 70% sahaja daripada defects yang kami highlights siap direpair, itu pun hanya yang minor sahaja. Geram tul rasa...Sangat tak puas hati. Itu pun mozek kami tak direpair pun, alasan sebab kontraktor elektrikal kami tengah buat kerja. Sedangkan kerja-kerja elektrikal dah siap seminggu, tapi tak juga diorang repair.  

Trus call projek manager, 2 hari lepas tu kontraktor datang buat. Sehari je siap....Nak kena push baru nak buat, tu blum kira menipu lagi..Nasib la hurmmmm....

Tapi....

Adakah hasilnya secara keseluruhan memuaskan?? 

Sorry to say, memang tak.....

Lepas sebulan, kini repair defects diambil alih oleh pemaju memandangkan tempoh kontraktor repair dah tamat.

So sekarang ni, masih lagi menunggu pemaju siap repair. Boleh dikatakan tinggal 10% saja lagi, tapi ntah la kenapa, lepas siap repair satu tempat, timbul pula masalah kat tempat lain. Kesimpulannya, hasil kerja kontraktor yang pemaju lantik ni memang sangat teruk. Dan dengar kata, sepanjang projek berjalan, tak de pemantauan pun dari pihak pemaju, so faham jela macam mana kan.....huhuhu.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Feel free to contact me
shaklee side income




No comments:

Post a Comment