Thursday 17 November 2016

Bawa Kek Coklat Cheese Berhantu Ke Jamuan Akhir Tahun Sekolah

November 17, 2016
Assalamualaikum....

Yeayyy...Musim persekolahan 2016 dah nak sampai ke penghujung...

Exam dah habis, tunggu result jela sekarang ni....Dup dap jugak la sebab online sistem sekolah ditutup untuk sementara waktu. So tak dapat a nak cek result blong setiap hari. Harap blong inform jela bila dia balik, habis semakan kat sekolah setiap hari.

So hari ni sampai la hari jamuan kat sekolah blong. Hari selasa lepas je baru mualimah inform. So ada mama ada 1 hari nak prepare. Semalam dalam hujan-hujan, gigih la mama singgah Bakery A to Z kat Kerteh ni mencari bahan untuk buat Kek Coklat Cheese Berhantu tu.

Resepi dan step by step memang follow je 100% dari blog kegemaran, mana lagi kalo bukan blog kak Azlita MasamManis tu. Dari dulu memang kalo nak buat kek ke, biskut ke, slalu refer page kak Azlita ni. Kadang nak cari resepi masak pun, blog ni jugak la saya terjah selain blog kak Azie Kitchen. Dua blog ni, kalo follow step by step, memang jadi. Tak rumit pun, mudah sangat. Dan yang paling best, sedap.....

Dan inilah hasil membaking petang sampai ke malam semalam. Sampai tak masak dinner tau malam semalam, nasib en asben sporting tolong tapau dari kedai ahakkkssss.....

kek coklat cheese berhantu kerteh kemasek
Bubuh cheese dulu..sikit je sebab budak-budak lebih suka coklat.....
kek coklat cheese berhantu kerteh kemasek
Siap dah packing untuk bawa g sekolah pagi tadi
jamuan akhir tahun 2016 kek coklat cheese berhantu
Tu dia...Ni baru makanan yang anak-anak bawa, sekolah sediakan makanan berat plak lagi

 Next week dapat result peperiksaan, lepas tu cotiiiiii...Yeayyyy.... (ok mama ebih happy dari anak-anak hahahaha.......)

Kena fikir plak aktiviti untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tercari-cari supplemen yang paling selamat, terjamin kualiti dan sesuai untuk semua?

Dapatkan vitamin dari rangkaian Shaklee yang sememangnya terbaik....

Hubungi saya ye.....

shaklee kerteh kemasek

Klinik Gigi Best di Kerteh

November 17, 2016
Assalamualaikum.....

Cabut gigi, pada anak yang jarang-jarang jumpa dentist adalah satu pengalaman baru. Dan bagi anak yang jenis takut sakit, macam blong, pengalaman ini adalah sangat menakutkan huhuhu....

Sebab tu, masa first time blong nak kena cabut gigi (sebab gigi susunya dah goyang dan gigi kekal dah tumbuh kat belakang gigi susu), memang terukla. Ayah pujuk tak jalan, doktor pujuk tak jalan. Menangis meraung takut. Sampai turn mama pujuk, lepas kena peluk kuat-kuat, cubit kat kaki, baru lah doktor berjaya cabut.....Memang trauma btul....

Kali ke-2 pegi, pun sama...Dah la time tu mama je yang pergi dengan anak-anak, habis semua menangis bila tengok blong diorang start menangis. Jenuh wei, sampai mamanya taubat tak mau g dah.....2 kali ni, kami g klinik gigi kat paka. Doktornya bagus, malangnya, front desknya kurang membantu. Malah kalo kol untuk buat appointment pun, jarang telefon berangkat. Nak walk-in saje, dah la agak jauh dari rumah, lepas tu klinikny pun tak menentu waktu bukanya. So cukupla, 3-4 kali je kitorg g klinik tu.

Then try plak klinik gigi kat Kerteh. Sangat-sangat tak friendly. Dentistnya langsung tak berinteract dengan pesakit. Sebaliknya hanya tanya melalui pembantu, cabut dan settle. Even masa blong mengamuk tak mau cabut pun, langsung tak try pujuk. Dah la bila datang kali ke-2, katanya rekod kami tak de pun..Errmmmmm....Ok, enough.... 3 kali try kali klinik ni, dah cukupla.. 

Klinik yang ke-3 kami try ni, secara tak sengaja je sebenarnya. Time tu saje nak bawa blong cuci gigi (taktik halus mama nak saje-saje bawa blong jumpa dentist). So sampai la kami ke Kinik Pergigian Alamanda. Baru bukak klinik ni rasanya, sebelum tu tau ada Kinik Alamanda dan Farmasi Alamanda je. Lokasinya sederet RHB Kerteh tu.

Masuk je klinik tu, rasa best. Interiornya menarik, siap ada tv kat rung menunggu. Sofa yang selesa dan juga ruang main untuk anak-anak. So tak la anak-anak bosan sementara tunggu turn, dan at least boleh la kurangkan rasa nervous.....

klinik pergigian alamanda kerteh
ruang main untuk anak-anak sementara menunggu
klinik pergigian alamanda kerteh
nervous nak kena cek dengan dentist
Doktornya, pada saya sangat friendly dan lemah-lembut. Cukup sabar melayan blong yang takut sampai kena tukar turn dengan next patient huhuhu....Satu-satu dia terangkat kat blong, kenapa kena cuci, gigi mana yang kena jaga dan sebagainya. Bila blong takut dengan tool yang doktor nak guna, doktor switch ke tools lain. Siap bagi berus gigi dan ubat gigi suruh gosok gigi dulu sebelum doktor cuci sebab gigi blong tak de kaviti pun lagi, just kotor sebab makan masa kat sekolah kuikuikui.

klinik pergigian alamanda kerteh
uabt gigi dan berus gigi free

klinik pergigian alamanda kerteh
rewards from mama 
So warga kerteh dan kawasan yang sewaktu dengannya, kalo ada nak pergi dentist, saya highly recomand Klinik Gigi Alamanda ni tau. Tapi better call duu kot sebelum pergi, takut orang ramai...Boleh refer contact no dan jadual klinik kat bawah ni ye....

klinik pergigian alamanda kerteh
Waktu rawatan dan no phone klinik
Semoga lepas-lepas ni blong, bngah dan adik tak de dah buat episod menangis dan takut bila g jumpa dentist. Amin....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mencari supplemen yang terbaik, semulajadi, terjamin untuk ahli keluarga anda?

Dapatkan vitamin Shaklee yang sememangnya SENTIASA SELAMAT, SENTIASA MESRA ALAM dan SEMESTINYA HALAL.

Hubungi saya di.....

pengedar shaklee kerteh kemasek kijal



Wednesday 16 November 2016

Projek Beg Sekolah 2

November 16, 2016
Assalamualaikum......

Hari ni nak war-war tentang Projek Beg Sekolah yang masuk musim ke-2. 

Projek Beg Sekolah ini telah diilhamkan oleh Puan Salwa Saleh pada tahun lepas buat pertama kalinya.

Tujuannya tidak lain untuk membantu pelajar dari golongan keluarga yang kurang mampu/miskin bandar dan luar bandar mendapatkan beg yang baru (atau lebih baik) untuk musim persekolahan bagi musim 2017. Melalui sumbangan beg sekolah ini, kita bukan sahaja memberikan cahaya kegembiraan kepada anak-anak ini, malah menyuntik semangat untuk mereka rajin ke sekolah menuntut ilmu.

projek beg sekolah kemasek kerteh paka

Hanya dengan menyumbang sebanyak RM25 sahaja untuk setiap beg baru, ataupun menyumbangkan beg lama anda yang masih elok dan utuh kepada para focal person kami, anda telah memberikan satu sinar kebahagian kepada anak-anak ini.

projek beg sekolah kerteh kemasek paka

Projek Beg Sekolah ini telah mendapat liputan meluas di media sosial, siaran televisyen dan juga akhbar. 

projek beg sekolah kerteh kemasek paka
Bersiaran di Malaysia Hari Ini TV3, 3 November 2016
projek beg sekolah kerteh kemasek paka
Liputan di dalam Harian Metro, 10 November 2016
Namun, masih banyak lagi ruang untuk kita sama-sama menyumbang kerana masih banyak permintaan diterima daripada pihak sekolah dan anak-anak yang kurang berkemampuan ini melalui focal person kami.

projek beg sekolah kerteh kemasek paka
Laporan sumbangan setakat 13 November 2016
Marilah bersama-sama kami membantu anak-anak ini supaya mereka merasa gembira dan bersemangat untuk bersekolah pada tahun hadapan, 2017. Hanya dengan serendah RM25 anda mampu membuatkan mereka tersenyum sepanjang tahun.

Ikuti page Projek Beg Sekolah untuk update dari masa ke semasa.

Bagi kawasan Kerteh, Kemasek dan Paka, sumbangan dalam bentuk tunai mahupun preloved beg boleh lah diserahkan kepada saya (Hanisah @ 0192826397). InshaAllah setiap sumbangan anda akan kami manfaatkan sebaiknya dan menyerahkannya kepada anak-anak yang memerlukan.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas setiap sumbangan dan masa anda. Bantulah kami untuk membantu mereka yang memerlukan, kerana tanpa bantuan daripada anda, Projek Beg Sekolah ini adalah sesuatu yang mustahil untuk kami laksanakan......