Thursday 17 November 2016

Klinik Gigi Best di Kerteh

Assalamualaikum.....

Cabut gigi, pada anak yang jarang-jarang jumpa dentist adalah satu pengalaman baru. Dan bagi anak yang jenis takut sakit, macam blong, pengalaman ini adalah sangat menakutkan huhuhu....

Sebab tu, masa first time blong nak kena cabut gigi (sebab gigi susunya dah goyang dan gigi kekal dah tumbuh kat belakang gigi susu), memang terukla. Ayah pujuk tak jalan, doktor pujuk tak jalan. Menangis meraung takut. Sampai turn mama pujuk, lepas kena peluk kuat-kuat, cubit kat kaki, baru lah doktor berjaya cabut.....Memang trauma btul....

Kali ke-2 pegi, pun sama...Dah la time tu mama je yang pergi dengan anak-anak, habis semua menangis bila tengok blong diorang start menangis. Jenuh wei, sampai mamanya taubat tak mau g dah.....2 kali ni, kami g klinik gigi kat paka. Doktornya bagus, malangnya, front desknya kurang membantu. Malah kalo kol untuk buat appointment pun, jarang telefon berangkat. Nak walk-in saje, dah la agak jauh dari rumah, lepas tu klinikny pun tak menentu waktu bukanya. So cukupla, 3-4 kali je kitorg g klinik tu.

Then try plak klinik gigi kat Kerteh. Sangat-sangat tak friendly. Dentistnya langsung tak berinteract dengan pesakit. Sebaliknya hanya tanya melalui pembantu, cabut dan settle. Even masa blong mengamuk tak mau cabut pun, langsung tak try pujuk. Dah la bila datang kali ke-2, katanya rekod kami tak de pun..Errmmmmm....Ok, enough.... 3 kali try kali klinik ni, dah cukupla.. 

Klinik yang ke-3 kami try ni, secara tak sengaja je sebenarnya. Time tu saje nak bawa blong cuci gigi (taktik halus mama nak saje-saje bawa blong jumpa dentist). So sampai la kami ke Kinik Pergigian Alamanda. Baru bukak klinik ni rasanya, sebelum tu tau ada Kinik Alamanda dan Farmasi Alamanda je. Lokasinya sederet RHB Kerteh tu.

Masuk je klinik tu, rasa best. Interiornya menarik, siap ada tv kat rung menunggu. Sofa yang selesa dan juga ruang main untuk anak-anak. So tak la anak-anak bosan sementara tunggu turn, dan at least boleh la kurangkan rasa nervous.....

klinik pergigian alamanda kerteh
ruang main untuk anak-anak sementara menunggu
klinik pergigian alamanda kerteh
nervous nak kena cek dengan dentist
Doktornya, pada saya sangat friendly dan lemah-lembut. Cukup sabar melayan blong yang takut sampai kena tukar turn dengan next patient huhuhu....Satu-satu dia terangkat kat blong, kenapa kena cuci, gigi mana yang kena jaga dan sebagainya. Bila blong takut dengan tool yang doktor nak guna, doktor switch ke tools lain. Siap bagi berus gigi dan ubat gigi suruh gosok gigi dulu sebelum doktor cuci sebab gigi blong tak de kaviti pun lagi, just kotor sebab makan masa kat sekolah kuikuikui.

klinik pergigian alamanda kerteh
uabt gigi dan berus gigi free

klinik pergigian alamanda kerteh
rewards from mama 
So warga kerteh dan kawasan yang sewaktu dengannya, kalo ada nak pergi dentist, saya highly recomand Klinik Gigi Alamanda ni tau. Tapi better call duu kot sebelum pergi, takut orang ramai...Boleh refer contact no dan jadual klinik kat bawah ni ye....

klinik pergigian alamanda kerteh
Waktu rawatan dan no phone klinik
Semoga lepas-lepas ni blong, bngah dan adik tak de dah buat episod menangis dan takut bila g jumpa dentist. Amin....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mencari supplemen yang terbaik, semulajadi, terjamin untuk ahli keluarga anda?

Dapatkan vitamin Shaklee yang sememangnya SENTIASA SELAMAT, SENTIASA MESRA ALAM dan SEMESTINYA HALAL.

Hubungi saya di.....

pengedar shaklee kerteh kemasek kijal



No comments:

Post a Comment