Monday 6 February 2017

Homestay IbuBapaku Di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum...

Banyak hari dah mak saya suruh iklankan homestay diorang yang kat seksyen 4 tambahan tu. Biasalah orang tua kan, zaman diorang dulu bukan ada internet ni semua, so nak buat iklan online memang harap ke anak la... Masalahnya, anak dia  pun takde pengalaman bab-bab iklan ni hihihi...Sokmo tu dok iklan Shaklee je...Tapi takpe, sebab permintaan mak, kita try la jugak...

So sat g saya nak g baca page-page Airbnb, Cari Homestay, Trivago ke dan yang seumpamanya...Kot ada rezeki, boleh masuk ikklan dalam tu. Haaa....dan berkat doa mak ayah, kot la berjaya laku keras homestay ni, dapat la diorang duit tepi sikit-sikit tepi bulan kan...

Mana-mana readers saya, yang kot ada pengalaman tentang iklan homestay ni, sudi lah kiranya berkongsi ilmu dengan saya ye...Bak kata orang, kita bantu orang, InshaAllah Allah akan bantu kita balik...tak gitu...hihihihi

Anyway, ni saya cerita la sikit tentang homestay mak ayah saya ni ye...

Lokasi : Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. 
Ciri-ciri : Teres 2 tingkat (ada 3 bilik kat tingkat atas dengan 2 tandas, dan 1 bilik comel dan tandas kat tingkat bawah).
Kelengkapan :
1) 2 aircond di bilik master bedroom dan 1 bilik di tingkat atas
2) Bilik lain dilengkapi kipas angin
3) Semua bilik ada katil, almari, rak tuala 
4) Ruang tamu dilengkapi sofa, tv dan fully carpeted
5) Meja makan juga disediakan
6) Peralatan masak seperti dapur, perkakas, peti sejuk juga ada disediakan. 
7) Soon akan bubuh washing mashine untuk kegunaan penyewa

Lokasi homestay ini sangat strategik. Berdekatan dengan universiti seperti UKM, UPM, UNITEN dan universiti swasta yang lain. Malah, ianya juga berdekatan dengan PUTRAJAYA. Bagi yang suka bershopping, homestay ini sangat sesuai untuk anda kerana ianya berdekatan dengan tempat-tempat shoping terutama untuk kaum wanita di Bangi Sentral dan kawasan yang berdekatan. Malah, bagi peminat makanan juga, anda tidak perlu risau kerana homestay ini juga berdekataan dengan tempat-tempat makan yang sangat glamor seperti di Bangi Gateway, Menate dan sebagainya. Bagi yang sukakan makanan dari foodtrucks, anda boleh mengunjungi tempat letak kereta di PKNS Bangi pada malam minggu. Sekiranya nada suka berkunjung ke MegaMall, homestay ini patut menjadi pilihan anda kerana ianya sangat dekat dengan IOI Mall Putrajaya dan juga Alamanda Putrajaya. 

Andaikata anda atau keluarga anda perlu mengunjungi hospital samaada untuk melawat atau mendapatkan rawatan, homestay ini juga sesuai untuk anda kerana Hospital Serdang hanya beberapa minit sahaja dari homestay ini. 

Mungkin pada malam hari, anda berpeluang untuk berpusing-pusing di sekitar Bandar Baru Bangi kerana terdapat begitu banyak benda menarik yang boleh anda buat di sana. 

Oh ya, Bangi Wetland juga tidak jauh dari homestay ini. Jadi, anda tidak perlu risau atau kalut nak balik sekiranya anda ingin ke Bangi Wetland.

Terlalu banyak kebestan homestay mak ayah saya ni kan...

Jadi, tak usah ragu-ragu. Hubungi je mak ayah saya sekiranya anda mencari homestay di Bandar Baru Bangi. Jangan segan-segan ye....

Md Soot : 011- 2820 5227
NoorHabsah : 017- 376 6447
Farid : 019- 265 3708

Terima kasih atas kesudian anda menyewa di homestay makayah saya. Semoga anda berpuas hati dengan homestay tersebut....

(gambar akan menyusul tidak lama lagi.......)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tercari-cari supplemen yang paling selamat, terjamin kualiti dan sesuai untuk semua?

Dapatkan vitamin dari rangkaian Shaklee yang sememangnya terbaik....

Hubungi saya ye.....

shaklee kerteh kemasek


No comments:

Post a Comment