Monday 1 January 2018

Dear Diary Day 1

Assalamualaikum....

Berjumpa lagi kita di tahun baru....Tahun 2018 yeay....

Masuk tahun baru, maknanya umur pun bertambah la setahun. Walaupun tarikh lahir kita mungkin jatuh pada hujung tahun, seperti November ke...Disember ke...tapi secara teknikalnya, umur kita tetap dah bertambah setahun lagi. Kalo nak daftar sekolah pun ikut tahun lahir, bukan ikut bulan lahir kan...

Bila masuk tahun baru je, apa yang selalu dikaitkan?

Semestinya azam baru untuk tahun tu...Betul tak? Samalah saya...Dulu masa kecik-kecik memang setiap tahun mesti ada pasang azam baru bila masuk je tahun baru. Tapi entah la, tercapai ke tak pun tak ingat dah huhuhu...🙈

Untuk tahun ni, tak de la saya beria sangat pun pasang azam. Yelah, umur pun dah 30-an, so rasa macam tak sesuai je pasang azam kuikuikui   Cuma tahun ni saya bercita-cita dan dok pasang hajat nak repeat pergi ke umrah hujung tahun ni. Ntah kenapa terasa rindu sangat plak pada bumi Madinah dan Tanah Haram bila dok tengok kengkawan dan sedara mara yang berpeluang menjejak kaki ke sana pada cuti sekolah yang baru lepas ni. Semoga dipermudahkan... Doa la kan saya ye...😉

pengedar shaklee kemasek
Lagi satu saya azam nak update blog yang dah bersawang ni setiap hari. Nak buat blog ni ala-ala diari la. Rasa macam best je...Teringat pulak zaman kecik-kecik dok tulis diari tiap hari. Siap ada beli diari yang ada kunci kat tepi tu sebab tak mo orang lain baca hahaha...Ala-ala diari rahsia la kan hihihihi 

Tapi diari blog ni tak la rahsia, sebab blog ni pun saya create dari awal sebab nak berkongsi cerita dengan semua readers...

So to all readers, sudi sudi la drop komen lepas dah lawat blog saya ye..Nanti saya g jenjalan kat blog korang plak ye....

Till then...

XOXO

p/s : yang berhajat nak order Shaklee, boleh la hubungi saya ye...

shaklee terengganu

No comments:

Post a Comment